Para pembaca budiman

Friday, October 30, 2009

Masihkah kau ingat???

Salam,



Masih ingatkah anda dengan yang LIMA ini??

__________________________________________________



BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

1. Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
2. Memelihara satu cara hidup demokratik ;
3. Mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
4. Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ;
5. Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.



MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN


__________________________________________________

ALTERNATIVE ENGLISH VERSION (Surce : Wikipedia)

Our nation, Malaysia, being dedicated :

1. To achieve a greater unity of all her peoples;
2. To maintain a democratic way of life;
3. To create a just society in which the wealth of the nation shall be equitably shared;
4. To ensure a liberal approach to her rich and diverse cultural traditions;
5. To build a progressive society which shall be oriented to modern science and technology;


We, her peoples, pledge our united efforts to attain these ends guided
by these principles:

1. BELIEF IN GOD
2. LOYALTY TO KING AND COUNTRY
3. UPHOLDING THE CONSTITUTION
4. RULE OF LAW
5. GOOD BEHAVIOUR AND MORALITY


__________________________________________________

Masihkah kau ingat???
__________________________________________________



Masa sekolah rendah dulu saya selalu kena naik pentas dan baca rukun negara sebab saya seorang pengawas. Bila baca rukun negara and bila rakan-rakan ikut balik beramai-ramai, perghhhh ... memang terasa bersemangat masa tu ... meremang bulu roma. Tapi masa tu saya belum begitu mengerti maksud sebenar rukun negara yang lima itu.



Sebenarnya, sampai sekarang saya masih lagi menggali erti sebenar rukun negara. Yang saya musykil, kenapa yang nombor 5 (Kesopanan dan kesusilaan) tu tak diamalkan ... Pendapat saya yang kerdil ni, kalau kita semua ramai-ramai amalkan yang nombor 5 tu, Insya Allah, dengan izinNya, akan aman makmur la Malaysia ini ...



Apa kata anda??


Image Hosted by ImageShack.us
P/s - Saya anak MALAYSIA

5 Pendapat:

  • nurul husna binti ibrahim
     

    btul kak..kalu diamalkn kesopann dan kesusilaan tu,mst xde pemotong2 di jln ry..ngee~~

  • MommyCT
     

    kalau semua orang amalkan nescaya kita akan terasa seperti di negara Jepun gamak eh....

  • scudmami
     

    ehh kenapa lak tetiba kuar semangat patriotik ko?? anything wrong beb??

    nway, u were right... sometimes ku pon musykil.. kita ni nama je orang MELAYU yg juga ISLAM (kaum lain tu letak tepi lah..), tp kesopanan dan kesusilaan ntah ke mana...

    respect to others langsung ZERO!!

  • Fid
     

    LKS kena buang negara begitu juga itu kerpol singga
    menci hahahaa

    aku ingat

  • DNNA
     

    Husna

    Akak setuju ..Akak rasa macam nak tampal je rukun negara kat sepanjang-panjang federal highway tu ...

    kilometer pertama - kepercayaan kepada tuhan ...
    1 km seterusnya - kesetiaan kepada raja dan negara ...
    1 km seterusnya - keluhuran perlembagaan ...
    1 km seterusnya - kedaulatan undang-undang ...
    1 km seterusnya - kesopanan dan kesusilaan ...

    ok tak?? hehehe ...

    MommyCT

    Aman damai harmoni, Insya Allah ... Jom kita bersama-sama mengamalkan yang LIMA ni ... :)

    NorL
    Hahahaha ...
    Tadak apa2 la mek ...
    Tetiba aku teringat kat yang LIMA ni ..
    Banyak sangat kes2 pelik kat mesia sekarang ni ... buang anak la, suami curah asid kat anak isteri la, dera orang la, fitnah orang la ...
    Apa la nak jadik kat manusia akhir zaman sekarang ni ...
    Mintak dijauhkan dari keturunan kira semua ...


    Fid
    High five, bebehhhh ...
    Caya la ...

    Jom kita suruh diorang ingat balik yang LIMA ni la ... Jgn fikir kepentingan sendiri jer ..
    Entah la mek, payah la politik sekarang ni ...Huru-hara ...
    Aku tak minat ...

Blog Widget by LinkWithin