Pages

Sekilas pandang ...

Para pembaca budiman

Wednesday, December 16, 2009

Apa nak tulis ye??

Salam,

Aiseh ... rindu nak tulis kat blog sebenarnya ...
Tapi tu la, keja yang sepatutnya perlu disiapkan masih belum siap ...
Ayoooo ... awat la very the slow progress ni??
Marah betul pada diri sendiri ...

Takpelah kan .. easy does it ..
Biar lambat asal selamat ...
Kan kawan-kawan kan kan kan ...

Meanwhile, will continue to persevere ...
DNNA, you can do it ...
Teruskan usaha ..

Senyum selalu ye kawan-kawan sekalian ...

Wassalam


Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, November 26, 2009

Saya sedang gigih ...

Salam ...

Saya sedang gigih menyiapkan case write up ... Tgh concentrate tahap dewa dewi skrg ni :) ...
Terpaksa melupakan dunia blog buat sementara waktu (i.e. seminggu / dua minggu ni) ...
Insya Allah saya akan kembali aktif meroyan sedikit masa lagi ...
Doakan saya dapat menyiapkan segala tugas dengan sempurna ...

Tak lupa,

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Andai kata ada salah silap saya dan keluarga, harap dapatlah dimaafkan ..


Senyum selalu tak kira di mana jua anda berada

Image Hosted by ImageShack.us
P/s - Allo NorL - mana ko ni beb?? kata nak mamam ... heh heh heh ...

Thursday, November 19, 2009

Mirror, mirror on the wall ...

Salam,



Sebelum saya nak wat kerja, saya nak cerita pengalaman saya tadi pagi yang sungguh mencuit hati ...



Masa saya berjalan kaki (merangkap aktiviti senaman pagi saya) dari Lembah yang Hina ke opis pagi tadi, saya ternampak ada sorang staff lelaki naik motor yang baru sampai kat parking motor. Sesudah membuka helmetnya, benda pertama yang dia buat adalah melihat wajahnya di side mirror motosikalnya.


Sumber gambar hiasan adalah dari SINI



Punyalah asyik dia membetulkan rambutnya (baca:remos) sampaikan tak sedar saya (yang berjalan kaki) sedang memerhatikannya dari jauh. Lama jugak saya dok tengok dia ngadap cermin tu. Penuh khusyuk dan tawadhu' gitu ... Kah kah kah ... Bila saya dah dekat dengan motornya barulah dia terperasan saya yang senyum-senyum simpul.



Hehehehehehehe ...



Kantoi !!!!



Lantas mamat tadi terus bergegas membuka jaket, mengambil begnya lantas berjalan dengan penuh control machonya menuju ke dalam bangunan PPU*M di depan saya. Dia tak pandang belakang dah ...



Soalan saya :
Agak-agaknya la kan, sapa yang lagi vain sebenarnya?? Perempuan ke lelaki??






Image Hosted by ImageShack.us


P/s - Saya rasa, lelaki and perempuan sama je sekarang ... semuanya menjaga imej dan kecantikan ... OK lah tu kan ... Yang penting, jangan berlebih-lebihan ...

P/p/s - Mana datang istilah lelaki metrosexual tu ek??

Wednesday, November 18, 2009

Lama lagi ...

Salam,

Merujuk kepada entry saya semalam berkenaan gaji ...
Rupanya semalam rakan2 KKM pun blom dpt gaji lagi ...
Bila diorang tanya kat admin, admin ckp - oh, tak sempat nak uruskan ...
Jadinya, gaji diorang masuk Insya Allah 23hb ni ...


Gaji kami???
Tak tau lagi ...
Malas nak contact bahagian kewangan ...


25hb pun 25hb lah ...
Kita tunggu jer la dengan penuh kesabaran ...


Betul tak rakan-rakan???
Heh heh heh

Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, November 17, 2009

(K)ura-(k)ura

Salam,



Jam 645 pagi tadi saya gigih bukak Maybank2u ...





