Pages

Sekilas pandang ...

Para pembaca budiman

Friday, October 30, 2009

Anda nak??????

Salam,



Masa aku dok carik patients di ward O&G untuk researchku semalam, aku ternampak la pemandangan indah ni ...




Alalalalalaaaaa ... Shumil sungguh laaaa ...



Cute kan :) Terus rasa tenang je jiwa. Lupa kejap masalah dunia bila tengok their innocent faces.



Membuatkan hatiku meronta-ronta nak lagi ....


















But NOT NOW la ...

Kenapa???

Pertama
Fawwaz baru 8 bulan.
Kecik lagi kan ...

Kedua
Mau kena pelangkung ngan Prof H (Head of Dept) dan Prof NAU (Head of Unit) nanti ...
Lepas lahirkan Fawwaz hari tu, diorang dah warning dah ... depa suruh aku rehat dulu and concentrate on my studies ...

Ketiga
Have to finish MPath first ...
Sat lagi, belajar ke mana, family ke mana ...
Tunggang langgang jadinya ...
Kenalah utamakan kualiti dan bukannya kuantiti kan ...
(Perghhhhh, cakap berapi kan kan ... POYO jer kan kan ... Kah kah kah)






Tapi, jika ditakdirkan ada,
Aku TAK tolak beb ...
Rezeki rezeki ...


Keh keh keh keh keh ...



Image Hosted by ImageShack.us
P/s - Panjang umur murah rejeki, 2011 boleh la tambah sorang lagi, Insya Allah. Doakanlah aku berjaya melepasi semua halangan dan rintangan dalam pengembaraanku mencari ilmu ...

Masihkah kau ingat???

Salam,



Masih ingatkah anda dengan yang LIMA ini??

__________________________________________________



BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

1. Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
2. Memelihara satu cara hidup demokratik ;
3. Mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
4. Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ;
5. Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.



MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN


__________________________________________________

ALTERNATIVE ENGLISH VERSION (Surce : Wikipedia)

Our nation, Malaysia, being dedicated :

1. To achieve a greater unity of all her peoples;
2. To maintain a democratic way of life;
3. To create a just society in which the wealth of the nation shall be equitably shared;
4. To ensure a liberal approach to her rich and diverse cultural traditions;
5. To build a progressive society which shall be oriented to modern science and technology;


We, her peoples, pledge our united efforts to attain these ends guided
by these principles:

1. BELIEF IN GOD
2. LOYALTY TO KING AND COUNTRY
3. UPHOLDING THE CONSTITUTION
4. RULE OF LAW
5. GOOD BEHAVIOUR AND MORALITY


__________________________________________________

Masihkah kau ingat???
__________________________________________________



Masa sekolah rendah dulu saya selalu kena naik pentas dan baca rukun negara sebab saya seorang pengawas. Bila baca rukun negara and bila rakan-rakan ikut balik beramai-ramai, perghhhh ... memang terasa bersemangat masa tu ... meremang bulu roma. Tapi masa tu saya belum begitu mengerti maksud sebenar rukun negara yang lima itu.



Sebenarnya, sampai sekarang saya masih lagi menggali erti sebenar rukun negara. Yang saya musykil, kenapa yang nombor 5 (Kesopanan dan kesusilaan) tu tak diamalkan ... Pendapat saya yang kerdil ni, kalau kita semua ramai-ramai amalkan yang nombor 5 tu, Insya Allah, dengan izinNya, akan aman makmur la Malaysia ini ...



Apa kata anda??


Image Hosted by ImageShack.us
P/s - Saya anak MALAYSIA

Thursday, October 29, 2009

Reunion 5 Merah 95

Salam,


Walaupun zahirnya gaya saya sekarang tidak melambangkan gaya pelajar sekolah saya dulu, ketahuilah bahawa sesungguhnya ...

Saya adalah bekas pelajar SMAP Labu, Negeri Sembilan.
(P/s - Jika ada ex-Smapian yg sedang baca blog ini, sila lah roger2 saya ye.TQ)

Dulu-dulu ( 5 MERAH 1995)...


