Pages

Sekilas pandang ...

Para pembaca budiman

Wednesday, October 21, 2009

FS tercedera ...

Salam,

Nampak seperti baru normal, bukan??




Ya, zahirnya memang nampak seperti normal,
KECUALI
Kewujudan perkataan asing ini ...


Ya, perkataan Batt itu ...
Lip lap lip lap tanpa henti ...
Buat aku gundah gulana ...


Ini BUKAN kali pertama kejadian seumpama ini terjadi.
Ini sudah masuk kali kedua.


Kali pertama kejadian ini terjadi adalah beberapa bulan lepas semasa aku sedang khusyuk dan tawadduk mengepam di opis. Tiba-tiba battery cover tercabut dan battery tertanggal. Aku pun tak tau camana bole jadi lagu tu. Kejadian berlaku sepantas kilat.


Dan, sepantas kilat juga aku talipon adinda AJA ...
(Cian awak, aJa ... Awak baru abih lecture ye masa tu, sorry yer bebehh)
Step by step (oh baby ... sapa ingat NKOTB sila angkat tangan), aku menceritakan apa yang terjadi.


Lepas kena gelak satu round dengan aJa,(Sabar jer lah!! Keh keh keh)
Aku dapat penyelesaiannya ... Jazakillah ya ukhti (ewah) ...


Buat rakan-rakan seperjuangan gaya bebas,
Andai kata kejadian ini menimpa anda,
Sila jangan panik ...


Apa yang perlu anda lakukan hanyalah terus capai charger FS anda dan,
Sila charge Freestyle anda 24 jam tanpa henti.
Insya Allah, Freestyle anda akan pulih dari kecederaannya ...


Dan, yang paling penting ...
Sebagai langkah pencegahan,
Sila jangan bagi anak-anak anda menjadikan Freestyle anda sebagai bahan mainan mereka.


Jika anda berbuat demikian,
Nescaya, penutup battery Freestyle anda akan menjadi longgar,
Akibat berulang kali dibuka dan ditutup oleh tangan-tangan kecil anakanda2mu,
Dan, nasib yang menimpa saya akan bakal menimpa anda juga.


Anda mahu itu terjadi??


Tidak??


Bagus !!! Belajarlah daripada kesilapan saya.


Berbalik kepada kejadian yang terbaru.
Oleh kerana aku tidak mahu wujudnya kejadian yang ketiga, keempat, kelima dan seterusnya,
Aku telah membuat minor procedure kepada Freestyle ku itu untuk merawat lukanya.



Ini adalah hasil kerastangan saya ...
Cian Freestyle saya berbandage bagai ...
Tapi takper, unik kan ...



Ni pula pandangan sisi hasil kerastangan saya ...
Rakan-rakan sekalian, ketahuilah bahawa sesungguhnya saya kurang berbakat dalam bidang bandage2 ni.

Image Hosted by ImageShack.us
P/s - Cikgu Rafik ... if you're reading this ... Sila angguk kepala anda beberapa kali dan buat-buat faham (walaupun aku tau ko tak faham ... kah kah kah kah kah ... Peace bro!!!)

2 Pendapat:

  • isabelle
     

    hahaha.kesiannn siap berbandage.
    sib baik ada org nak refer.

    tapi part NKOTB tu yg buat i tersenyum2 dpn komputer (siap nyanyi dlm hati lagi) hahaha

  • DNNA
     

    Isabelle

    Hehehehe ...
    Sama la kita ...
    Sepanjang menaip entry ni dok nyanyi lagu NKOTB tu ...

    Step one ...we can have lots of fun
    Step two ... there's so much we can do ...
    Step three ... it's just u and me ..
    Step four ... i can give u more ..
    step five .. don't you know that the time has arrived ...

    Poyo kan ... Kah kah kah ... Entah ye entah tidak lirik ni. Ni la lirik yang dok hapal dari darjah 6 dulu.

    Wah, Kagum!! Aku masih bisa recall lirik lagu itu. Menunjukkan betapa besar pengaruh NKOTB kat budak2 jaman tu kan ... hehehe

Blog Widget by LinkWithin