Pages

Sekilas pandang ...

Para pembaca budiman

Wednesday, September 30, 2009

Raya piccas

Salam semua

Hehehehe ... aku ketinggalan bas la ...
Orang lain semua dah berkurun tampal gambar2 warna warni hari raya mereka,
Aku baru sekarang ni terhegeh-hegeh nak bubuh gambar raya kami.

Hehehehe ... redah jer laaa ...



SANGAT BIRU, BUKAN ... Hehehehe



Gambar di atas - Dina seperti biasa, sentiasa bersedia di depan kamera. Firdaus kepenatan beraya. Fawwaz pulak ngantuk nak nenen. Gambar ibu dan abahnya berposing sakan kecik je la ye ... Pura-pura Segan sebenarnya ... Hahahahaha



Gambar satu family besar kami ... Adinda2ku dikepung oleh keluarga biruku dan keluarga coklat Alia ... Hehehehe ... Adik2ku, berdiri dari kiri - Ashraf (purple), Irfan (merah), Harith (biru tua), Haidar (putih suci).
Gambar2 kecil - Tok ngan Mbah dikelilingi cucu2 ...



Gambar adinda Alia sefamily - Zaini, Alia, Farha, Eimran dan little Hanna.
Tema COKLAT
Dina ni kalau ada sepupunya Farha, memang agak sukar utk dipisahkan. Kalau kami cuba jua, kompom nangis kaw2 punya la si Dina. Tak kuasa kami. Hasilnya? Gambar coklat keluarga Alia ada dihiasi sikit dengan tompokan biru baju Dina ... Pasrah je la Lia kan ...



Anakanda-anakanda yang pantang nampak ibu and abah amik gambar berdua ... Semuanya nak enter frame ... Hehehehe


Memandangkan kak Dina and abang Daus dah ada kat dalam gambar di atas, di sini aku letak gambar Fawwaz sorang-sorang berposing ria sambil memakai bib raya nya ... Barulah adil dan saksama ... Hehehehe ...

Sekian

Image Hosted by ImageShack.us

Sesi beraya sambil rendam kaki dalam kolam

Salam,

Eh eh eh, apakah yang mereka semua sedang lakukan ini???
(Dari kiri - akak iparku, che abang ytcku and adik iparku)



Bukan setakat orang dewasa, malahan kanak-kanak turut melakukan aktiviti ini ...
(Dari kiri -Sarah, Danish, Firdaus, Irdina and Afiq)



Semuanya disebabkan oleh kewujudan sesuatu dalam kolam itu ...
Cuba perati betul-betul gambar di bawah.



Hmmm ... tak baper jelas kan .... Kita cuba perati gambar ni pulak ...



AHAAAAA ... Sudah nampak tak apa yang mencetuskan fenomena rendam kaki dalam kolam di atas??? Hehehehehe ...

Gini kisahnya ...

Minggu lepas kami pergilah beraya rumah pakcik belah che abang ytc ku di shah alam. Kami pergi 5 family. Meriah bukan main. Dina and Daus bukan main seronok dapat bermain-main sambil bergaduh dengan sepupu sepapatnya.

Tengah syok sembang-sembang sambil makan spaghetti , tetiba dialog ini terkeluar

Makcik (empunya rumah) : Nanti lepas makan-makan, silalah rendam kaki kat dalam kolam depan rumah tu. Kat situ ada banyak ikan spa.
Anak sedara : Apa makchik?? (Bercakap dengan mulut yang penuh dengan spaghetti sambil cuba menyeka sos tomato yang sesat di dagu) Ikan sepat?? (Tapi ni dalam hati la)

Anak sedara terus wat muka blur semacam.

Makcik : Isk kamu ni, Ikan Spa la. Ala, ikan yang makan sel-sel kulit yang mati tu la. Sekarang kan banyak kat supermarket2. Yang kalau nak rendam kaki tu kena bayar ikut jam.
Anak sedara : Oooo ... Makchik dapat mana ikan tu?? Beli ke??
Makcik
: Idok le ... ntah la, tetiba je ada. Kawan makcik yang perasan dulu. Dia yang cakap ikan ni ikan spa yang makan sel-sel kulit yang mati tu. Lepas dapat tau tu, memang banyak kali dah kami dok rendam kaki dalam kolam tu.
*
*
Marvellous!! Excellent !!
*
*
Anak sedara sungguh riang. Dalam hati rasa macam nak lompat-lompat kegirangan. Tapi dia control ayu jer. Sebenarnya dah lama dah teringin nak try aktiviti tu. Dah banyak kali dah nampak pusat2 spa ikan kat Tesco, tapi niat suci murni untuk mencuba tu terpaksa dibantutkan kerana malu nak show off kakinya yang sangat mulus dan gebu penuh dengan bekas garu and cakaran akibat empunya badan malas nak bubuh losyen kat kulit yang kering itu ... Hahahaha
*
*
So, lepas makan, dengan penuh bersemangat waja, kami pakat gi rendam kaki beramai-ramai.
Namun selepas lebih kurang 5 minit, aku give up sambil gelak terbahak-bahak ...
*
*
GELI beb ... Mak tak tahan, nyah!!!
*
*
Tapi aku memang tabik spring kat mak (mertuaku), che abang ytc, akak iparku and adik iparku. Bole tahan lama gak kaki diorang berendam dalam kolam tu. Hasilnya mak cakap, kaki dia rasa ringan and rasa sedap la ...
*
*
Sesi orang dewasa diselang-selikan dengan sesi kanak-kanak pulak.