Dan saya
KECEWA ...






Sesungguhnya (k)ura-(k)ura yang menyatakan bahawa hari gaji staff PPU*M jatuh pada hari ini bersamaan dengan hari gaji sahabat-sahabat dari KKM adalah PALSU sama sekali ...



Uwaaaaaaa ...



Kepada rakan-rakan KKM - Lia, Jue, K Fizah, Mas, K Azie -



Gaji antunna semua sudah masukkah???




Ai sungguh jelesssss wokeh...




Image Hosted by ImageShack.us
P/s - Cepatlah sikit 25 haribulan ..

Cerita favourite saya

Salam,

Tetiba teringat kat cerita favourite saya ...





Sumber gambar dari SINI


Hehehehe ...


Naruto dan saya mula diperkenalkan oleh junior-junior saya merangkap housemates saya - Aneeza, Saniyati, AYS, Fahitah dah Mira sekitar tahun 2003 gitu kalau saya tak silap... Masa tu saya masih bekerja sebagai HO di Galway. Diorang yang bertanggungjawab membaca pulang CD2 Naruto dari episod satu sehinggalah episod 100 (masa tu la)pulang ke rumah sewa kami.

Mula2 tu, saya rasa agak musykil kenapa adik-adikku itu sanggup bersengkang mata menengok citer itu sehingga larut malam ... My curiosity got the better of me .. I decided to join sekaki nengok sama2 ... Setelah episod berganti episod, CD bertukar CD, i realised that ...

I was hooked.

Sampailah sekarang, saya adalah kipas-susah-mati Naruto.

Boleh anda bayangkan, seorang ibu jelita beranak tiga meminati Naruto?? Dan, boleh anda bayangkan apa reaksi Che Abang YTC saya apabila mengetahui ketagihan saya dengan Naruto ni?? Dia cakap - U ni kalah budak-budak. Hahahahaha ...


Tapi sekarang ni saya dapati saya kurang masa untuk melihat episod2 terbaru Naruto Shippuden .. Bila saya check kat Wiki - Mak Aiiii ... banyak sungguh episod2 baru ... Alangkah indahnya kalau saya dapat membuat marathon tengok DVD (atau youtube) utk catch up sampailah episod terkini ...

Nampak gayanya tunggu 2011 nanti la ... (Masa pantang bersalin anak sorang lagi) .. Kah kah kah kah kah kah kah ...

Ada tak geng pembaca di sini yang minat Naruto??


Young at heart,
Image Hosted by ImageShack.us

Sunday, November 15, 2009

Syukur (II)

Salam,



Alhamdulillah ...


Dapat durian runtuh di musim kemarau ni ...
*Mode : Sengih sampai ke telinga*



Untuk liputan penuh, sila ziarah rumah Aja di SINI



Hadiahnya???







Hehehehe ...


Tak sangka la pulak jadi over the Top buyer 2008 ..
Rezeki, rezeki ...


Thanks a million aJa ...
Semoga selamat semuanya, deh ...
Bila nak datang ANC kat PPU*M sila koling2 akak ye ...
Akak belanja, heh heh heh ...


Image Hosted by ImageShack.us
P/s - Kepada ibu-ibu yang nak beli barangan Medela (terutamanya pumps and accessories, sila jenguk2 website aJa ye ... anda pasti tidak akan kecewa ... berbaloi-baloi you ....

Thursday, November 12, 2009

Cuti

Salam,



Hehehehe ... Kabare semua?? Harap semuanya sihat walafiat ...




Aku cuti kejap dari tulis entry kat blog. Macam-macam aku nak tulis tapi takpela, aku nak siapkan a few pressing matters first ... Lepas tu aku akan bergiat aktif dlm bidang menulis blog semula Insya Allah.