Klasik bukan gambar saya dulu. Tudung bulat gitu ... Hehehehe
Sila teka saya yang mana satu idaman kalbu

Hehehe, berbalik ke tahun 2009 ni,

Tanggal 3/10/2009

Kami mendapat jemputan ke majlis kawin sorang member Labu dulu. Rumahnya di Senawang.

Sementelah adanya majlis itu, sorang member saya Harriszal telah menyarankan agar buat mini reunion di rumah ustazah Epuziah merangkap guru kelas semasa kami di tingkatan 5 Merah dulu. Rumahnya kat area-area member yang nak kawen ni jugak la.

Hasilnya??

Alhamdulillah, dapat juga jumpa Ustazah sekeluarga dan sahabat-sahabat sekelas dulu. Sungguh gembira hatiku. Ada di antara kami yang dah 12 tahun tak jumpa.

Semasa dalam proses perancangan di facebook, sambutan memang sangat-sangat memberangsangkan. Tapi tu la, bila sampai hari tersebut, tak ramai yang dapat datang - mungkin sebab jalan sesak atau mungkin sebab ada banyak jemputan lain dan ramai jugak yang tinggal di negeri lain. Ada 2 orang sahabat saya tak dapat hadir kerana ayah masing-masing kurang sihat.


Tapi takper, nanti kita wat reunion besar-besaran lagi ye kawan-kawan :)

Gambar-gambar kenangan


Kami sekeluarga berbaju rona HIJAU bersama dengan Ustazah Epuziah


Dr Mazlina aka AD sekeluarga tampil anggun dengan tema PINK


Dari kiri - Alyne (baru 3 bulan lepas bersalin - makcik,ko sungguh slim, jeles aku tawww), Adeque (masih single tapi tataw la available ke tak), AD


Ustazah bersama Harriszal (Ketua Rombongan)


Masrul and Mai sekeluarga yang terus memulakan perjalan pulang ke KT usai gathering.


7 orang bekas pelajar 5M bersama Ustazah Epuziah dan Ustaz Dahlan


7 orang bekas pelajar 5M dan keluarga masing-masing bersama Ustazah Epuziah. Kelihatan Dina sedang khusyuk bermain Nintendo yang dipinjam dari anak AD.


Memang best la ...
Lain kali, boleh la kita organise
gathering besar-besaran kan ...
Kita ajak satu batch ... Metal V ...
Last gathering kalau tak silap tahun 2005 -
(Masa tu tengah mengandungkan Dina.)

Hmmm, best jugak kalau dapat jadikan acara melawat rumah Ustazah ni sebagai acara tahunan kan ...


Image Hosted by ImageShack.us


P/s - Ustazah nampak sungguh GEMBIRA hari itu ...

P/p/s - Lupa nak cakap - Gambar-gambar adalah diambil dari koleksi gambar Adeque dan Masrul. Kameraku tertinggal dalam kereta (dan che abangku ytc malas nak ambik .... hahahaha ... *Peace*, darling ... hihihihi ...)

Wednesday, October 28, 2009

Minyak oh minyak ...

Salam,

*Aiya ... makin berlubanglah poket mak, nyahh*

_______________________________________________________

Petrol tanpa subsidi 2010

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
tarmizi.rahim@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 27 Okt. - Bermula tahun depan, rakyat dan pelancong asing perlu membayar harga petrol pada harga sebenar tanpa subsidi kecuali kumpulan sasar berpendapatan rendah.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (gambar) berkata, kajian mekanisme pelaksanaannya yang memasuki peringkat akhir akan diumumkan di antara suku pertama dan kedua tahun depan.

Menurutnya, kerajaan perlu melakukannya memandangkan sistem subsidi sedia ada kurang adil, tidak telus dan gagal memanfaatkan rakyat terutama yang berpendapatan rendah.

"Kajian sedang dibuat dan akan diumumkan kelak, sistem baru ini akan lebih menguntungkan rakyat kerana sistem lama menyebabkan objektif utama subsidi untuk membantu rakyat tersasar jauh hingga menyebabkan produktiviti ekonomi kita juga terjejas.

"Sistem subsidi sepatutnya hanya untuk kumpulan sasar iaitu rakyat berpendapatan rendah tetapi dalam sistem lama semua orang dapat termasuk rakyat Singapura, Thailand, pelancong dan golongan berpendapatan tinggi," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2009 anjuran bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kesatuan Pegawai-Pegawai Hasil Dalam Negeri (IROU) di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Pematuhan) LHDN, Che Omar A. Rahaman dan Presiden IROU, Abu Samah Abu Bakar.

