Pages

Sekilas pandang ...

Para pembaca budiman

Wednesday, September 30, 2009

Sesi beraya sambil rendam kaki dalam kolam

Salam,

Eh eh eh, apakah yang mereka semua sedang lakukan ini???
(Dari kiri - akak iparku, che abang ytcku and adik iparku)



Bukan setakat orang dewasa, malahan kanak-kanak turut melakukan aktiviti ini ...
(Dari kiri -Sarah, Danish, Firdaus, Irdina and Afiq)



Semuanya disebabkan oleh kewujudan sesuatu dalam kolam itu ...
Cuba perati betul-betul gambar di bawah.



Hmmm ... tak baper jelas kan .... Kita cuba perati gambar ni pulak ...



AHAAAAA ... Sudah nampak tak apa yang mencetuskan fenomena rendam kaki dalam kolam di atas??? Hehehehehe ...

Gini kisahnya ...

Minggu lepas kami pergilah beraya rumah pakcik belah che abang ytc ku di shah alam. Kami pergi 5 family. Meriah bukan main. Dina and Daus bukan main seronok dapat bermain-main sambil bergaduh dengan sepupu sepapatnya.

Tengah syok sembang-sembang sambil makan spaghetti , tetiba dialog ini terkeluar

Makcik (empunya rumah) : Nanti lepas makan-makan, silalah rendam kaki kat dalam kolam depan rumah tu. Kat situ ada banyak ikan spa.
Anak sedara : Apa makchik?? (Bercakap dengan mulut yang penuh dengan spaghetti sambil cuba menyeka sos tomato yang sesat di dagu) Ikan sepat?? (Tapi ni dalam hati la)

Anak sedara terus wat muka blur semacam.

Makcik : Isk kamu ni, Ikan Spa la. Ala, ikan yang makan sel-sel kulit yang mati tu la. Sekarang kan banyak kat supermarket2. Yang kalau nak rendam kaki tu kena bayar ikut jam.
Anak sedara : Oooo ... Makchik dapat mana ikan tu?? Beli ke??
Makcik
: Idok le ... ntah la, tetiba je ada. Kawan makcik yang perasan dulu. Dia yang cakap ikan ni ikan spa yang makan sel-sel kulit yang mati tu. Lepas dapat tau tu, memang banyak kali dah kami dok rendam kaki dalam kolam tu.
*
*
Marvellous!! Excellent !!
*
*
Anak sedara sungguh riang. Dalam hati rasa macam nak lompat-lompat kegirangan. Tapi dia control ayu jer. Sebenarnya dah lama dah teringin nak try aktiviti tu. Dah banyak kali dah nampak pusat2 spa ikan kat Tesco, tapi niat suci murni untuk mencuba tu terpaksa dibantutkan kerana malu nak show off kakinya yang sangat mulus dan gebu penuh dengan bekas garu and cakaran akibat empunya badan malas nak bubuh losyen kat kulit yang kering itu ... Hahahaha
*
*
So, lepas makan, dengan penuh bersemangat waja, kami pakat gi rendam kaki beramai-ramai.
Namun selepas lebih kurang 5 minit, aku give up sambil gelak terbahak-bahak ...
*
*
GELI beb ... Mak tak tahan, nyah!!!
*
*
Tapi aku memang tabik spring kat mak (mertuaku), che abang ytc, akak iparku and adik iparku. Bole tahan lama gak kaki diorang berendam dalam kolam tu. Hasilnya mak cakap, kaki dia rasa ringan and rasa sedap la ...
*
*
Sesi orang dewasa diselang-selikan dengan sesi kanak-kanak pulak.



(Dari kiri - Afiq, Dina, Daus (yang dalam proses nak turun masuk berendam dalam kolam), Danish dan Sarah.
*
*
Di bawah ni pulak, Firdaus yang mengamuk apabila ibu dan abahnya menghalang niat tulus ikhlasnya untuk mandi dalam kolam dengan memakai baju raya ...




HAHAHAHAHA ...
Pengalaman beraya yang sungguh unik, bukan.


Image Hosted by ImageShack.us

2 Pendapat:

Blog Widget by LinkWithin