Salam,
Korang agak-agak la kan ...
Apa lah agaknya yang modelperasan ayu dalam gambar ni tengah buat ye??
OHHHH ... Model, DNNA (bukan nama sebenar), sedang menderma darah rupanya ...
Ha Ha Ha ...
Korang agak-agak la kan ...
Apa lah agaknya yang model
OHHHH ... Model, DNNA (bukan nama sebenar), sedang menderma darah rupanya ...
Ha Ha Ha ...
Ehem ... (Mode:SERIOUS)
Sebenarnya, saya nak menyeru kalian-kalian semua yang sedang membaca nukilan saya ni untuk mari berduyun-duyun ke Pusat Darah Negara untuk menderma darah. Stok darah di PDN adalah sangat sedikit sekarang ini. Bekalan adalah sangat-sangat meruncing.
Sedikit FAQs yang diambil dari SINI ...
Mengapakah saya perlu menderma darah?
Setiap hari darah diperlukan untuk menyelamatkan nyawa. Darah mungkin diperlukan untuk pembedahan, mangsa kemalangan atau untuk merawat pesakit leukemia, barah, penyakit jantung, penyakit hati dan hemophilia. Sumbangan anda mungkin menyelamatkan nyawa.
Adakah saya layak untuk menderma darah?
Ya. Jika anda berumur 17 tahun ke atas (pengesahan umur diperlukan) dan mempunyai berat badan melebihi 45kg. Pada amnya, pengambilan ubat tidak menjadi halangan untuk menderma darah kerana penerimaan dan penolakan berdasarkan laporan perubatan. Sekiranya anda mengambil sebarang ubat, sila beritahu sebelum menderma darah.
Adakah saya cukup sihat untuk menderma darah?
Anda harus cukup sihat jika menderma darah. Kesihatan dan keselamatan anda amat penting bagi kami. Anda akan diminta untuk mengisi borang persetujuan menderma darah di mana sejarah perubatan anda akan disoal. Tekanan darah dan setitik darah akan diambil untuk ujian haemoglobin. Semua maklumat yang diberi oleh anda adalah sulit.
Berapa lamakah masa diambil untuk menderma darah?
Proses menderma darah ini akan mengambil masa diantara 7-10 minit, tetapi anda dinasihatkan supaya berada di tempat menderma selama lebih kurang satu jam.
Adakah Jarum itu menyakitkan?
Anda cuma berasa sakit sedikit apabila jarum dimasukkan dan tidak lagi selepas itu.
Berapa banyak darah yang akan diambil?
Sebanyak 450ml, iaitu kurang dari 1 pain (586ml). Orang dewasa biasanya mempunyai lebih kurang 5 liter (10-12 pain) darah di dalam badan.
Bagaimanakah rasanya selepas menderma darah?
Kebanyakan orang merasa selesa selepas menderma darah. Anda dinasihatkan supaya mengambil makanan ringan sebelum menderma darah.
Bolehkah saya melakukan aktiviti sukan selepas menderma darah? J:
Boleh. Cuma elakkan dari melakukan aktiviti yang berat untul tempoh 5 jam selepas menderma darah. Banyakkan minum air dalam tempoh 24 jam.
Berapakah lama masa yang diambil untuk menggantikan darah yang telah diderma itu?
Plasma digantikan semula dalam masa 24 jam. Anda perlu minum 4 gelas air tanpa alkohol dan jangan melakukan kerja berat dengan menggunakan tangan anda untuk tempoh 5 jam. Darah merah memerlukan kangkamasa 4-8 minggu untuk digantikan dan anda boleh menderma semula selepas itu.
Apakah yang akan dibuat kepada darah yang telah didermakan itu?
Darah anda akan diuji untuk menentukan kumpulan darah, jangkitan virus seperti siflis, hepatitis (B & C) dan AIDS (HIV). Kemudian, disimpan untul kegunaan pesakit. Darah juga boleh diasingkan kepada beberapa komponen darah dan boleh digunakan untuk merawati lebih dari seorang pesakit.
Dimanakah saya boleh mendapat maklumat mengenai menderma ini?
Sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi
PUSAT DARAH NEGARA,
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA,
JALAN PAHANG, 50586 KUALA LUMPUR.
Atau Telefon : + 603-292 5087
_____________________________________________________
Nak tau apsal aku beria sangat suruh korang derma darah???
Sebabnye tak lama lagi aku on call blood bank ...
Doa-doa stok darah dah ok la by the time ...
Amiin ...
Ada udang di sebalik batu rupanya ...
Keh keh keh keh keh ...
Amiin ...
Ada udang di sebalik batu rupanya ...
Keh keh keh keh keh ...
P/s - Seriously people, marilah kita ke PDN atau menderma darah di pusat-pusat mobile PDN. Besar pahala, Insya Allah ...
Dian, aku slalu kena reject time nk derma darah sbb study kat UK (96-97) time mad cow disease tgh havoc. Padahal aku tk makan pun daging lembu mat salleh kat sana, ayam dan ikan je lah. Ada idea tk cam ne nk bagi lulus screening?
Aku mmg suka derma darah tp dok kena reject slalu maleh lah nk gi derma lagi..
Nana
Member aku yang dulu MO kat PDN cakap, tak lama lagi, diorang akan mansuhkan klausa tu.
Aku suka !!!! Bole derma lagi dan lagi dan lagi ...
Hehehe
bagus.. bagus.. boleh aku gi derma darah. last aku derma tahun 1996 - giler lama tk menderma.. hahaha..
kat ireland ok ek?
tp ada je kat uk 97... mmg kena reject
*BUHSAN*
lain dah ok... that clause je. ada tempat leh derma tak? camne ko leh lepas?
Hanim
Ler, aku terbagi emel lak kat ko.
Nim, aku dah 3 kali derma darah. Sekali masa aku matriks, sekali lagi masa wat attachment kat HKT masa 3rd year undergrad and sekali lagi masa first year MPath ...
Aku pun musykil camana aku leh lepas ... Keh keh keh keh ...