(Dari kiri - Afiq, Dina, Daus (yang dalam proses nak turun masuk berendam dalam kolam), Danish dan Sarah.
*
*
Di bawah ni pulak, Firdaus yang mengamuk apabila ibu dan abahnya menghalang niat tulus ikhlasnya untuk mandi dalam kolam dengan memakai baju raya ...




HAHAHAHAHA ...
Pengalaman beraya yang sungguh unik, bukan.


Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, September 29, 2009

Rahsia No HP anda ada dalam poketku, mwahahaha

Salam ...

Perghhhh, tajuk tak kalah kan ..
Hehehehe ...
Sebenarnya, dapat 'ilmu' ni dari member ... (Ika, aku share ngan geng2 lain naa, TQ)
Sila cuba ye ...


Sebelum itu, untuk lebih memudahkan kita membuar kiraan,
Sila keluarkan kalkulator anda ...
Atau sila bukak program on screen calculator di laptop anda ye ...
Bagi sesaper yang berkepandaian mencongak kiraan matematik dalam kepala, sila abaikan cadangan-cadangan di atas ...

READY???
*
*
*

GET SET ...
*
*
*

GO!!!


1) key-in the first 3 digits of your handphone number (not the 01x number) into the calculator
2) multiply by 80
3) add 1
4) multiply by 250
5) plus last four digits of phone number
6) plus last four digits of phone number again
7) minus 250
8) last but not least, divide by 2


Betoi ka ni no HP anda??

Image Hosted by ImageShack.us
p/s - Mak dah try ... Jadik, nyah !!! Terkesima mak kejap ...

Monday, September 28, 2009

MSK Duit Raya Giveaway

Salam

Hehehe ... Sebenarnya, dah lama dah nak memeriahkan contest anjuran Mommy lyna ni. Sebelum cuti raya lagi. Namun, asyik tak sempat je nak tulis entry ... Alang-alang berehat sambil recuperating from a bout of tummy flu ni, might as well ku tulis entry ini ... Hehehehe

But hey, better late than never, right. Actually, the deadline is on the 30th of September. So, plenty of time for u guys to join this contest. The more the merrier :)



mysuperkids giveaway


Sertai sekarang untuk voucher minyak PERCUMA!


weblog popular 1Malaysia



The PRIZES will be:

1st:

PETRONAS fuel
voucher worth RM70

Special blog review by MySuperKids

2nd:

PETRONAS fuel voucher worth RM50

3rd:

PETRONAS fuel voucher worth RM30

5 Consolation Prizes:

Mystery Gifts sponsored by
LailaSani

Special Token

UK Anti-Virus Formula
Bio-Tech Herbal sponsored by Miela77

HOW TO ENTER THIS CONTEST?? EASY PEASY LEMON SQUEEZY LAH YOU ALL ...It's a walk in the park! Tak percaya?? Cuba baca syarat-syarat yang tertera di bawah ni ...


Pssstt… Setiap satu penyertaan akan dapat 1 nombor a.k.a. 1 peluang
cabutan, TAPI anda berpeluang untuk dapat berpeluang2 lagi, dengan melakukan
ini:-

Tampalkan code di atas di sidebar – 1 KAD CABUTAN <— ini syarat wajib utk sertai giveaway ni.

Buat satu entry ringkas, just copy+paste code di atas juga dalam entry anda
– 1 LAGI KAD CABUTAN.

Buat satu lagi entry tentang giveaway ni dengan backlink ke
MySuperKids – 1 LAGI KAD CABUTAN.

Add MySuperKids.net di blogroll – 1 LAGI KAD CABUTAN (yg dah
add pun dikira).

Masukkan link entry ini di FaceBook (notes/status/wall,etc.) –
1 LAGI KAD CABUTAN.

Masukkan link entry ini di Twitter – 1 LAGI KAD CABUTAN.

Kalau ada lebih dari satu blog dan buat benda yang sama –
CABUTAN DIKIRA 2 KALI.