Ahmad Husni berkata, melalui pelaksanaan mekanisme baru ini, ia diyakini mampu memberi manfaat sewajarnya kepada rakyat yang benar-benar layak mendapatkannya.

"Kerajaan berpeluang menjimatkan perbelanjaan (melalui pemberian subsidi), lebihan itu boleh kita gunakan untuk aktiviti pembangunan lain yang lebih produktif.

"Petrol akan dijual pada harga pasaran tetapi kumpulan sasar mendapat subsidi, maknanya kumpulan lain membeli petrol pada harga semasa," katanya yang enggan mendedahkan mekanisme yang akan diperkenalkan kelak.

Dalam pada itu, mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sama ada akan diumumkan atau sebaliknya oleh kerajaan, Ahmad Husni berkata, kajian terperinci daripada semua aspek sedang dijalankan.

Katanya, kajian peringkat akhir itu telah dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Ekonomi Negara dan juga Kabinet tetapi kerajaan masih belum memutuskan sama ada akan melaksanakannya atau tidak.

"Ini kerana kerajaan mahu apabila dilaksanakan, ia akan memanfaatkan rakyat bukan sebaliknya, sebab itulah kita mahu kajian terperinci daripada pelbagai aspek.

"Jika dilaksanakan juga kerajaan memberi jaminan ia tidak membebankan rakyat, antara mekanisme cadangan ialah pengecualian cukai barangan penting dan rebat bagi yang berpendapatan rendah," katanya.

Jelas beliau, GST bukan sistem cukai baru tetapi ia lebih kepada nilai tambah kepada sistem cukai sedia ada yang akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sekarang yang dikenakan pada kadar di antara lima dan 10 peratus.

___________________________________________________
Apa komen anda???



Image Hosted by ImageShack.us
P/s - Tak sabar nak menunggu sambungan kisah terbaru ini ....

GOT BOOBIES?

Salam,

Pada hari Jumaat minggu lepas tatkala saya mengambil ubat-ubatan di Farmasi, saya ternampak poster ini di notice board. Maaf gambar kurang jelas, saya snap pakai kamera HP saya je.



Dan pada hari Isnin (26/10/2009) lepas, sesudah usai membawa Dina ke dental appointmentnya (akan saya ceritakan kisahnya nanti, Insya Allah), saya singgah sebentar di Lobi Utama PPU*M lantaran teringatkan mesej poster di atas.



Banyak ilmu yang saya (dan Dina) dapat semasa mengunjungi booth pameran.

Mari saya nak panjangkan and share sedikit ye ilmu yang saya dapat dari poster2 (Terima kasih kepada penganjur acara ini) - Maaf sekali lagi atas kualiti gambar yang agak kurengg ni ... Saya taip balik ye biar IZHAR HALQI sikit - Terang, Nyata dan Jelas ... Hehehehe



KANSER PAYUDARA

1. Bagaimana ia terjadi?

Kanser adalah penyakit yang bermula dari sel-sel badan. Dalam keadaan normal, sel-sel badan akan membiak untuk menggantikan sel-sel yang rosak bagi memastikan seseorang itu sihat. Tetapi atas sebab-sebab yang tertentu, sel-sel itu akan terus membiak walaupun tidak diperlukan. Ia akan menjadi ketulan/ketumbuhan. Kanser itu dapat dibahagikan kepada dua kelompok - Benign (Tidak merbahaya) atau Malignant (Barah merbahaya)

2. Sebab-sebab terdapat penyakit kanser

Sebab sebenar tidak diketahui. Faktor yang mungkin menyebabkan kanser termasuk
a) Genetik
b) Umur
c) Pemakanan yang tidak seimbang/berat badan berlebihan
d) Tidak menyusu anak
e) Gaya hidup yang kurang sihat - minum alkohol, merokok, seks bebas, kurang senaman, stress, pencemaran alam sekitar seperti debu, asap, simen.



