Pages

Sekilas pandang ...

Para pembaca budiman

Tuesday, October 6, 2009

Kenapa Saya (Terpaksa) Tidak Bekerja Hari Ini???

Salam semua,

Pagi tadi dalam kul 710, tatkala aku bergegas keluar rumah untuk ke tempat kerja, aku perasan ada sesuatu yang kurang beres tentang keretaku ...

OWHHH, tayar pancit rupanya ...


Benda pertama yang aku fikir adalah -

Alhamdulillah kat rumah lagi, kalau kat tengah jalan dah, macam mana? Mau tersadai aku bersama kereta di tepi Federal Highway itu. Jika itu terjadi, korang agak-agak la kan, ada tak insan yang baik hati yang sudi menolong seorang wanita (ayu) yang dilanda masalah flat tyre ni? Hahahaha ...

Benda kedua yang aku fikir adalah -

ADUHH, lari plan hari ni ...

Aku sebenarnya ingat nak pergi lagi ke library untuk mencuba menyudahkan case write up ku yang tak sudah sudah itu. (Alia, Jue and Kak Fizah - sila jangan gelak, wokehhhh ... hahahaha ... I'm trying my very best ni ... kikiki)

Tapi takpe la, nak wat camner, manusia merancang, Allah jua yang menentukan.

Tindakan susulan yang diambil seterusnya adalah dengan menalipon Alia dan memberitahu bahawa kakaknya ni terpaksa(rela) amik Emergency Leave.

Hehehehe ... Kawan-kawan, sebenarnya, aku pun boleh tukar tayar. Suma steps suma ingat-ingat lupa dalam kepala ... Cumanya, time tu aku dah siap lawa-lawa dah nak pi opis. Malas la pulak nak kotorkan baju kan kan kan ... Lagipun, hilang la bedak tebal satu inci ai nanti, you ....


Dan, kebetulan, che abang ytc pun blom lagi mandi (tapi tetap wangi tawww - kena la puji kan dah tolong tukar tayar, hahaha). Maka tugas menukar tayar pancit ke tayar sementara sah-sah la jatuh ke bahunya. Fuuuhhhhhh, lega aku ... Hahahaha
Abangku sayang, ai tau walau macam mana pun, u akan tukarkan jugak tayar tu kan tanpa ai mintak kan ... sebabnye ai tau u memang sayang sangat-sangat kat isteri u sorang ni kan ... and u memang tak nak tengok ai susah-susah kan ... bukannya sebab ai ni queen control kan kan kan ... Hahahahaha ... AI LEBIU BEBEH



Che Abang ytc sedang khusyuk menukar tayar



Tayar yang pancit itu. Nampak tak benda asing yang melekat di tayar itu?



THE CULPRIT PENYEBAR ONAR - Ya, ada skru yang terbenam di dalam tayar. Sabar je la.



Tayar sementara.



Abah's little helper cum cheerleader yang belum mandi pagi, hehehe ...



Firdaus memakai baju sendat kegemarannya sambil cuba untuk makan kek dan memakai seliparnya dalam masa yang sama.



MY HERO!!! MY KNIGHT IN SHINING ARMOUR !!! Errr ... che abang ytcku itu malu-malu pulak nampaknya pagi ni. Takpe la, nampak baju pagoda putih dia di sebalik pintu bonet kereta pun jadi la ... Hahahaha ...

Memandangkan kedai tayar bukak kul 930 lebih, che abang ytc telahpun dengan baik hatinya mengambil half day dan menemani aku ke kedai tayar untuk menampal tayar lama itu. Confession - sebenarnya aku yang temankan dia. Dia yang wat semua kerja. Hahahahahahaha.


So, kurang lebih gitu la ceritanya. Itu la sebabnya saya (terpaksa) tidak bekerja hari ini.


Rakan-rakan semua ... korang tahu ke cara-cara nak tukar tayar sendiri?? Hehehehe

Image Hosted by ImageShack.us

2 Pendapat:

Blog Widget by LinkWithin