Cuma nak bagitau yang :


1. Tanggal 7/11/2009 adalah Hari Ulang Tahun Irdina Aisyah yang keempat. Intan, anak-anak kita umur diorang beza beberapa hari jer kan ... hehehehe ... utk the next one (ala, plan kita 2011 tu la) kita plan bagi baek punya ya ... kah kah kah. Insya Allah aku tulis satu entry pasal besday Dina nanti.


2. Aku dah selamat bukak akaun Tabung Haji untuk Muhammad Arif Fawwaz - Alhamdulillah. Cuma kami lupa nak register utk menunaikan ibadah Haji (Agak2 kalau register sekarang ni tahun berapa gamaknya giliran kami ye ... hehehehe)


3. Aku dah potong. (Teringat entry Isabelle berkenaan potong ni ... hehehehe ... sungguh lucu dan spot on!!!)











Aku bukannya potong line talipon umah ye kawan-kawan ...



Tapinya, aku dah selamat potong credit cards aku ... Sekarang tinggal sikat eh se kad jer dalam purseku - saja simpan kot la ada apa-apa emergency kan ... you'll never know ..



4. Fawwaz dalam usia 8 bulan 3 minggu dah pandai meniti dengan lajunya. Dan, Alhamdulillah dia dah mula belajar utk berdiri sendiri i.e. lepas tangan. Giginya dah ada 6 - 4 atas dan 2 bawah. Dia dah pandai main pok amai-amai, cak cekur udang gamit, peekaboo dll.
Go on ya good thing!!!!!!



5. Aku sempat abihkan baca buku Christopher Paolini yang terkini - Brisingr. Aku mula baca hari Isnin baru ni. Curi-curi baca malam-malam bila anakanda2 kat LalaLAND. Errr, tu antara sebab jugak mengapa blogku ni terabai ... Kah kah kah kah ...


Aku ni kan kawan-kawan, jenis orang yang kalau dah ada buku cerita depan mata, Brad Pitt lalu depan mata pun aku tak perasan ... Hahahaha ... Rasa lega dah dapat baca satu buku. Hilang rindu aku kat hobi aku iaitu membaca.


Sebenarnya aku ada satu lagi buku yang baru che abang ytc belikan - Syren (Angie Sage). Ala yang hero dia wizard yang bernama Septimus Heap tu la ... Tak sabar nak baca tapi takpe la, tunggu lah bila benda-benda yang aku patut abiskan berkurun dulu tu siap dulu ... Barulah syiokkkkk baca buku. Ada feel gitu ... kah kah kah



6. Aku masih ada berjogetlambak case write up untuk disiapkan dengan seberapa segera. Bikin aku stress sajaaaaaa ...


Sekian, Wassalam

Image Hosted by ImageShack.us

P/s - Alia baru bagitau aku yang Fabmom ada sale 4 hari bermula esok. Norley ... JOMMMMMMMMMMM ... ha ha ha

Friday, November 6, 2009

LRT (lagi) ...

Salam,



29/10/2009
Che abang dapat panggilan talipon dari Kedai Spek Kesukaan kami mengatakan bahawa spek baruku sudah siap .... Yeayyyyyyy ....


Maka pada keesokan harinya (owh, sungguh terserlah ketidaksabaranku kan), aku ngan che abang ytc DAN Fawwaz pergi amik spek baruku yang dah siap kat Ampang Park tu. Kebetulan masa tu kami menginap di rumah mertuaku di Gombak, jadinya setelah kami menimbang semua aspek, kami memutuskan bahawa kami tidak akan naik kereta kerana dikhuatiri akan dihadiahkan dengan jem strawberry di jalan raya.


We deciced to take the LRT (again)...


Dan memandangkan tiada bekalan EBM yang dibawa ke rumah mak kerana memang menjadi kebiasaanku utk direct BF Fawwaz pada hari-hari cuti, kami pakat nak bawak Fawwaz sekali. Takut-takut lak sat lagi, kat rumah dia melalak mintak susu tapi empunya sumber susunya tadak i.e. berpeleseran dan berfoya-foya dengan suami di Ampang Park. Mau panik mertuaku karang. Kih kih kih .. Dan untuk memudahkan perjalanan kami, sudah semestinya aku akan babywear Fawwaz dengan ringslingku.