3. Risiko mendapat kanser payudara

Siapakah yang mempunyai risiko untuk mendapat kanser payudara?
- Pernah ada kanser payudara
- Genetik dan keturunan
- Umur lewat mengandungkan anak pertama
- Tidak menyusu anak
- Pemakanan yang tidak seimbang

Faktor-faktor yang berkemungkinan adalah
Faktor hormon
* Datang haid awal
* Putus haid lewat
* Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak usia lewat
* Kegemukan selepas putus haid
* Pengambilan pil perancang lebih daripada 5 tahun

Faktor persekitaran
* Pengambilan alkohol
* Pengambilan lemak berlebihan terutamanya selepas putus haid.

4. Tanda-tanda kanser (secara general) - This is not an exhaustive list. There are so many signs of cancer out there. This is just to name but a few :

- Perubahan pembuangan air besar dan air kecil
- Ulcer yang tidak sembuh
- Pendarahan atau lelehan discaj yang tidak normal
- Ketulan di payudara atau mana-mana anggota
- Gangguan sistem pencernaan atau susah untuk menelan
- Perubahan yang ketara pada ketuat (wart) atau tahi lalat
- Batuk berpanjangan dan perubahan suara



5. Pesanan kepada kaum wanita

Kesan kanser payudara dengan pemeriksaan sendiri payudara (PSP) setiap bulan
Jadikan PSP sebahagian cara hidup anda demi untuk menyelamatkan payudara (dan diri anda) sendiri

Jika anda merasa sebarang benjolan atau perubahan di payudara, sila berjumpa pegawai perubatan dengan kadar segera.

Ingat, kanser patudara boleh disembuhkan jika dikesan awal dan dirawat secepat mungkin.

Walaupun kanser payudara anda telah lanjut, masih ada peluang untuk dirawat.

Untuk cara-cara untuk melakukan PSP dan FAQs re: Breast Cancer, sila pergi ke site Alicewonders.com ini:

Sedikit maklumat yang diambil dari site AliceWonders.com :


In conjunction with Breast Cancer Awareness Month in October, AliceWonders.com is launching a unconventional charity campaign named "GOT BOOBIES?". The core mission of the campaign is to remind young women (and men!) to conduct regular breast self examination i.e. "check your boobies".

Why use the word "BOOBIES"?
Many young women tune out messages about breast cancer because they don't believe they are at risk or the messages are too clinical. We know that research shows that regular self examination is just as effective at identifying lumps or other breast changes. And that's exactly why we're here -- to give you "a friendly reminder when you least expect it".

So get feeling girls, and remind a friend to do the same!
Image Hosted by ImageShack.us
P/s - Prevention is better than cure.

Jangan Tiru Macam Saya

Salam,

Ini adalah rentetan daripada peristiwa yang membuat aku sakit jiwa dan raga seperti yang telah aku hikayatkan DI SINI.



Kisah ini berlaku pada hari Khamis lepas ye.



Petang itu, seperti biasa, aku duduk di lane kiri untuk memudahkan aku masuk ke simpang kiri di hadapan untuk menuju ke rumah. Dan, tidak lama selepas itu, seperti biasa jugak, datang la beberapa bijik kereta berdesup di lorong kecemasan dan memotong kereta-kereta yang beratur panjang di lorong kiri.



Lantas aku berkata-kata seorang diri di dalam hatiku ...
(Ater, aku cakap kuat-kuat sorang-sorang karang driver lain ingat aku kureng betul lak karang, kan .. Hehe)



Ini TIDAK boleh jadi. Ini TIDAK boleh dibiarkan begitu sahaja. Aku harus mengambil langkah yang proaktif.

Maka, aku telahpun menebalkan lapisan kulit muka aku sebanyak 110 kali dan membuat apa yang aku telah rancangkan seperti di dalam kisah di entry yang lepas.

Tanpa ragu-ragu, Zassssssssss ... aku meluncur masuk ke lane kecemasan selama beberapa detik. Lepas tu, aku memposisikan keretaku di antara lane kiri dan lane kecemasan. Dan tanpa perasaan bersalah, aku meneruskan perjalanan dengan terkedek-kedek di tengah-tengah itu ... Mwa ha ha ha ...




Boleh aku katakan bahawasanya itu adalah satu percubaan yang
sungguh berani cari pasal.



