Para pembaca budiman

Wednesday, October 7, 2009

Pop Pop Pop, Bunyi Mercun Pop Pop ..

Salam semua,

Berikut adalah laporan khas projek mega Dina, Daus dan Fawwaz bersama sepupu-sepupu mereka di hujung minggu lepas.

Venue : Pak Long's house
Occasion : Rumah terbuka Aidilfitri
Date : 3/10/09
Time : 850 pm
Participants (ikut umur) : Sarah (Ketua Darjah), Danish, Nabila, Afiq, Dina, Daus, Iman, Fawwaz (hanya bisa memandang dari dalam pouch).
Cheerleaders : Ibu dan abah kepada DinaDausFawwaz, Mama AfiqIman, Abah Sarah,Danish,Nabila dan juga Aki dan Wan kepada peserta-peserta di atas ...



Jom Layannnnnn ...


Ketua darjah sedang gigih mengagih-agihkan bunga api kepada semua ...


Afiq, Dina dan Daus sedang khusyuk menanti saat-saat bunga api mula terbakar


FINALLY!!! SAKSESSSSSS .... (Jerit Firdaus kegembiraan)


Saya pun berjaya gak !!! (Kata Irdina dalam hati)


Saya jugak !!!! (Balas Iman)


Kanak-kanak (dan ibu kanak-kanak yang gigih menggendong Fawwaz) sedang bermain bunga api


Abah kanak-kanak pun turut tidak ketinggalan untuk enter frame bermain bunga api


Aki sedang memerhatikan cucu-cucu dan ibu cucu cucu bermain bunga api sambil berbuai santai di buaian ...



Aku bila tengok mereka seronok bermain,
Terus aku terkenang zaman kecik-kecik dulu ...
Aku tak minat mercun. Satu jenis je yang aku suka i.e. mercun pop pop.
Tapi bunga api ??? I'm a big fan ..


Masa dulu, adik-adik lelaki aku cukup suka main mercun Moonlighter ...
Ala, yang warna warni tu la ...
Aku jadi tukang sorak (ayu) je la ...
Mercun yang paling aku menyampah adalah ...
Mercun katak puru yang lompat lompat tu ..
Terjerit-jerit aku melompat si katak lompat bersama-sama dengan mercun itu ...

Hahahaha

PESANAN PENAJA
Pastikan ANDA mengawasi anak-anak anda bermain bunga api sepanjang masa bagi mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini daripada berlaku ...



Image Hosted by ImageShack.us
P/s - Terima kasih kepada Encik Abang Ipar dan Che Abang ytc selaku penaja bunga api dan mercun pop pop ...

0 Pendapat:

Blog Widget by LinkWithin