MENARIK, BUKAN ...

JOM KITA PAKAT MASUK CONTEST NI :)

Image Hosted by ImageShack.us

AWAS!!! HATI-HATI MAKAN DI BULAN SYAWAL NI

Salam semua ...

Best raya tahun ni??
Kami beraya sakan ... hehehe ...
Bukan setakat beraya sakan, bahkan kami telahpun makan dengan sakannya ...
Akibatnya, hari ni ku tidak dapat menghadirkan diri ke opis (i.e. MC daaa)

Sebabnye?
Acute gastroenteritis ...
Atau nama glamernya dalam dunia perubatan - AGE (Sebut Eh-Ji-Ee dan bukannya Age ye, hihihi)
AGE ni adalah penyakit yang biasa datang especially bila musim-musim open house ni ...

Puncanya?
Makan tak ingat dunia masa beraya ...Hahahahaha
Takde la ... sebenarnya banyak bende yg boleh menyebabkan AGE ni - virus, bakteria, toksin etc etc etc la ...
Aku tak blame sesape pun ...
SH*T happens kan kan kan ... Hahaha
C'est la vie ...
Kadang-kadang, ye lah, makanan dah terdedah lama kan, mungkin ada lalat etc etc yang sempat singgah tumpang jamah sekali kan ... kita manalah nak sedar.
Yang kita ni pulak, bila dah lapar sangat tu, and bila tengok pelbagai jenis makanan terhidang di hadapan mata, memang kompom la kita nak rasa semuanya kan.
Biasa la tu ... Kita hanya manusia biasa ...

Tanda-tanda AGE
Biasanya sakit perut, cirit birit (diarrhoea)dan muntah-muntah (vomiting).
Aku semalam before tidur dah selamat dah muntah2. Sakit tekakku.
Teringat kembali zaman2 pregnant masa 1st trimester dulu ...
Pastu, pagi ni diarrhoea pulak ...
Hasilnya??
Lemah badanku wooo ..

Ubatnya?
Yang paling penting - Banyakkan minum air ye untuk replace balik cairan badan yang telahpun hilang ...
Nak lebih enak?? Minum 100 plus / revive / minuman isotonik lain (sebaiknya buang gasnya dulu)
Jika anda ke klinik, biasanya, GP akan bagi ORS (oral rehydration salt) ataupun antispasmodic (Contohnya Lomotil)

Bilalah nak baik ni gamaknya?(Baca:Penat dah mak melawat toilet hari ni)
Biasanya penyakit ini akan hilang dengan sendirinya dalam masa beberapa hari(selepas beberapa sesi 'melawat' toilet, hihihi)
Tapikan, kadang2 amik masa lama juga. Bila cirit birit tu berpanjangan (especially in children), jangan wat dek je ok, sila jumpa doktor anda.
Kenapa???
Tu mungkin adalah penyakit lain yang 'menyamar' jadi AGE. Contohnya - appendicitis.
Maka, saya ulangi, sila jumpa doktor anda.



Setakat ni, Alhamdulillah, dah makin baik ...
Harapnya esok bole la masuk keja ...
Melambok keje nak kena disiapkan ...

Dan rasanya,
Lepas ni di opis,
Melambok gak jamuan hari raya ...

Oleh yang demikian,
Sila perati apa yang anda makan wokeh ...

Satu lagi, makan sila berpada - pada ...
Jangan pulak, dah elok2 turun 6 kg setelah sebulan berpuasa, bila kita timbang balik lepas 7 syawal, dah naik 7 kg ...
Tak ke haru tu ...
Sapa nak jawab??

Salam


Image Hosted by ImageShack.us
p/s - Eh eh eh, korang sekalian, jangan la pulak lepas baca entry ni terus takmo jemput mak ke open house korang ... kecik tapak tangan, nyiru mak tadahkan tawwwww ... Hahahahahahahah

Eid Mubarak



Image Hosted by ImageShack.us

Friday, September 18, 2009

masih di opis ...

Salam ...

Ya ...
Pada saat dan ketika ini, saya masih lagi berada di opis ...
Have a few more things to sort out before our journey balik Kuantan tomorrow ...
Would like to take this opportunity to wish you all

Selamat Hari Raya Aidilfitri ...
Eid Mubarak ...
Salam keampunan kami pinta di atas semua salah dan silap ...
Hati-hati di jalan raya ...

Semoga semua ceria beraya bersama keluarga ...
Senyum sokmo ...

Wassalam



Image Hosted by ImageShack.us
p/s - PPUKM dengan rasminya memberi separuh hari off kepada semua pekerjanya ... TRIMAS tapi izinkan pekerjamu yang berdedikasi ini tumpang wat kerja di sini sekejap ye ... toche

Fawwaz makan apa tu?