Pada mulanya, semuanya berjalan dengan sungguh lancar. Tiada kereta yang berani-berani memotong barisan. Aku sungguh gembira.



Namun, kegembiraan aku tidak bertahan lama.



Melalui ,
aku dapat melihat bayangan sebijik hantu menderu dengan lajunya di belakang ... Takde gaya nak brek langsung.


Lantas, MISSION ABORTED.



NGERI beb ...
Sesungguhnya lori itu dipandu dengan tersangatlah lajunya...
Memang laju tahap GABAN ATAU SATRIA BAJA HITAM TUKAR BAJU la ... Sebelum apa-apa terjadi, baiklah aku mengundur eh mengetepikan kereta.



Lantas, kembali lah aku ke jalan yang benar asalku i.e. lorong kiri itu. Dan aku maintain je duduk situ sampailah tiba aku masuk ke simpang kiri ke rumahku.




Malessss guwe ..
Biarkan la diorang potong barisan..
Tak daya dah aku nak wat mende dah ..
Moral of the story, next time, kalau tak nak sakit hati, marilah kita bersama-sama memeriahkan lagi jemaah kereta di lorong TENGAH atau KANAN je la.



SETEL MASALAH MAK!!!
DOSA MENGUTUK PUN KURANG!!!
BLOOD PRESSURE PUN TAKDELAH GO UPSTAIRS!!!


KAH KAH KAH KAH KAH


(Gambar-gambar semua digoogle ye. Terima kasih tak terkira saya ucapkan kepada empunya gambar - saya cilok eh pinjam ye. Jazakumullah)



Image Hosted by ImageShack.us

P/s - Sila rujuk kembali kepada tajuk entry ini ya :)

Tuesday, October 27, 2009

Mak aiiii ... kena bagi briefing la pulak

Salam,




Ya,
Aku memang sahih jiddan dah terlepas bot ...
Bende ni memang dah lepas tapi aku baru nak buat entry ...
Biasalah, tak menyempat jer la nak berblog dua tiga menjak ni ...
Tapi baca blog kawan-kawan adalah HARUSSS ...
Hehehehe ...


Anyhow, seperti wanita-wanita bekerjaya yang lain, perkara pertama yang terlintas di benakku sewaktu diberitahu oleh Prof NAI bahawasanya aku harus memberi briefing pasal research ini sehari sebelumnya adalah ...
















Ya, tepat sekali tekaan anda ... (Syabas!!)

Baju apa yang aku nak pakai esok, ye???
Hahahahahahahahaha

Perempuan, perempuan .... ;p


Image Hosted by ImageShack.us
P/s - The talk went well, Alhamdulillah ...

Friday, October 23, 2009

Dan pemenangnya ...

Salam 1Malaysia ...


Dan .....



Hadiah saguhati jatuh kepada ...



SEMUA PENJAWAT AWAM ...



TAHNIAH SEMUA !!!!



Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan


Image Hosted by ImageShack.us
P/S - Syukur ...

Kambing golek ... oh kambing golek ...

Salam,

Seperti yang aku pernah tulis dulu, Rabu lepas bersamaan dengan 14/10/2009 PPU*M telah mengadakan jamuan tahunan Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali yang terbuka buat semua warga kompleks PPU*M.

Kenapa baru sekarang aku nak tulis pasal jamuan tu?

Sekejap lagi korang akan tau kenapa ...

Ni adalah gambar yang diambil awal-awal pagi semasa para pekerja sedang sibuk membuat persiapan akhir ...




Ini pula adalah gambar-gambar warna-warni yang diambil sepanjang jamuan ...


Alia berbaju merah dan Kak Fizah berbaju hijau menunggu majlis bermula dengan penuh kebosanan kesabaran ...


Dan kelihatan Kak Azie bertudung cokelat dan Mas sedang melayan karenah Hafiz (Anakanda Mas. Kami semua memang pakat datang sini dengan perut kosong jer. Target kami hanyalah untuk makan dan makan dan makan dan makan dengan berhemah dan penuh sopan santun. Keh keh keh keh ...



Sebagai appetiser / pencuci mulut - kami dijamu dengan aiskrim, cendol, kuih karipap, satay, buah epal, putu mayam dan beberapa jenis hidangan lagi.