Dina dan Daus kami tinggal sebab kami nak bagi can diorang main dengan sepupu-sepupu mereka yang kebetulan ada jugak di rumah mertuaku. Diorang bagi can ibu ngan abah diorang romantika d'amor dan beramas eh beramah mesra berdua-duaan (sambil ditemani Fawwaz) ... kah kah kah kah kah ...

Gambar-gambar dalam train.


Bersama belahan jiwaku ... Lama dah tak amik gambo berdua lentuk2 ni ... Last buat rasanya masa baru2 kawen dulu, hehehe


I simply love babywearing ... Mudah, ringkas dan praktikal. Dengan cara ini, kita juga dapat bersenam secara tidak langsung. Also, this is the best method to hide our bulging tummy, keh keh keh keh keh ...


Ibu dan Fawwaz ...


So, kira fair and square la ... Dina dan Daus dah naik train sekali and Fawwaz pun dah naik train sekali ... Sungguh adil dan saksama betul la ... hehehehe ...


Yang perasan bergaya dengan spek barunya,
Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, November 5, 2009

Mari belajar solat di rumah

Salam semua,

Hari ni nak wat entry santai.

Anak-anak aku cukup suka solat berjema'ah dengan ibu diorang.
Siap pakai uniform masing-masing lagi ...

Cara-cara solat versi Dina dan Daus

Bila ibu takbir, diorang pun takbir ...
Bila ibu ruku', diorang pun ruku' ...
Bila ibu i'tidal, diorang pun i'tidal ...
Bila ibu sujud, diorang pun sujud ...
Bila ibu duduk antara dua sujud, diorang pun duduk antara dua sujud ...
Bila ibu sujud kali kedua, diorang pun sujud kali kedua ...
Bila ibu berdiri untuk mengerjakan raka'at seterusnya ... mereka masih sujud ...

Dan mereka akan terus sujud sehinggalah ibu mereka duduk tahiyyat akhir ...
Barulah diorang akan duduk tahiyyat akhir ...

Bila ibu bagi salam, diorang pun bagi salam ...
Begitulah kisahnya ...







TAPI ...

Itu kalau datang mood baik Dina dan Daus nak bersolat la ...

Jika datang mood kurang baik diorang, ini yang akan berlaku biasanya ...






Mari bersolat versi (2) Dina dan Daus

Bila ibu takbir, diorang pun takbir sambil gaduh nak ubah posisi - nak berdiri sebelah ibu ...dan akan kedengaran suara sumbang Daus yang nak pakai telekung Dina ...


Bila ibu ruku', diorang pun ruku' sambil gaduh tolak-tolak sesama sendiri

Bila ibu i'tidal, diorang masih bertolak-tolakan sambil jerit-jerit ...


Bila ibu sujud, diorang pakat duduk menunggang kat belakang ibu sambil gelak-gelak (Apa korang ingat ibu korang ni kuda kah, wahai anak-anakku??)


Bila ibu duduk antara dua sujud (setelah menunggu diorang beralih tempat dengan penuh kesabaran), diorang gaduh lagi sesama diorang - kali ni gaduh sapa nak duduk depan and sapa nak duduk belakang ibu ...


Bila ibu sujud kali kedua, diorang duduk lagi belakang ibu ... Kali ni ada aksi naik kereta pulak ... Firdaus siap keluarkan bunyi vrooommmmm vroooommmmm lagi ...


Bila ibu berdiri untuk mengerjakan raka'at seterusnya ... mereka pakat wat kerja lain i.e. bermain mainan mereka ...

Dan mereka akan terus bermain (sambil terjerit-jerit) sehinggalah ibu mereka duduk bagi salam ...