(Entry ini telah selamat ku peram dalam lappy selama 3 minggu lebih ... Hahahaha .. Namun, ku nak share jugak pengalaman indah ini ...)


Salam,


Pada 25/08/2009 genap sudah umur Fawwaz 6 bulan ...
Sudah boleh ku hidangkan dengan makanan lazat nampaknya si kecilku itu ...
Namun, sesi itu ku sengaja tangguhkan sehingga the long weekend sebab ku nak supervise sendiri sambil train my helper ...

Question
Ku ada diberitahu yang kajian terkini mencadangkan kita memulakan pemberian makanan separa pejal bermulanya anak itu 6 bulan 10 hari.
Apparently, ada banyak kebaikannya ...
Tapi, ku tak pasti mana sumbernya ... Ni kira bukan evidence-based la ...
Ada sesapa yang pernah dengar benda yang sama?
Care to share??


Anyhow, tatkala Fawwaz berumur 6 bulan 4 hari, ku telah memulakan perjalanan baru bersama Fawwaz meneroka alam makanan separa pejal...

Alhamdulillah, perhentian pertama telah ku singgahi ...
6 bulan Fawwaz secara exclusive telah ku susui ...
Insya Allah akan ku teruskan perjalanan menuju persinggahan kedua pula i.e. fully breastfeeding him until he's 1 year old ...
Harapanku, agar ku bisa memberikan yang terbaik i.e. air susu ibu
utk Fawwaz sehingga dia 2 tahun, Insya Allah ... Amiin



Berbalik kepada soal makanan,
Secara tradisi, makanan pertama bayi adalah bubur nasi yang dikisar ...
Itulah juga makanan pertama Fawwaz yang telah saya sediakan ...
*
*
Dengan lafaz Bismillah, sesudu kecil bubur nasi saya suapkan ...
Alhamdulillah, dia menerimanya dengan begitu baik sekali (walaupun pada mulanya, dia wat muka pelik sambil kulum-kulum bubur itu di dalam mulutnya, hehehe)
*
*
Sesudah itu, kami tidak lagi memandang ke belakang ...
Macam-macam puri kami cuba siapkan untuknya ...
*
*
Untuk ibu-ibu yang mempunyai atau bakal mempunyai anak seusia Fawwaz, meh saya share sikit ilmu yang saya dapat dari buku ini - Panduan pemakanan anak sihat dan pintar (Karangkraf) - Koleksi Pa&Ma ...





Jadual di atas adalah contoh carta pemakanan anak ... Tak semestinya kita follow bulat-bulat. We can adjust it accordingly ...

*
*
Walaupun di jadual itu ada tertulis susu ibu/formula, saya sangat-sangat menyarankan agar kita memberi susu ibu sepenuhnya sehinggalah anak kita berusia 2 tahun.
*
*
SUSU IBU IS THE BEST !!!
*
*

Di bawah ni pulak contoh jadual pemakanan anak yang berusia 6 bulan.


Seterusnya, saya lampirkan pula contoh jadual pemakanan anak yang berusia 6-9 bulan.



So far, makanan yang dia suka adalah
1. Puri pear
2. Puri epal
3. Puri keledek
4. Bubur nasi biasa

Makanan yang kejap nak kejap tak nak adalah
1. Puri lobak merah

Yang dia dok sembur-sembur takmo telan adalah
1. Puri bayam
*
*
HaHaHaHaHa ...
*
*
Kecik-kecik lagi takmo makan sayur ... camner ni ...
Dina ngan Daus, Alhamdulillah - semua makan sayur ...
Takpe, Fawwaz, ibu takkan putus asa - lepas ni ibu try puri brokoli pulak ... hehehehe
*
*
Sekian, terima kasih ...

Image Hosted by ImageShack.us

Wednesday, September 16, 2009

Parcel yg ditunggu dah sampai ... GUMBIRA HATIKU

Salam,

Semalam, dalam kurang lebih 30 minit sebelum kul 1, ku mendapat panggilan daripada adalah sorang hamba Allah yang bernama scudmami78 (he he he). Dengan nada penuh ceria dia inform yang dia baru mendapat panggilan from Telekar mengatakan PARCEL kami dah sampaiiiiiii ... Hoooorayyyyyyyyyy!!! Dan dan tu jugak dia ajak ku pergi ...Sesudah ku menyudahkan projek mengepam susu Fawwaz, kami together-gether naik ke tingkat satu bagi mengutip parcel itu. Dengan penuh rasa terujanya, NorL kami mengangkut parcel itu ke bilikku ....

Lantas, kami memulakan projek mengoyak kertas minyak pembalut parcel. Dalam tak sampai seminit, telah kelihatan isi kandungan parcel itu. Ganazzz kami kan ... Hahaha ...