Ini adalah gambar makanan tradisi jamuan hari raya PPU*M.
Kambing golek yang menjadi rebutan ramai.
Kambing golek yang ku tunggu-tunggu setelah tahun lepas aku tak dapat makan kerana ada attachment di HKL.




Dan setelah kami penyek bersesak-sesak beratur untuk mendapatkan portion kambing golek kami , ini hasil yang aku dan Jue dapat utk hari itu ...


Sedih, bukan ...


Aku sungguh kecewa. Kena tunggu tahun depan la gamaknya baru dapat makan kambing golek puas-puas. Aku rasa tahun depan kena berkemah pulak la depan khemah kambing golek.


Image Hosted by ImageShack.us

P/s - Seperti biasa, Pak-Pak Ar*b la yang dapat the lion's ahare ... Sabar jer la ...

Thursday, October 22, 2009

Buat pemotong - pemotong sekalian ...

Salam,

Ya Ampun ...
Apa punya tajuk daaaa ...
Keh keh keh ...

Sebenarnya aku memang dah lama dah nak wat entry ni ...
Asyik tak sempat jer ...
Tapi, bila baca komen Isabelle di sini,
Terus aku teringat pasal draft yang terbengkalai terperam lama ini ...

Jika anda memandu kereta di Federal Highway menuju ke Shah Alam sesudah usai kerja jam 5 petang hari-hari,
Saya yakin pemandangan ini sudah biasa anda lihat ...




Nombor-nombor plate kereta sengaja aku tak samarkan ...
Keh keh keh ...
Nasib baik memang tak berapa nak nampak.


Pemandangan yang biasa, bukan...

Apa perasaan korang jika setelah berhempas pulas beratur selama berminit-minit sambil menghiburkan diri sendiri dengan mendengar celoteh The Jawa Rangers di Hotfm , sekonyong-konyong datang pulak kereta beberapa bijik berdesup di lorong kecemasan dan mencantas pemandu-pemandu yang lain (termasuklah anda?) - Wah, ayat ini sungguh panjang.


Pasti anda geram, bukan.



Korang nak tak tak apa yang aku terasa-rasa macam nak buat esok balik dari kerja??


Aku rasa la kan,
Aku nak bawak kereta aku kat garisan lurus di antara lorong kiri dan lorong kecemasan itu ...
Betul - betul kat tengah tu.
Conquer jalan gitu.

Aku nak blok pemandu-pemandu merangkap pemotong-pemotong Que Haidar itu. Biarkan aku kena hon. Aku nak pekakkan telinga jer.


Dan aku bercadang untuk memandu kereta dengan seberapa perlahan yang boleh ...Ala-ala siput ba alif ba ya gitu ...
Lagi perlahan, lagi bagus ...
Biarkan pemotong-pemotong itu ...
Biarkan mereka terkulat-kulat di belakang aku ...
Rasakan ...

Mwa Ha Ha Ha Ha ...
Sungguh ganazzzz aku kalau datang mood meroyan road rage aku nih ...

Adakah kulit aku ni cukup tebal to pull off that act??? Te he he ... Ve Vill see ...



Image Hosted by ImageShack.us
P/s - Hmmm ... I wonder, if i do this, will they (pemotong-pemotong itu) get the message, though??? Ada ke cara lain yang lebih bagus dan berhikmah untuk menyampaikan mesej ikhlas suci murni tulus dari lubuk hati aku ni?? Any suggestions, people??

Wednesday, October 21, 2009

FS tercedera ...

Salam,

Nampak seperti baru normal, bukan??




Ya, zahirnya memang nampak seperti normal,
KECUALI
Kewujudan perkataan asing ini ...


Ya, perkataan Batt itu ...
Lip lap lip lap tanpa henti ...
Buat aku gundah gulana ...


Ini BUKAN kali pertama kejadian seumpama ini terjadi.
Ini sudah masuk kali kedua.


Kali pertama kejadian ini terjadi adalah beberapa bulan lepas semasa aku sedang khusyuk dan tawadduk mengepam di opis. Tiba-tiba battery cover tercabut dan battery tertanggal. Aku pun tak tau camana bole jadi lagu tu. Kejadian berlaku sepantas kilat.


