Pages

Sekilas pandang ...

Para pembaca budiman

Thursday, October 15, 2009

Parking oh parking

Salam


Rentetan daripada cerita NorL yang ada menyentuh sedikit mengenai parking di PPU*M di sini, aku pun terpanggil nak bercerita pasal parking di PPU*M ni ... Isu sensitif bagi terutamanya bagi MO-MO di sini ...


Isu ni dah lama dah ... Aku dah penat hari-hari membebel dengan geng-geng opis aku sebenarnya... Tapi takpa la, aku nak jugak luahkan perasaan di sini ... agar hati bisa tenang (sedikit) ... Hehehe ...


Gini kisahnya, masalah ni bermula sejak tahun 2007 bila pihak pengurusan PPU*M yang terlibat dengan parking ni memperkenalkan parking ikut zon-zon tertentu. Contohnya, Doktor pakar di Zon A, Pihak pengurusan di C DAN E, MO-MO cabuk di Zon H dan Pelajar-pelajar perubatan di Zon J DAN K.


Ya, betul apa yang korang baca. Students (yang kebanyakannya duduk di kamsis di dalam PPU*M) ada 2 zon untuk park kereta-kereta mereka ya. Students sekarang tak macam dulu. Diorang (atau ibubapa mereka) kaya-raya woo ... Kereta students sekarang, perghhh, canggih manggih .. bukan calang-calang. Mercedes, Honda, Toyota melambak ... Kalah kereta-kereta MO-MO yang dah bertahun-tahun kerja ni.Best betul jadik student zaman sekarang. Zaman aku student dulu, naik beskal jer, kan NorL kan kan.


Berbalik kepada isu parking MO-MO di Zon H. FYI, H stands for HINA. Acapkali kami memanggil kawasan parking kami dengan panggilan Lembah yang Hina kerana Zon H ni terletak di lembah / lereng bukit PPU*M. Lembah yang Hina ni bole memuatkan dalam 80+ bijik kereta. Rasa-rasa korang la kan, satu PPU*M ni kan, baper ramai MO yang bertugas?? Kami MO-MO yang bertugas di makmal Chempathology sahaja dah ada 6 orang. Norl, micro ada baper orang ek? 15 orang ada kan. Di Histopath ada dalam 15 orang juga. Hemato pun dalam 15 orang. Jadinya, MO-MO di Jabatan Patologi je dah ada 51 orang.


Belum lagi MO-MO yang bertugas di Jabatan radiologi, paediatrics, orthopaedics, surgery, medicine,ENT etc etc etc ...


Sahih Jiddan la tak cukup untuk semua kan ... Yang lagi bestnya, diorang suruh MO yang tak dapat parking di lembah Hina untuk park kereta di Stadium yang jauh daripada bangunan hospital. Adehhhhh ... Betapa Hinanya MO di mata The Powers That Be (TPTB)kan ... Seolah-seolah hospital itu tidak akan terganggu fungsinya sekiranya tiada MO-MO yang bertugas.


Mungkin diorang boleh suruh students ganti MOs and run the hospital kot.


Aku malas dah cakap banyak-banyak. You get the picture, right. Banyak lagi points yang aku boleh tulis. Masa awal-awal aku mula tulis entry ni, berkobar-kobar rasanya nak tulis panjang-panjang ... After a few paragraphs, aku rasa deflated. Rasa macam pointless aku tulis entry ini. Bukannya TPTB nak baca blog cikai sorang MO cabuk ni pun kan. Alangkan surat-menyurat hatta petisyen yang telah disign beramai-ramai oleh MO-MO beberapa jabatan pun tidak dilayan, apatah lagi luahan perasaanku yang bukan sapa-sapa ni ...


Doa dan harapanku agar TPTB akan merombak semula sistem ini dan diganti dengan sistem baru yang lebih adil selepas mempertimbangkan kebajikan dan keperluan SEMUA pekerja. Hargailah pekerja-pekerja anda sebelum mereka semua lari ke hospital-hospital (swasta) lain kerana merasakan diri mereka sudah tidak diperlukan lagi di hospital anda.


Diam bukan bererti bisu.


Takperlah, tengok gambar jer la ye. Aku dah hilang semangat dah nak sambung bebel.


Gambar ni diambil pada jam 800 pagi.


Memperkenalkan .... Lembah yang Hina ... ada macam tin sardin tak?Ni kira not too bad la ... Kena hari MO-MO yang wat Master outcampus datang for lectures etc, things will get even worse. Bukan setakat double parking lagi la ... triple, quadruple pun ada .. Heh heh



zoom in ...



Zon K - pelajar-pelajar ... Biasanya hampir separuh kosong. Namun para MO sekalian, jgn cuba-cuba kalian usik parking space K ini, andai kamu masih berdegil dan park keretamu di situ, kalian akan dilayangkan dengan satu watikah saman dari pak gad dan keretamu akan diclamp nanti.

Hari yang lain,


Udahlah parking tak cukup, ada pulak kon diletak kat satu parking space ni. Motor-motor tu adalah kepunyaan pak gad pak gad. Ada satu pondok kecil pak gad kat situ. Rasanya boleh memuatkan hanya 2 orang pak gad. Tapi, awat la banyak bebeno moto yang park kat situ?? Dah tu, siap reserve satu parking space lagi utk depa. Haaaa, sapa nak jawab??


Image Hosted by ImageShack.us

P/s - Sesungguhnya entry ni ditulis ketika perasaan geram masih membuak-buak di hati. Ampun dan maaf dipinta atas segala kesilapan.