Sesi membuka balutan diganti dengan sesi bunyi-bunyian komen-mengomen pulak- 'Oooohhh, kaler ini sungguh lawa' ... 'Aaaaaahhh, sweetnya kaler ini' ... 'Waaaaah, pink pun ada' ... 'Ehhhh, apa tu??' ... etc etc etc ...
Setelah tamat sesi membelek di opis, ku sambung lagi sesi itu di rumah. Gambar kat bawah ni adalah gambar beg chanteks ku yang memuatkan segala isi kandungan parcel itu.

Dan, TaDaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa .... inilah sebenarnya isi kandungan parcel itu ...


Setelah disusun, beginilah rupanya ...


Sebenarnya, ku dah lama pasang niat nak menceburkan diri dalam arena lampin kain moden (atau nama glamernya CD) setelah diperkenalkan oleh NorL (yang memang pakar dalam bidang ini). Sebelum memulakan pengembaraan CDku, ku telah berjalan-jalan makan angin di beberapa blog yang memuatkan info2 yang sungguh bagus untuk sesiapa yang ingin berCD.

Lantas, pada suatu hari yang indah di bulan Ogos, ku dan NorL dengan jayanya telah memulakan ekspedisi mencarik CD di MV. Kebetulan lak hari tu ada Parenthood expo di MVEC. Kami telah singgah ke Tiny Tapir dan ku telah membeli 2 CD Coolababy kaler biru muda untuk ku cuba pakaikan pada Fawwaz dan Firdaus. NorL ada menceritakan kisah ekspedisi kami di SINI.


Untuk dipendekkan cerita, setelah beberapa kali percubaan, ku rasa sangat2 berpuas hati dengan CD itu. Alhamdulillah, anak-anak pun suka pakai CD - Especially Firdaus - dia cakap dia nak pakai pampers cantik.
Maka, setelah ku dan che abang ytc suami isteri duduk berbincang dan mencongak-congak bajet kami, kami sepakat memutuskan untuk men'CD'kan Firdaus dan Fawwaz sepenuhnya ... Thanks a million for your support (and sponsorship), bang ... Ngeeeeee~~~

Yang lebih best tu, beberapa hari lepas NorL ada hantar sms cakap, dia nak beli CD kat kedai online Mama Payish INI (Rakan-rakan yang berminat, pendapatku la kan, servis yang ditawarkan oleh Mama Payish ni memang excellent. Highly recommended!!!)... ku pun tanpa ragu2 menumpang pesan kat NorL ... Dan ini lah hasilnya (beserta gambar model cilik yg pantang nampak ibu dia pegang camera, hahaha).


Tetiba, datang pula si empunya SEPARUH CD itu - Firdaus. Dengan penuh seronoknya dia datang and tanya ibu dia ... 'IBU, NI SAPA PUNYA???' .. 'Abang punya ...', Jawab ibu sambil tersenyum ...

'Yang ni pulak, sapa punya, ibu?' tanyanya lagi .... 'Abang punya jugak', jawab si ibu dengan penuh limpahan kasih sayang dan kesabaran ...


Bila sesi soal jawab telah selesai dan si anak confident yang SEMUA CD itu adalah miliknya, maka si anak puas hati dan terus berposing di tilam bersama dengan si kakak yang dah ready berposing sejak awal sesi soal jawab antara ibu dan anak lelakinya tadi, Hahahahahaha ...


Sesudah selesainya sesi prewash sebanyak 3 kali, Insya Allah akan bermulalah pengembaraan CD kami ...
Sekian, terima kasih ...
Image Hosted by ImageShack.us
P/s - Syukurlah che abang YTC tak cakap apa-apa pasal 2 keping CD yang kaler PINK itu ... Hahahahahaha ...
P/p/s - Andaikata dia query pasal pilihan kaler PINK itu, ku sebenarnya dah siap dengan jawapan dah - 'Ala bang, ni standby utk baby seterusnya ... manalah tau girl kan kan kan kan kan' *Dengan nada gedix* ... HAHAHAHAHAHAHAHAHA

The phenomenal power of the human mind

Salam,

Got this in my email ...


I cnudolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid! Aoccdrnig to rsceearh at Cmabrigde Uinervtisy, it deosn't mttaer in waht oredr the ltteers in a wrod are, the olny iprmoatnt tihng is taht the frist and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it wouthit a porbelm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Amzanig huh?

-------------------------------------------------------------------------------------------------

A teacher asked her class for sentences using word " beans"
" My father grows beans, " said one student.
" My father cooks beans, "said another.
Then little Johnny spoke up " We are all human beans "


Funny ... te he he ...

Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, September 15, 2009

Anakanda-anakandaku berposing

Salam semua ...