Fawwaz pulak akan duduk patiently sebelah ibu dari awal hingga akhir ibu solat sambil mulutnya mengulum mainannya. Sikit pun tak kacau ibunya ... Dan bila ibu abis solat dan nak berdoa, pasti Dina dan Daus akan datang duduk sebelah ibu dan aminkan kuat-kuat ...



Acara bergambar sesudah solat


My three musketeers siap berpakaian uniform utk solat mereka ...



Dina bertelekung ...


Firdaus yang masih tak puas hati -


Abang nak pakai telekung macam Kak Dina
Haishhhh ... Daus boy, Daus tak bole pakai telekung ...
Apa??
Daus boy, Daus tak bole pakai telekung ...
Apa??
*Dengan nada yang agak tinggi* Daus boy la ... Daus pakai kain sarung macam abah
Apa??
Dah dah dah ... gi main ngan kak Dina tu ... bukak kain sarung and letak kat penyidai tu haa ...


Keh keh keh ...


Ustaz Firdaus yang garang ...
Lepas solat, kena mengaji pulak ye ...
Sapa tak nak dengar cakap Ustaz, nanti Ustaz pukul dengan hanger wokehh ...
Termasuklah ibu ...

Kah kah kah


Dina dan Fawwaz ...

Sekian cerita anak-anakku bersolat ..



Best kan solat bersama-sama dengan anak ...
Satu pengalaman yang indah, bukan ...
(Having said that, aku nak kena ngaku bahwa - Kompom agak susah lah ibu dia nak khusyu' solat)



Pesanan penaja
Kalau korang nak tau camana cara anak Cik Fid, si Gedebi bakal angkasawan negara itu bersolat, sila klik SINI


Image Hosted by ImageShack.us


P/s - Melentur buluh biarlah dari rebungnya kan kan kan kawan-kawan?? ..

Wednesday, November 4, 2009

Meja ada tapi kerusi tadak ...

Salam ...

Setelah berbulan-bulan (7 months, to be exact) dan berpuluh-puluh panggilan talipon (err, rasanya tak sampai puluh-puluh pun, mungkin 6 kali jer, dasar suka membesar-besarkan cerita la aku ni, hahahaha), akhirnya pada tarikh keramat 30 Oktober 2009 pada jam 945 pagi, aku dikejutkan dengan berita gembira yang menyatakan bahawa meja baru aku dah sampai ... yeayyyyyyyyy ...


Tapi, pada masa yang sama, aku menerima perkhabaran kurang enak yang menyatakan bahawa aku hanya dapat set meja saja. Kerusinya inda ada bah ... En Shahrul (Aku saja bubuh nama dia sebab lain kali nak kena liaise dengan dia lagi) dari bahagian alamak apa ke nama bahagian tu aku lupa suda ... Ahaaaa ... Stor Pusat!! Ya, Encik Shahrul atau nama manja yang aku berikan padanya - Encik S - cakap, peruntukan untuk kerusi yang aku apply dah abeshhhhhhhh ... Kena reapply tahun depan ... Ayoyooooooo, macam mana boleh jadi lagu ni Encik S?? Bukankah saya sudah apply untuk meja dan kerusi ni dari bulan APRIL 2009 lagi???



Tapi takpa ...


Wahai Encik S, pada tanggal 1 Januari 2010 sila bersiap sedia untuk menerima panggilan rindu dendam dari saya ya ... Kih kih kih kih kih ... Saya akan tuntut hak saya. (Ewah!!Ai speak like good only kan .. me very the poyo one) Eh sat, 1 Jan cuti ek?? It's ok ... Tanggal 2 januari, then.



(Susah-susah sangat, aku duduk style Seniman Bujang Lapok jer la kat meja tu ...)


Anyhow, ni la meja baru saya satu set seadanya ...




