Pages

Sekilas pandang ...

Para pembaca budiman

Wednesday, October 28, 2009

Jangan Tiru Macam Saya

Salam,

Ini adalah rentetan daripada peristiwa yang membuat aku sakit jiwa dan raga seperti yang telah aku hikayatkan DI SINI.



Kisah ini berlaku pada hari Khamis lepas ye.



Petang itu, seperti biasa, aku duduk di lane kiri untuk memudahkan aku masuk ke simpang kiri di hadapan untuk menuju ke rumah. Dan, tidak lama selepas itu, seperti biasa jugak, datang la beberapa bijik kereta berdesup di lorong kecemasan dan memotong kereta-kereta yang beratur panjang di lorong kiri.



Lantas aku berkata-kata seorang diri di dalam hatiku ...
(Ater, aku cakap kuat-kuat sorang-sorang karang driver lain ingat aku kureng betul lak karang, kan .. Hehe)



Ini TIDAK boleh jadi. Ini TIDAK boleh dibiarkan begitu sahaja. Aku harus mengambil langkah yang proaktif.

Maka, aku telahpun menebalkan lapisan kulit muka aku sebanyak 110 kali dan membuat apa yang aku telah rancangkan seperti di dalam kisah di entry yang lepas.

Tanpa ragu-ragu, Zassssssssss ... aku meluncur masuk ke lane kecemasan selama beberapa detik. Lepas tu, aku memposisikan keretaku di antara lane kiri dan lane kecemasan. Dan tanpa perasaan bersalah, aku meneruskan perjalanan dengan terkedek-kedek di tengah-tengah itu ... Mwa ha ha ha ...




Boleh aku katakan bahawasanya itu adalah satu percubaan yang
sungguh berani cari pasal.



Pada mulanya, semuanya berjalan dengan sungguh lancar. Tiada kereta yang berani-berani memotong barisan. Aku sungguh gembira.



Namun, kegembiraan aku tidak bertahan lama.



Melalui ,
aku dapat melihat bayangan sebijik hantu menderu dengan lajunya di belakang ... Takde gaya nak brek langsung.


Lantas, MISSION ABORTED.



NGERI beb ...
Sesungguhnya lori itu dipandu dengan tersangatlah lajunya...
Memang laju tahap GABAN ATAU SATRIA BAJA HITAM TUKAR BAJU la ... Sebelum apa-apa terjadi, baiklah aku mengundur eh mengetepikan kereta.



Lantas, kembali lah aku ke jalan yang benar asalku i.e. lorong kiri itu. Dan aku maintain je duduk situ sampailah tiba aku masuk ke simpang kiri ke rumahku.




Malessss guwe ..
Biarkan la diorang potong barisan..
Tak daya dah aku nak wat mende dah ..
Moral of the story, next time, kalau tak nak sakit hati, marilah kita bersama-sama memeriahkan lagi jemaah kereta di lorong TENGAH atau KANAN je la.



SETEL MASALAH MAK!!!
DOSA MENGUTUK PUN KURANG!!!
BLOOD PRESSURE PUN TAKDELAH GO UPSTAIRS!!!


KAH KAH KAH KAH KAH


(Gambar-gambar semua digoogle ye. Terima kasih tak terkira saya ucapkan kepada empunya gambar - saya cilok eh pinjam ye. Jazakumullah)



Image Hosted by ImageShack.us

P/s - Sila rujuk kembali kepada tajuk entry ini ya :)

3 Pendapat:

  • cik husna
     

    hahaha..lawak la akak ni..xpe..skurg2nyer puas jgj hjt nk duk line tgh tu wlupn kejap kan..hehhe

  • Hanim
     

    muahahahaha... ko menaikkan blood pressure org yg samseng tuh.... hmmm jgn kena dgn road rage sudah.

    duduk la baik2 kat lane lain... mana tau tetiba ada abang polis operasi menyaman, selamat la dorang.

  • DNNA
     

    Husna

    Cukup puas hati la ...
    Lebih daripada itu ...
    Rasa mcm nak wat lagi pulak ...
    Kah kah kah kah kah

    Hanim
    Tu sebabnye aku cepat-cepat ke lane kiri balik. Aku takut sat lagi, lori tu hantam kereta aku. Aku gak yg susah nanti.

    Tapi kalaula wt report ke balai polis, polis akan ckp kete kat belakang tetap salah walau mcm mana pun, kan ...

    Tu la pasal, aku insaf beb (buat sementara waktu ni!!! Hihihi)

Blog Widget by LinkWithin