Dan, sepantas kilat juga aku talipon adinda AJA ...
(Cian awak, aJa ... Awak baru abih lecture ye masa tu, sorry yer bebehh)
Step by step (oh baby ... sapa ingat NKOTB sila angkat tangan), aku menceritakan apa yang terjadi.


Lepas kena gelak satu round dengan aJa,(Sabar jer lah!! Keh keh keh)
Aku dapat penyelesaiannya ... Jazakillah ya ukhti (ewah) ...


Buat rakan-rakan seperjuangan gaya bebas,
Andai kata kejadian ini menimpa anda,
Sila jangan panik ...


Apa yang perlu anda lakukan hanyalah terus capai charger FS anda dan,
Sila charge Freestyle anda 24 jam tanpa henti.
Insya Allah, Freestyle anda akan pulih dari kecederaannya ...


Dan, yang paling penting ...
Sebagai langkah pencegahan,
Sila jangan bagi anak-anak anda menjadikan Freestyle anda sebagai bahan mainan mereka.


Jika anda berbuat demikian,
Nescaya, penutup battery Freestyle anda akan menjadi longgar,
Akibat berulang kali dibuka dan ditutup oleh tangan-tangan kecil anakanda2mu,
Dan, nasib yang menimpa saya akan bakal menimpa anda juga.


Anda mahu itu terjadi??


Tidak??


Bagus !!! Belajarlah daripada kesilapan saya.


Berbalik kepada kejadian yang terbaru.
Oleh kerana aku tidak mahu wujudnya kejadian yang ketiga, keempat, kelima dan seterusnya,
Aku telah membuat minor procedure kepada Freestyle ku itu untuk merawat lukanya.



Ini adalah hasil kerastangan saya ...
Cian Freestyle saya berbandage bagai ...
Tapi takper, unik kan ...



Ni pula pandangan sisi hasil kerastangan saya ...
Rakan-rakan sekalian, ketahuilah bahawa sesungguhnya saya kurang berbakat dalam bidang bandage2 ni.

Image Hosted by ImageShack.us
P/s - Cikgu Rafik ... if you're reading this ... Sila angguk kepala anda beberapa kali dan buat-buat faham (walaupun aku tau ko tak faham ... kah kah kah kah kah ... Peace bro!!!)

Tuesday, October 20, 2009

Penat sungguh rasanya

Salam,

Masih kepenatan ...
Sabtu lepas wat open house cum house warming ...
Alhamdulillah, ramai geng-geng yang datang ziarah ...
Thanks a million guys ...

Kepada yang tidak dapat hadir,
Takde masalah, memang banyak bebeno rumah terbuka di minggu terakhir syawal ni ...
Esok-esok nanti kan,
Kot-kot la korang jalan-jalan area rumahku ini, jemput la singgah ye ...

Majlis kali ni kecil-kecilan sahaja ...
Insya Allah ada rejeki,di tahun hadapan,
Boleh panggil lagi member-member dan sedara-sedara,
Termasuk la anda yang sedang baca blog ni, wokeh :)

Memandangkan aku masih lagi capek,
Kita layan dua keping gambar yang sempat aku snap ...


Yessss, finally dapat amik gambar Fawwaz and Faris. Tengok betapa tembamnya si Faris ni kan ... Pipi sungguh labuh ... Geram mak wokeh ...



Dari kiri : Norley meriba Faris, Yours truly meriba Fawwaz, Alia meriba Hanna, Eimran dan Farha ...

Sekian, wassalam


Image Hosted by ImageShack.us
P/s - Open house hari sabtu, tapi awat la penat tak hilang-hilang lagi ni?? Camana nak siapkan case write up ni??? - ALASANNNNNN .. kikiki

Syukur

Salam,

Alhamdulillah ...



Mama Tisya - Thanks lagi sekali ye ...

Image Hosted by ImageShack.us

Friday, October 16, 2009

Perangai manusia yang aku takleh tahan ...

Salam,



Antara perangai manusia yang aku takleh tahan adalah :


A. Bila aku bagi jalan kat pejalan kaki untuk melintas di hadapan keretaku, dia melintas terkedek-kedek melenggang kangkung depan aku. Alo cik adik kurang manessss - Sila hargai masa pemandu kereta itu wokehhh ... be grateful. DO NOT waste other ppl's time.


