Para pembaca budiman

Thursday, October 22, 2009

Buat pemotong - pemotong sekalian ...

Salam,

Ya Ampun ...
Apa punya tajuk daaaa ...
Keh keh keh ...

Sebenarnya aku memang dah lama dah nak wat entry ni ...
Asyik tak sempat jer ...
Tapi, bila baca komen Isabelle di sini,
Terus aku teringat pasal draft yang terbengkalai terperam lama ini ...

Jika anda memandu kereta di Federal Highway menuju ke Shah Alam sesudah usai kerja jam 5 petang hari-hari,
Saya yakin pemandangan ini sudah biasa anda lihat ...




Nombor-nombor plate kereta sengaja aku tak samarkan ...
Keh keh keh ...
Nasib baik memang tak berapa nak nampak.


Pemandangan yang biasa, bukan...

Apa perasaan korang jika setelah berhempas pulas beratur selama berminit-minit sambil menghiburkan diri sendiri dengan mendengar celoteh The Jawa Rangers di Hotfm , sekonyong-konyong datang pulak kereta beberapa bijik berdesup di lorong kecemasan dan mencantas pemandu-pemandu yang lain (termasuklah anda?) - Wah, ayat ini sungguh panjang.


Pasti anda geram, bukan.



Korang nak tak tak apa yang aku terasa-rasa macam nak buat esok balik dari kerja??


Aku rasa la kan,
Aku nak bawak kereta aku kat garisan lurus di antara lorong kiri dan lorong kecemasan itu ...
Betul - betul kat tengah tu.
Conquer jalan gitu.

Aku nak blok pemandu-pemandu merangkap pemotong-pemotong Que Haidar itu. Biarkan aku kena hon. Aku nak pekakkan telinga jer.


Dan aku bercadang untuk memandu kereta dengan seberapa perlahan yang boleh ...Ala-ala siput ba alif ba ya gitu ...
Lagi perlahan, lagi bagus ...
Biarkan pemotong-pemotong itu ...
Biarkan mereka terkulat-kulat di belakang aku ...
Rasakan ...

Mwa Ha Ha Ha Ha ...
Sungguh ganazzzz aku kalau datang mood meroyan road rage aku nih ...

Adakah kulit aku ni cukup tebal to pull off that act??? Te he he ... Ve Vill see ...



Image Hosted by ImageShack.us
P/s - Hmmm ... I wonder, if i do this, will they (pemotong-pemotong itu) get the message, though??? Ada ke cara lain yang lebih bagus dan berhikmah untuk menyampaikan mesej ikhlas suci murni tulus dari lubuk hati aku ni?? Any suggestions, people??

4 Pendapat:

Blog Widget by LinkWithin