Pages

Sekilas pandang ...

Para pembaca budiman

Friday, October 16, 2009

Perangai manusia yang aku takleh tahan ...

Salam,



Antara perangai manusia yang aku takleh tahan adalah :


A. Bila aku bagi jalan kat pejalan kaki untuk melintas di hadapan keretaku, dia melintas terkedek-kedek melenggang kangkung depan aku. Alo cik adik kurang manessss - Sila hargai masa pemandu kereta itu wokehhh ... be grateful. DO NOT waste other ppl's time.


B. Bila pejalan kaki itu tidak sedikit pun acknowledge pemandu kereta yang perasan baik hati itu. Dah la pemandu kereta itu tengah hangin dengan situasi A di atas, ditambah pula dengan situasi B - Memang sah sah la pahala yang dia dapat tu makin kurus akibat perasaan ikhlas nak bagi pejalan kaki tu melintas telahpun dicemari dengan omelan-omelan di dalam hati. At least senyum ka, angkat tangan ka, angguk sambil senyum ka. Lagi bagus jika pejalan kaki tu angkat tangan sambil tersenyum lebar dan berjalan dengan pantasnya menuju ke seberang ... Haaa, tu baru la pejalan kaki ideal.


C. Bila pejalan kaki itu, instead of buat macam pejalan kaki ideal di atas, dia melintas sambil stare ganazzz jer kat pemandu kereta dari mula melintas jalan sampailah ke seberang macam mencabar si pemandu kereta tu untuk langgar dia. Tidak ada sekuntum senyuman pun terukir di bibirnya. Adehhh, wa tak tahan beb ... HANGIN satu badan wokeh ...


Tu antara perangai-perangai manusia pejalan kaki yang aku takleh tahannnn ....


Korang pulak, apa perangai manusia yang korang takleh tahan???



Image Hosted by ImageShack.us

6 Pendapat:

Blog Widget by LinkWithin