B. Bila pejalan kaki itu tidak sedikit pun acknowledge pemandu kereta yang perasan baik hati itu. Dah la pemandu kereta itu tengah hangin dengan situasi A di atas, ditambah pula dengan situasi B - Memang sah sah la pahala yang dia dapat tu makin kurus akibat perasaan ikhlas nak bagi pejalan kaki tu melintas telahpun dicemari dengan omelan-omelan di dalam hati. At least senyum ka, angkat tangan ka, angguk sambil senyum ka. Lagi bagus jika pejalan kaki tu angkat tangan sambil tersenyum lebar dan berjalan dengan pantasnya menuju ke seberang ... Haaa, tu baru la pejalan kaki ideal.


C. Bila pejalan kaki itu, instead of buat macam pejalan kaki ideal di atas, dia melintas sambil stare ganazzz jer kat pemandu kereta dari mula melintas jalan sampailah ke seberang macam mencabar si pemandu kereta tu untuk langgar dia. Tidak ada sekuntum senyuman pun terukir di bibirnya. Adehhh, wa tak tahan beb ... HANGIN satu badan wokeh ...


Tu antara perangai-perangai manusia pejalan kaki yang aku takleh tahannnn ....


Korang pulak, apa perangai manusia yang korang takleh tahan???



Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, October 15, 2009

Si Comel Berbaju Raya Contest

Salam,

Hahahahaha ...
Aku memang suka buat kerja last-last minit ...
Barulah thrill kan kan kan kan ...




Masa berjalan-jalan di blog kawan-kawan di Hari Raya Aidilfitri lepas,
Aku perasan ada contest yang sungguh kiut ni ...

Dah simpan niat dah nak join ...



Lepas tu, dapat jemputan direct plak dari Baby Ibu, empunya blog ..
(Baby Ibu, tqvm sudi jenguk blogku ini)

Maka berkobar-kobarlah nak join ...


Tapi aku terlupa daaa ...
Sib baik aku ingat hari ni still 15hb ...
Baby Ibu, aci lagi ka kalau ku join contestmu ini today??
Maafkanku yang kadang-kadang pelupa ini ...


Ni Gambar Anakandaku yang sulung berpakaian baju kurung serba BIRU

Nama : Irdina Aisyah binti Saiful Razif
Umur : 3 tahun 11 bulan.





Hadiah-hadiah dengan murah hatinya disponsor oleh :

1. Gin & Jacqie
2. eoe Online
3. leanalittleshop
4. Sherry
5. TH
6. Mia
7. Niko
__________________________________________

Haaa, buat korang yang sedang membaca ni,
Marilah kita memeriahkan lagi contest Baby Ibu ni ...



Apa??? Tak sempat dahhh???

Ehhhh, sempat lagi daaaaa ...
Tarikh tutupnya hari ni kan ... kira sampai kul 1159 mlm ni la kan kan kan kan ...



Camana nak join???

Camni ...

Cara Penyertaan

Pertandingan dibahagikan kepada Kategori A (Boys) dan Kategori B (Girls)
Pertandingan dibahagikan kepada dua fasa:
Fasa 1: 23 September 2009 – 15 Oktober 2009 - Semua peserta submit gambar Si Comel Berbaju Raya.
Fasa 2: 16 Oktober 2009 – 31 Oktober 2009 - Top Ten akan dipilih. Pemenang akan dipilih berdasarkan undian.


Syarat Penyertaan

1. Jadi Follower BabyIbu dan add BabyIbu dalam bloglist anda - Na'am .. sorted!!
2. Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini - Na'am .. sorted !!
3. Membuat entri mengenai contest ini diblog anda - Na'am .. sorted !!
4. Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda berbaju raya (berbaju raya = baju kurung/baju melayu) - Na'am .. sorted !!
5. Sila nyatakan nama si comel dan umurnya - Na'am .. sorted !!
6. Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke BabyIbu dan semua sponsor (no link back will be disqualified) - Na'am .. Sorted !!
7. Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini. - Na'am .. Sorted !!
8. Klik sini untuk Q &A


Wassalam



Image Hosted by ImageShack.us

Blog Widget by LinkWithin