Finally ... my own table ... Sebelum proses mengemas
Pstt ... geng, korang tak rasa ke kaler meja ni sungguh seksi gitu ... hahaha


Selepas proses mengemas yang ada kadar - Tenaga dah sangat berkurangan kerana digunakan untuk mengubah susunan meja-meja dan rak-rak di meja itu (Lia, Kak Fizah - Thanks a million for helping me out, darlings ...). Meja ni nampak ringan tapi beratnya ya ampunnnnnn ... dia adalah sangat solid wokehhh ...


Dari angle lain pulak. Kelihatan Alia sedang buat-buat busy menyiapkan case write up nyer ... Tapi, bila tgk lagi sekali and kita perati betul-betul, eh, tgh FB rupanya (Ampun Lia ... kahkahkahkah)


Kak Fizah yang juga sedang menyudahkan case write up nya ...


Kak Azie berbaju hijau sedang sibuk verify lab results di ILMS. Dan kelihatan jua Alia yang masih lagi sibuk berFB eh wat kerja ... hihihi

Tiada dalam gambar - Jue ngan Mas (Cuti-cuti Malaysia)

To my old Major meja,




So long, dearest one ... Thanks for the memories ... Hope your new owner will love you as much as i've loved you ...



To Major Kerusi (Dr) Mas - SILA JAGA (EX) MEJA AKAK TU BAIK-BAIK YA ... Keh keh keh keh ..


Image Hosted by ImageShack.us

P/s : Fid-aku rasa meja yang diorang bagi ni memang kompom takleh celen hang punya meja yang riban-riban tu ... Namun aku tetap bersyukur :)

Tuesday, November 3, 2009

Pengembaraan bermulaaaa ...

Salam,



Aku ada masalah yang pelik ...



Aku pun tak tau kenapa, tapi setiap tahun aku kena tukar spek mata. Ini adalah kerana, aku rasa power mata kiri aku setiap tahun akan bertambah ... Sungguh mengganggu konsentrasi aku bila memandu kereta ...



Aku tau, it's all in the head ...




Tokey kedai spek tu pun cakap yg sebenarnya power aku naik sikit jaa ... Kalau ikutkan tak ganggu fungsi penglihatan aku pun ...



Tak kira, aku nak wat spek jugak. Hahahaha ...



Maka, pada petang Sabtu 24/10/2009, aku dan che abang ytc setelah fenin kepala dengar aku dok ngadu kat dia hari-hari pasal penglihatanku yang makin rabun sepakat membawa Dina dan Daus ke Ampang Park untuk ke kedai buat spek mata kegemaran kami sekeluarga. Fawwaz terpaksa kami tinggalkan dengan pembantu memandangkan dia nak tidur dah masa tu. Takut dia meragam dalam train nanti, glamer free eh susah ai nanti ... Heh heh



Kami ke sana menaiki LRT. Pengembaraan menaiki tren yang pertama buat Dina dan Daus. Rumah kami memang terletak berhampiran dengan stesen LRT Tmn Bahagia. Kebetulan adikku Haidar ada di rumah, maka dia telahku paksarela menjadi pak supir menghantar dan menjemput kami ke stesen Putra itu.


Alhamdulillah, dalam tren tak ramai orang, jadi kami dapat duduk dengan selesanya.Dina dan Daus??? Toksah cakap ... Sepanjang perjalanan tu memang excited semacam. Sangat-sangat teruja.

Meh kita tengok gambar la ek ...


Pengembaraan bermula ...


Naik escalator ...


Menunggu tren tiba ...


Dina dah tak sabar-sabar nak naik train ...


Firdaus sangat-sangat teruja tengok sekeliling ...


Finally ...Dah dalam train ... Masuk-masuk jer terus Daus mintak botol susunya ... Hehehehe ... bertuah betul!! Daus telah diserahterima kepada abah untuk handle ...


Manakala ibu handle Dina ... Eh eh ... Dina pun sama cam Daus la ... Masuk train jer terus mintak botol susu ... Hehehehe ...


Yesssss .... sampai dah kat Ampang Park ...


