Pages

Sekilas pandang ...

Para pembaca budiman

Thursday, November 5, 2009

Mari belajar solat di rumah

Salam semua,

Hari ni nak wat entry santai.

Anak-anak aku cukup suka solat berjema'ah dengan ibu diorang.
Siap pakai uniform masing-masing lagi ...

Cara-cara solat versi Dina dan Daus

Bila ibu takbir, diorang pun takbir ...
Bila ibu ruku', diorang pun ruku' ...
Bila ibu i'tidal, diorang pun i'tidal ...
Bila ibu sujud, diorang pun sujud ...
Bila ibu duduk antara dua sujud, diorang pun duduk antara dua sujud ...
Bila ibu sujud kali kedua, diorang pun sujud kali kedua ...
Bila ibu berdiri untuk mengerjakan raka'at seterusnya ... mereka masih sujud ...

Dan mereka akan terus sujud sehinggalah ibu mereka duduk tahiyyat akhir ...
Barulah diorang akan duduk tahiyyat akhir ...

Bila ibu bagi salam, diorang pun bagi salam ...
Begitulah kisahnya ...







TAPI ...

Itu kalau datang mood baik Dina dan Daus nak bersolat la ...

Jika datang mood kurang baik diorang, ini yang akan berlaku biasanya ...






Mari bersolat versi (2) Dina dan Daus

Bila ibu takbir, diorang pun takbir sambil gaduh nak ubah posisi - nak berdiri sebelah ibu ...dan akan kedengaran suara sumbang Daus yang nak pakai telekung Dina ...


Bila ibu ruku', diorang pun ruku' sambil gaduh tolak-tolak sesama sendiri

Bila ibu i'tidal, diorang masih bertolak-tolakan sambil jerit-jerit ...


Bila ibu sujud, diorang pakat duduk menunggang kat belakang ibu sambil gelak-gelak (Apa korang ingat ibu korang ni kuda kah, wahai anak-anakku??)


Bila ibu duduk antara dua sujud (setelah menunggu diorang beralih tempat dengan penuh kesabaran), diorang gaduh lagi sesama diorang - kali ni gaduh sapa nak duduk depan and sapa nak duduk belakang ibu ...


Bila ibu sujud kali kedua, diorang duduk lagi belakang ibu ... Kali ni ada aksi naik kereta pulak ... Firdaus siap keluarkan bunyi vrooommmmm vroooommmmm lagi ...


Bila ibu berdiri untuk mengerjakan raka'at seterusnya ... mereka pakat wat kerja lain i.e. bermain mainan mereka ...

Dan mereka akan terus bermain (sambil terjerit-jerit) sehinggalah ibu mereka duduk bagi salam ...



Fawwaz pulak akan duduk patiently sebelah ibu dari awal hingga akhir ibu solat sambil mulutnya mengulum mainannya. Sikit pun tak kacau ibunya ... Dan bila ibu abis solat dan nak berdoa, pasti Dina dan Daus akan datang duduk sebelah ibu dan aminkan kuat-kuat ...



Acara bergambar sesudah solat


My three musketeers siap berpakaian uniform utk solat mereka ...



Dina bertelekung ...


Firdaus yang masih tak puas hati -


Abang nak pakai telekung macam Kak Dina
Haishhhh ... Daus boy, Daus tak bole pakai telekung ...
Apa??
Daus boy, Daus tak bole pakai telekung ...
Apa??
*Dengan nada yang agak tinggi* Daus boy la ... Daus pakai kain sarung macam abah
Apa??
Dah dah dah ... gi main ngan kak Dina tu ... bukak kain sarung and letak kat penyidai tu haa ...


Keh keh keh ...


Ustaz Firdaus yang garang ...
Lepas solat, kena mengaji pulak ye ...
Sapa tak nak dengar cakap Ustaz, nanti Ustaz pukul dengan hanger wokehh ...
Termasuklah ibu ...

Kah kah kah


Dina dan Fawwaz ...

Sekian cerita anak-anakku bersolat ..



Best kan solat bersama-sama dengan anak ...
Satu pengalaman yang indah, bukan ...
(Having said that, aku nak kena ngaku bahwa - Kompom agak susah lah ibu dia nak khusyu' solat)



Pesanan penaja
Kalau korang nak tau camana cara anak Cik Fid, si Gedebi bakal angkasawan negara itu bersolat, sila klik SINI


Image Hosted by ImageShack.us


P/s - Melentur buluh biarlah dari rebungnya kan kan kan kawan-kawan?? ..

6 Pendapat:

  • IntanSham
     

    mmg beb, satu pengalaman yg indah bila bersolat dgn anak2. Aina yg selalu ikut aku solat, tp dia akan solat 2 rakaat aje.. sama mcm si akif...hahahhaaaa...
    sgt comel dina pakai telekung... suci je muka kan..;)

  • DNNA
     

    Intan

    Hehehehe ...
    Harap2 Aina,Akif,Dina,Ainin,Daus,Fawwaz dan anak2 kita semua jadi hamba2Nya yang bertaqwa dan tak tinggal solat ...Amiin ...

    Memang indah beb ... tapi haru gak kalau hari-hari macam ni kan ... Kah kah kah ...

    Yang aku musykil, bila aku suruh depa solat ngan abahnya memang kompom depa tak nak ...

    awat ek???

  • Hana Seman
     

    So kiut Dina & Fawwaz.
    Farish pulak kalau time solat, sure dia jadi imam. Kejap kat sejadah abi, kejap kat sejadah ibu.

    Cara Farish solat,
    Angkat takbir, peluk dada, pastu terus sujud, sujud tu macam meniarap. Pastu bangun, terus baca doa.

  • DNNA
     

    Na,

    Hahahaha,

    Cara Farish solat sebijik sebijon sama la dengan cara Daus solat satu masa dulu. Especially tang sujud yang macam meniarap tu ...

    gelihati bila tengok diorang wat camtu, kan ...

    last-last ko masak tak ikan pari masak asam pedas che abang ko tu?? dah tu ko makan apa?? hehehehe .. aku tabik la kat ko pantang sorang2!!

  • Linda
     

    salam..bagus cara u tu, dr kecil kita dah didik mereka ni bersOlat :-)

    aiseh..tak sabar nak ajak Payish sOlat jemaah ngan mama & abah payish..:-)

  • DNNA
     

    Linda

    Hehehehe, kalau pergi jalan-jalan blog kawan-kawan, ramai yang tunjuk gambar anak-anak belajar solat dari kecil2 ... bagus kan :)

    Payish tu nampak gaya tu tak lama dah tu ... nanti dia sendiri akan join jadi ma'mum belakang (atau tepi) abah dan mama nya , hehehehe

Blog Widget by LinkWithin