Saya memang sangat2 suka ambil gambar anak-anak ...
Entry ini saya tujukan khas untuk tentera2 kecilku ...


Dina, Daus, Fawwaz - Comel kan kalian kan kan kan kan ... Jangan nakal2 ye sayang. Dengar cakap ibu, abah, tok, mbah, aki, wan ... Nanti dah besar jadi orang yang berguna dan beramal ye ...

Ibu sayang kalian semua ...


















Image Hosted by ImageShack.us
p/s - Di saat2 genting ini, saya dengan gigihnya sedang bertungkus lumus menyiapkan beberapa perkara agar saya dapat bercuti panjang dengan hati yang aman damai di hari raya nanti ... Hehehehe ... Senyum sokmo ye rakan2 sekalian ... wassalam

Friday, September 11, 2009

Hari Matrikulasi UKM Bangi 96/97


Salam ...

Have been meaning to finish writing this entry last week ...
Have been preoccupied with other things , though ...
Anyhow ... here goes ...

-----------------------------------------------------------------------

01/09/2009

Ku telah jumpa dengan geng matrikulasi ukm tahun 1996/97 ...
Dr Hanim namanya (ewahhhh ...)
Last jumpa dia kat Ireland dulu rasanya ..

Kebetulan Hanim datang PPUKM ni sebab ada kelas...
Last Tue lagi sebenarnya Hanim bagitau dia ada kelas tapi kebetulan lak masa hari tu ku dah berjanji ngan member2 Chempath nak beronggeng kat JJ...
So, the week after la baru dapat jumpa ...

Hanim, u haven't changed a bit la babe ...
Sama jer muka ...



Asalnya nak bawak Hanim terus gi bilikku.
On the way nak jemput Hanim kat radio dept, ku talipon NorL ajak datang bilikku utk sembang gebang ngan Hanim - Wahhhhh, che mek NorL busy la pulak wat case write up yang nak kena submit before weekend.

So, ku bawak Hanim datang bilik NorL dulu.
Ingat setakat nak cakap Hai Hai Bye Bye kat NorL...
Tapi tersangkut la plak sepanjang lunch hour kat situ - Biasalahhh, perempuannnn ...
Akhirnya, tak sempat bawak Hanim ke bilikku sebab dia dah nak kena pergi kelas kul 2.

Before balik tu, sempat la plak Hanim menghulurkan 'sesuatu' kepadaku ...
Dia bagi aku cuba try test drive 'sesuatu' itu utk beberapa minggu ...
(Beberapa bulan boleh, Hanim?? Hahaha)
Toche toche toche Hanim ... Aku akan cuba 'sesuatu' itu setibanya aku di rumah nanti ...
Tak sabar rasanya *rubbing my hands together gleefully in anticipation, mwahahaha*

Apakah 'sesuatu' itu???
Sesuatu yang sudah lama aku idam-idamkan tapi belum ada wang besar kesempatan untuk mencubanya.
Meh kita layan sesi penggambaran berikut ...

Jeng Jeng Jeng ...

Ni la dia MEI TAI (MT) yang Hanim loankan untukku try test drive ...
Kalernya - GORGEOUS kan ...

Sebenarnya kat rumah dah try test dah MT ni. Rasa sungguh selesa beb.
Fawwaz pun suka duk dalam tu. Siap tidur some more ...
Tapi tu la, setakat pakai kat rumah tu blom cukup utk dapatkan 'feel' ...
Nampak gayanya kena extend loan sampai lepas raya ni .. Barulah benar2 teruji performance MT itu ... Macam kereta pulak ye kena uji performance segala macam bagai ... Hahahaha .. (Errr, bole ke Hanim?)

Dalam aku sibuk membuat photoshoot MT itu, tetiba datang plak MODEL tak berbayar nak join session tu ... Ihikss ... Ni la dia Dina, anak daraku yang suka bergambo ...

Siap sudah citer pasal MT Hanim ...
Hopefully, will be able to take a few pics of me (or abang ytc) wearing Fawwaz in this MT during raya ...
Sat sat ... abang YTC nak pakai MT??? I DON'T THINK SOOOOOO ...
(AMPUN bang ... HAHAHAHA)


------------------------------------------------------------------------

Lepas tu, petangnya, ku mendapat phone call dari geng matriks jugak ...
Dr Ruslinda namanya ...
Dia ni laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagi lama ku tak jumpa ...
Dari abis matriks dulu ... Waaaaaaaah, sudah 12 tahun tak jumpa, bahhh ...

Hari ni memang hari matrikulasi sedunia la ... Hahaha


Image Hosted by ImageShack.us
p/s - NorL ... ko tak aci ... hari2 jumpa .. HAHAHAHA

Thursday, September 10, 2009

Konflik Cornflakes

Salam

Ku ada masalah BESAR ...
Ku di dalam DILEMA ...