Riang-ria di dalam Kedai spek kegemaran kami sekeluarga ...



Ah sudah ... Ni ALIEN mana pulak ni sesat kat dalam kedai ni???
Mwa ha ha ha ha ha ha ha ha ...


Sebelum pulang, kami sempat membeli papa roti favourite ku ... Yummy yummy ... Gambar tak sempat amik sebab jangka hayat roti tu tak lama ... Kah kah kah ...


Dina yang ngantuk sebenarnya tapi nak jugak tengok pemandangan dari dalam train...



Sesampainya sahaja Dina dan Daus di rumah, diorang semua pakat tumbang tidurzzzzz ... Tapi mereka tidur dengan senyuman terukir indah di bibir mungil mereka.



Aku sungguh happy :)



Image Hosted by ImageShack.us

Friday, October 30, 2009

Anda nak??????

Salam,



Masa aku dok carik patients di ward O&G untuk researchku semalam, aku ternampak la pemandangan indah ni ...




Alalalalalaaaaa ... Shumil sungguh laaaa ...



Cute kan :) Terus rasa tenang je jiwa. Lupa kejap masalah dunia bila tengok their innocent faces.



Membuatkan hatiku meronta-ronta nak lagi ....


















But NOT NOW la ...

Kenapa???

Pertama
Fawwaz baru 8 bulan.
Kecik lagi kan ...

Kedua
Mau kena pelangkung ngan Prof H (Head of Dept) dan Prof NAU (Head of Unit) nanti ...
Lepas lahirkan Fawwaz hari tu, diorang dah warning dah ... depa suruh aku rehat dulu and concentrate on my studies ...

Ketiga
Have to finish MPath first ...
Sat lagi, belajar ke mana, family ke mana ...
Tunggang langgang jadinya ...
Kenalah utamakan kualiti dan bukannya kuantiti kan ...
(Perghhhhh, cakap berapi kan kan ... POYO jer kan kan ... Kah kah kah)






Tapi, jika ditakdirkan ada,
Aku TAK tolak beb ...
Rezeki rezeki ...


Keh keh keh keh keh ...



Image Hosted by ImageShack.us
P/s - Panjang umur murah rejeki, 2011 boleh la tambah sorang lagi, Insya Allah. Doakanlah aku berjaya melepasi semua halangan dan rintangan dalam pengembaraanku mencari ilmu ...

Masihkah kau ingat???

Salam,



Masih ingatkah anda dengan yang LIMA ini??

__________________________________________________



BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

1. Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
2. Memelihara satu cara hidup demokratik ;
3. Mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
4. Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ;
5. Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.



MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN


__________________________________________________

ALTERNATIVE ENGLISH VERSION (Surce : Wikipedia)

Our nation, Malaysia, being dedicated :

1. To achieve a greater unity of all her peoples;
2. To maintain a democratic way of life;
3. To create a just society in which the wealth of the nation shall be equitably shared;
4. To ensure a liberal approach to her rich and diverse cultural traditions;
5. To build a progressive society which shall be oriented to modern science and technology;


We, her peoples, pledge our united efforts to attain these ends guided
by these principles:

1. BELIEF IN GOD
2. LOYALTY TO KING AND COUNTRY
3. UPHOLDING THE CONSTITUTION
4. RULE OF LAW
5. GOOD BEHAVIOUR AND MORALITY


__________________________________________________

Masihkah kau ingat???
__________________________________________________



Masa sekolah rendah dulu saya selalu kena naik pentas dan baca rukun negara sebab saya seorang pengawas. Bila baca rukun negara and bila rakan-rakan ikut balik beramai-ramai, perghhhh ... memang terasa bersemangat masa tu ... meremang bulu roma. Tapi masa tu saya belum begitu mengerti maksud sebenar rukun negara yang lima itu.