10 Pendapat:

  • Fid
     

    choppss
    apasal students lebih molia dr MO-MO?????
    sekolah tak habis lagi kan?????
    wah wah patut la makin hari makin ramai loktot yang kerja hanya nak bergaya!
    kwnku ada kawen ngan loktot baru grad PP*UM huwahuwa.....dia ikut le pi dinner...dia kata kan..tak kompiden lagu mn nak rawat org kalau tgk gaya loktot huwahuwa

  • DNNA
     

    Fid

    Ha Ha Ha ...

    Tu la loktot moden zaman sekarang yang tak pernah kenal susah...

    Mak bapak depa ramai (Dato'2, Tan Sri etc) yang kaya raya, mampu belikan anak kete grand2 gitu.

    Anak mereka tak boleh disentuh. Immune. Kebal. Kalau depa wat salah, jgn la sesekali marah etc. nanti silap2 haribulan, kena panggil orang atas aka TPTB .. Heh heh heh ...

    Hasilnya?? Bila grad - ramai loktot2 baru yang dengan seniors tak hormat. Pandang rendah dengan orang lain. Memandai2. Tak gheti nak bertanya. Anggap keja tu satu beban. Tak gheti nak tolong kawan lain. Asyik nak ngelat keja je. Keja kau, keja kau. Keja aku, keja kau.

    Tapi bukan semua loktot2 baru yang macam ni. Ada tu yang oraits and tiptop.

    Biasa la Fid .. manusia macam-macam ragam kan ... Pasrah je la.

    P/s - Teringat kisah ko pasal injiniur baru kat opis ko. Ada persamaan kan .. Hahaha

  • Fid
     

    kalau mcm tu takyah la bg ana kerja bela je kat umah
    dah semua nya anak depa betui
    poodah
    menyampah
    tapi loktot yg bini kwn aku tu bkn anak dato' tp mak dia eksyen kalah puan sri hahahahahahaaa

  • DNNA
     

    Fid,

    Mak aku nama Sri ..

    Jadinya aku by default memang anak Puan Sri.(Tapi aku bukan anak Tan Sri)

    Mwa Ha Ha Ha Ha Ha Ha ...

  • scudmami
     

    Dian ooii... berani gak hang meluahkan perasaang mu.... ku takut je kena tangkap ISA ahakkss... takpe pape pon, ku mmg setuju...

    sebab tu now ni aku tak layan dah lembah Hena tu... aku parking stadium je uhuk uhuk... tak sanggup kereta ku dicalari oleh orang yang tak berhati peruts ...

    Fid~ owhh.. mmg bebudak sekarang tak macam jaman kita dulu... aku pon tak paham nape yang jadi lagu tu... manjalitis tuh!!!

  • DNNA
     

    Norley

    Ahaksss ...

    Berani kerana benarrrrrrr gitu ..

    Aku sekarang pun no choice beb, terpaksa datang awal. Selalunya kul 740 aku dah terpacak kat Lembah Hina tu haaa ...

    Aku dah malas la nak bertekak pasal parking ni. Oleh itu, blog la jadi tempat aku melepas geram.

    Kebebasan bersuara beb ... Hehehe

  • Hanim
     

    Hello... korang tak pernah tgk lagi kitorg park mana kat PPUM tuh. Lagik hina tau.. menapak 10 min. Sbb tu kitorg sukaaaaaa sgt if dtg PPUKM for classes... parking kat stadium pun kitorg rasa bertuah. Nak makan pun senang.

    Takyah susah2 hati. Nanti cabut la masuk private... er tapi korang maybe dpt better layanan drp kitorg under KKM ni.

  • DNNA
     

    Hanim

    Hehehe ... Masa first year dulu, exam kat UM. Aku cukup suka ... Sebabnye aku rasa parking situ lagi banyak ... Tapi tu 2 tahun lepas ...

    Lepas tu, aku blom pernah lagi jejak UM. Ko cakap diorang wat renovation ek?? Patut la agak sukarrr dapat parking ...

    Bukan apa Nim, aku cukup tak puas hati bila students yg memang duduk kat dlm kamsis tu dapat sampai 2 zon parking. Pastu yang zon k tu memang separuh je yang penuh hari-hari. kira wasted la parking kat situ kan. Yang MO-MO bersesak kat lembah hina tu ..

    Takpa la ... tempat lain mungkin ada yang lagi teruk kan ... bersyukur la dengan apa yang ada :)

    Alo geng, jgn lupa ajak Hanna tau nanti :) Heh heh heh ...

    P/s - Aku suka PP*M .. banyak tempat bole makan and nampak tersusun jer hospitalnya ... :)

  • Hana Seman
     

    Yan,
    Aku pun tak suka bawak keta pergi PPU*M tu.. biasa kalau ada seminar, aku lebih rela naik LRT, pastu amik cab.. Balik tumpang member jer gi LRT..

    Hehe! Sorry, nak mengumpat gak.. laki aku cukup bengang kalau kerja ngan HO @ MO baru grad.. Dah la kadang tu B*D*H (ni laki aku kata), pastu berlagak sombong.

  • DNNA
     

    Na

    Hehehehe ... takpa, takpa, aku bangga ko menyambut seruan kerajaan agar menggunaan kenderaan perkhidmatan awam ... kikiki

    Allo Na, ko ngidam apa tuu?? Jap aku terjah blog ko ... hehehe

Blog Widget by LinkWithin