Di sebelah tangan
Kuih cornflakes sempoi yang campur madu and butter tu ...

Di sebelah tangan lagi
Kuih cornflakes yang ada campur tepung ngan kismis etc etc etc tu ...

ADA APA DENGAN KONFLIK CORNFLAKES NI??

Gini,
Senin depan nak cuti, Insya Allah ...
Nak wat kuih raya ...

Agak-agaknya la kan,
Kuih mana yang patut ku buat ...


Biskut cornflakes madu kesukaanku ...
ATAU
Biskut cornflakes tepung berkismis kesukaannya ...
ATAU
Perlukah ku buat kedua-duanya??

Isk isk isk ...
Susah betul ada masalah BESAR ni laa ...

Ha Ha Ha Ha Ha Ha ...


Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, September 8, 2009

Kunjungan ke SOGO / Jalan TAR


Salam

Entry ini adalah kesinambungan dari entry yang lepas i.e. SOGO Aidilfitri Sales Preview ...

Kenderaan pengangkutan telah ditaja oleh Kak Fizah - Toche bebeh, terima kasih daun keladi ;p

Sesudah meletak kenderaan di tingkat yang agak bawah, kami terus naik ke Sogo dan melihat-lihat keadaan sekitar ...
Ya Ampuuuuuun, ramai sungguh umat Nabi Muhammad s.a.w ...
Especially kat area budak2 ... Barisan utk bayar tu panjang melingkar-lingkar mcm ular jadinya ...
Tak daya aku nak beratur panjang-panjang tu ...


Jadinya, ku tanpa ragu2 terus memulakan pengembaraan SOLO ke Jalan TAR ...
Alhamdulillah, dapat la sepasang baju melayu untuk Fawwaz and sepasang baju kurung untuk Dina (baju kurung dia semuanya dah pendek, tinggi sungguh anak daraku ni)
FYI, Firdaus nyer baju Melayu dah ada ... Tapi, cian plak tak belikan apa2 utk dia kan ...
Jadinya, the next day, ku belikan dia kain sarung memandangkan dia memang gemar untuk bersolat dengan memakai telekung Dina ... heh heh heh ...

Anyhow,
Sepanjang perjalanan pulang ke SOGO, ku digoda oleh pemandangan2 indah tudung2 yang sengaja dengan kejamnya disusun indah nian oleh para pemilik kedai ...
Ku coba utk kuatkan semangat and bulatkan tekad ...
Alhamdulillah ... saksesssssss ... ku berjaya menahan hawa nafsu ...
(DNNA = 1, Hawa nafsu = 0)

Pastu, went ahead to the meet up point i.e. pharmacy dekat dengan Famous Amos tu ...
On the way tu, saja je menggatalkan diri untuk singgah sahur seketika ke area2 barangan dapur, cadar etc etc etc tu ...
Sampai area cadar2 tu ...
Ku tergoda lagi ...

Isk ... sungguh tak berhati perut betul la org2 WINSIR ni ...
Ada ka patut depa juai comforter set (Cadar set Queen, Comforter saiz King) yang asalnya berharga RM400 lebih dengan harga RM89 jer???
Dah la tu, memandangkan time tu Happy hour, depa nak throw in sebijik bantal FOC some more...
Sungguh tidak patut !!!!! HANGIN aku ...

MAKA,
Untuk membuang hangin yang bersarang di badanku itu,
Ku telah REMBAT sebijik ....
Yeah yeah yeah .....
(hawa nafsu = 1, DNNA =1)

(Nota : Tiada walau sekelumit penyesalan pun di hatiku ... Nak tau napa? Sebab
before ku rembat, ku telah pun menalipon abang YTC dan meminta pendapatnya ...
Alhamdulillah, dia pun setuju ...
Ai lebiu bebeh)

Yang tak baper bestnya, Sambil kitorang lepak2 kat pharmacy tunggu member2, ada la kot 3 kali kami dok dengar announcement budak kehilangan mak bapak ... Sakan sungguh mak bapak diorang ni shopping sampai lupa anak bagai ... Isk ... Na'uzubillah ... mintak dijauhkan la ...
Anyhow ... layan je la gambar-gambar ni ek ...



Dari kiri - NorL aka scudmami78 yang dah makin selim melim, Jue yang ayu bertudung biru and yours truly yang akan terus mendoakan agar kita mendapat World Peace ...




Dari kiri : Kak Fizah aka penaja Rush silver (owh kak Fizah, MASKermu hampir copot tuh!!hihi)and adindaku Alia yang kepenatan (Dia antara insan2 gigih yg sanggup beratur beberapa kilometer untuk membayar baju budak di cashier, SALUT bebehhh ...)