Sebenarnya, sampai sekarang saya masih lagi menggali erti sebenar rukun negara. Yang saya musykil, kenapa yang nombor 5 (Kesopanan dan kesusilaan) tu tak diamalkan ... Pendapat saya yang kerdil ni, kalau kita semua ramai-ramai amalkan yang nombor 5 tu, Insya Allah, dengan izinNya, akan aman makmur la Malaysia ini ...



Apa kata anda??


Image Hosted by ImageShack.us
P/s - Saya anak MALAYSIA

Thursday, October 29, 2009

Reunion 5 Merah 95

Salam,


Walaupun zahirnya gaya saya sekarang tidak melambangkan gaya pelajar sekolah saya dulu, ketahuilah bahawa sesungguhnya ...

Saya adalah bekas pelajar SMAP Labu, Negeri Sembilan.
(P/s - Jika ada ex-Smapian yg sedang baca blog ini, sila lah roger2 saya ye.TQ)

Dulu-dulu ( 5 MERAH 1995)...


Klasik bukan gambar saya dulu. Tudung bulat gitu ... Hehehehe
Sila teka saya yang mana satu idaman kalbu

Hehehe, berbalik ke tahun 2009 ni,

Tanggal 3/10/2009

Kami mendapat jemputan ke majlis kawin sorang member Labu dulu. Rumahnya di Senawang.

Sementelah adanya majlis itu, sorang member saya Harriszal telah menyarankan agar buat mini reunion di rumah ustazah Epuziah merangkap guru kelas semasa kami di tingkatan 5 Merah dulu. Rumahnya kat area-area member yang nak kawen ni jugak la.

Hasilnya??

Alhamdulillah, dapat juga jumpa Ustazah sekeluarga dan sahabat-sahabat sekelas dulu. Sungguh gembira hatiku. Ada di antara kami yang dah 12 tahun tak jumpa.

Semasa dalam proses perancangan di facebook, sambutan memang sangat-sangat memberangsangkan. Tapi tu la, bila sampai hari tersebut, tak ramai yang dapat datang - mungkin sebab jalan sesak atau mungkin sebab ada banyak jemputan lain dan ramai jugak yang tinggal di negeri lain. Ada 2 orang sahabat saya tak dapat hadir kerana ayah masing-masing kurang sihat.


Tapi takper, nanti kita wat reunion besar-besaran lagi ye kawan-kawan :)

Gambar-gambar kenangan


Kami sekeluarga berbaju rona HIJAU bersama dengan Ustazah Epuziah


Dr Mazlina aka AD sekeluarga tampil anggun dengan tema PINK


Dari kiri - Alyne (baru 3 bulan lepas bersalin - makcik,ko sungguh slim, jeles aku tawww), Adeque (masih single tapi tataw la available ke tak), AD


Ustazah bersama Harriszal (Ketua Rombongan)


Masrul and Mai sekeluarga yang terus memulakan perjalan pulang ke KT usai gathering.


7 orang bekas pelajar 5M bersama Ustazah Epuziah dan Ustaz Dahlan


7 orang bekas pelajar 5M dan keluarga masing-masing bersama Ustazah Epuziah. Kelihatan Dina sedang khusyuk bermain Nintendo yang dipinjam dari anak AD.


Memang best la ...
Lain kali, boleh la kita organise
gathering besar-besaran kan ...
Kita ajak satu batch ... Metal V ...
Last gathering kalau tak silap tahun 2005 -
(Masa tu tengah mengandungkan Dina.)

Hmmm, best jugak kalau dapat jadikan acara melawat rumah Ustazah ni sebagai acara tahunan kan ...


Image Hosted by ImageShack.us


P/s - Ustazah nampak sungguh GEMBIRA hari itu ...

P/p/s - Lupa nak cakap - Gambar-gambar adalah diambil dari koleksi gambar Adeque dan Masrul. Kameraku tertinggal dalam kereta (dan che abangku ytc malas nak ambik .... hahahaha ... *Peace*, darling ... hihihihi ...)

Blog Widget by LinkWithin