Pages

Sekilas pandang ...

Para pembaca budiman

Wednesday, October 7, 2009

Walk with Fawwaz

Salam,


YESSSSSS !!!!

SUCCESSSSSS !!!!


Akhirnya berjaya memujuk che abang ytc untuk mengeluarkan kotak ini dari stor ...



HAHAHAHAHAHA ...

Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, Fawwaz Alhamdulillah dah bole merangkak. Tapi takdelah laju sangat. Ibu fawwaz rasa fawwaz ni berpegang kepada prinsip 'Slow and steady wins the race' la, hehehehe


Yang ibu dia musykil, Fawwaz tak berapa suka nak duduk la.
Kalau duduk dalam Bumbo, lagi la ... meronta-ronta dia nak turun.
Pastu, kalau kita pegang dua-dua tangan dia, memang dia terus nak berdiri sokmo.
Bila berdiri tu, steady jer dia ... Lama pulak tu ..
Bila dia tengah berdiri tu, kita wat nak dudukkan dia, dia takmo.
Dia lebih rela berdiri.

Lantas, ibu fawwaz telah mengeluarkan cadangan kepada abah fawwaz agar bagi fawwaz duduk dalam walker. Ini untuk melatih Fawwaz berdiri sekaligus berjalan laju macam ibu dia Abahnya agak kurang bersetuju memandangkan fawwaz baru menginjak usia 7 bulan 25 september lepas.

Sebaliknya, ibu fawwaz yakin yang anak dia mampu berbuat apa-apa sahaja given the right tools. Maka, dia secara halus terus cuba untuk mengubah fikiran abah fawwaz.

Setelah beberapa kali cadangan itu diutarakan oleh ibu Fawwaz yang keras kepala, tak reti-reti nak give up ni, maka pada 061009 jam 745 malam sesudah berbuka puasa, lembut juga hati abah. Terus dia gi selongkar stor carik kotak keramat seperti dalam gambar di atas itu.

Walker ni sebenarnya kami belikan untuk Dina dulu. Lepas tu diturunkan kepada Daus dan sekarang, kepada Fawwaz. Semoga ia terus kukuh agar kami dapat turunkan lagi kepada adik(-adik) mereka nanti ... Hahaha

Seperti biasa, mari kita layan gambar-gambar berikut ...


Comel kan Fawwaz dalam walker.


Dina dan Daus yang terlebih excited nampaknya ...


Habis Fawwaz kena tolak ke sana ke mari oleh kakak dan abangnya. Kata Fawwaz - 'Gugu Gaga Gugu Gaga Gugu Gaga' Atau dalam bahasa Melayunya - 'Kak Dina, Abang Daus, bagi can la Fawwaz belajar berjalan dengan walker ni ... Tak sabar ni nak main bola sama-sama'


Eh eh eh ... abang ngan kakak plak yang syok main segala permainan kat walker ni ...


Fawwaz pasrah ...

Hehehehe ... habis kisah bergambar.

Alhamdulillah, masuk jer Fawwaz dalam walker dia dah boleh jalan sikit-sikit. Mula-mula asyik masuk gear reverse je. Setelah diajar (Read:ditolak dan didorong) oleh kakak dan abangnya, dia berjaya menjumpai gear satu dan mula berjalan ke hadapan beberapa langkah. Langkahnya menjadi bertambah laju bila ibu ada di depan. Hehehehe ...

Atta boy !! Ibu's so proud of you dearest Fawwaz !! Teruskan perjalananmu wahai anakku ...

Image Hosted by ImageShack.us

2 Pendapat:

Blog Widget by LinkWithin