Tiada dalam gambar : Mas and Kak Azie yang sedang sibuk meredeem rebate yang beratus-ribu Rupiah di tingkat Tujuh ... Hahahahaha ...

Take Home Message


1. Semasa sedang sibuk membeli belah, sila awasi anakanda-anakanda anda ... (Thanks Isabelle for reminding me the other day)
2. Sila pakai mask yang sedondon dengan warna baju anda seperti yg telah didemo oleh Kak Fizah and Alia ... nampak sungguh menawan kalbu, bukan ...
3. Sebelum membeli apa-apa, sila dapatkan ijin from ur better half untuk mengelakkan sesi soal jawab yang panjang di rumah nanti (u olz nak panggil saya old fashioned pun takpe ... i don't mind ... Ku memang telah didesign sebegini rupa semenjak azali ... Hahahaha)

Sekian ... Senyum sokmo ...
Wassalam


Image Hosted by ImageShack.us
P/s - HP saya masih kat ICU - sob sob sob ... Dr HP tu ckp, chances are slim i.e. 50-50 jer ... UWAAAAAAA ....

Thursday, September 3, 2009

SOGO ADA SALE PREVIEW ESOK DAN LUSA !!!

Salam ...

Rakan-rakan sekalian, arakian dimaklumkan bahawa :

SOGO SALE !!!

SALE PREVIEW

4 & 5 September 2009 (Friday and Saturday)
Store opens : 9 am - 11 pm

Exclusive invitation to KL SOGO S card members
and Maybankard cardmembers

Each KL SOGO S card member or Maybankard
member may bring along 2 friends ...


Pastu, petang semalam ku dapat sms ...

Enjoy exclusive SOGO presales at SK2 SOGO on 4th and 5th of Sept,
With every RM100 purchase you will get RM20 SOGO voucher.


So, kepada semua pengguna SK2, sila amik peluang ini utk beli mana-mana yang dah nak abis tu ..
Diriku??? Ku telah beli last weekend ...
Melepasssss ...
Hahahaha ...

Amaran
Keep in mind ye, there will be NO point accumulation on KL SOGO S card for all purchases made during the two-day sale preview ...


Aku ngan geng2 chempath, Insya Allah akan dengan gigihnya akan menuju ke arah sana lunch hour esok ...
Tapi bukan ke SOGO ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian ...
Tetapi, ke arah jalan TAR ...
Ku nak carik baju melayu Johor untuk tentera-tentera kecilku yang dua orang itu ...
Dan, baju kurung cotton kiut miut untuk anak daraku ...
Hihihihihihi ...

See you there ...




Image Hosted by ImageShack.us
p/s - Apa nak masak untuk berbuka ye?? Hmmm ... rasa macam nak makan bergedel ngan ayam masak merah la pulak ... Fid - ko la ni, letak gambar ayam masak merah berbuka ko tu semalam .. Hahaha ...

Santai

Salam,

Got this joke from the net ...
LOL

First-year students at Med School were receiving their first anatomy class, with
a real dead human body. They all gathered around the surgery table with the body
covered with a white sheet.

The professor started the class by telling them, "In medicine, it is necessary to have 2 important qualities as a doctor:

The first is that you not be disgusted by anything involving the human body."
As an example, the Professor pulled back the sheet, stuck his finger
in the butt of the corpse, withdrew it and stuck it in his mouth.

"Go ahead and do the same thing," he told his students.

The students freaked out, hesitated for several minutes. But eventually took turns sticking a finger in the butt of the dead body and sucking on it.

When everyone's finished, the Professor looked at them and told them, "The second most important quality is observation. I stuck in my middle finger and sucked on my index finger. Now learn to pay attention."


Teringat kenangan sewaktu undergrad di Galway dulu ...
Sihat ke tidak ke professor2ku yang eccentric2 belaka di sana???
Hahahahahaha


Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, September 1, 2009

N95 berenang

Salam ...



Petang semalam ...




Telah dengan jayanya berenang di dalam ...



Bet u're wondering how this could've happened, right?
Itching to ask me how, right?
Will tell later la .. Not in the mood ...


Anyhow,
Ku sekarang telahpun kembali menggunakan khidmat





SAKIT JIWA RAGAKU ...


HP lamaku ini ada masalah sikit ...
Hari-hari mau charge ...Tatau la masalah apa dgn battery dia ...
Masak gak selang 6 jam nak kena charge ...


Tapi takper la, ku anggap ini DUGAAN untukku ...


Sesungguhnya daku berpuasa ...


Bagaimana hari anda??
Apa-apa pun, senyum sokmo ya ...



Image Hosted by ImageShack.us

Blog Widget by LinkWithin