Pages

Sekilas pandang ...

Para pembaca budiman

Sunday, March 14, 2010

Pengajaran dan pembelajaran ...


EDITED @ 412pm : Salam ... Rakan-rakan ... entry ini tidak ada kena mengena dengan anda ya... Saya cuma wat rumusan berdasarkan pengalaman saya selama saya bergelar blogger yang suka merantau ke rumah2 rakan-rakan blogger yang lain. Dari situlah saya belajar perkara-perkara di bawah. Ini adalah sebagai peringatan kepada diri sendiri. Yang buruk itu datangnya dari saya. Maafkan saya.

Untuk artikel yang lebih menarik dan comprehensive, sila baca artikel terkini dari Syigim di MBP di link INI.

--------------------------------------------------------

Salam,


(Entry ni ada bau-bau bacang ngan entry Hanz ngan Fid beberapa minggu dulu kalau tak silap ... Thanks for inspiring me)



Sepanjang beberapa bulan saya bergelar blogger ni, banyak perkara yang saya telah pelajari. Tak kurang juga, banyak pengalaman baru yang saya kecapi.


Saya belajar bahawa saya perlu sentiasa ada jati diri. Saya harus berfikiran positif setiap masa. Saya harus berfikiran terbuka dan bersedia menerima sebarang komen - sama ada baik atau sebaliknya.




Mungkin ada di kalangan pembaca yang suka dengan cara penulisan saya dan mungkin ada yang kurang suka. Namun, saya harus akur bahawa saya tidak boleh memuaskan hati semua pihak. Saya harus jujur. Saya harus menjadi saya.



Nota kepada diri sendiri : Santai je Puan DNNA. Jangan ambil serious sangat kan ... Hang tu dah la ada Bipolar disorder, elok2 hang tengah manic, tetiba terus menjunam ke dasar depression bila baca komen kureng best ... hehehehe ... Hidup mesti terus !!! (Oh no, am talking to myself, again ... aiyakk, kena bukak balik buku Psych tengok apa diagnosis ... kah kah kah)


If you respect other people, they will respect you.



Semasa membuat lawatan ke rumah rakan-rakan yang lain, saya belajar untuk behave myself. Jika ada isu-isu panas yang mereka paparkan pada hari itu yang agak terkesan di jiwa dan raga saya, saya (masih) belajar untuk diam dan mengambilnya sebagai pengajaran untuk saya. Ataupun, saya akan komen secara berhikmah yang tidak terlalu mengikut perasaan gitu ... hehehehe



Kalau dulu, semasa saya baru lagi dalam dunia blogging ini, saya suka tulis komen panjang2 di rumah orang (sebab saya suka kalau dapat komen panjang-panjang dari kalian). Lepas tu, baru saya sedar, eh eh - itu rumah orang, bukan rumah saya. Saya harus hormati tuan rumah. Kepada tuan rumah yang pernah mendapat komen berjela saya, maafkan saya ... saya mak budak baru belajar ....



Saya juga belajar bahawa saya harus membaca semula apa yang saya coretkan sebelum saya paparkan kepada satu dunia. Mungkin tulisan kita itu ada potensi untuk disalah erti. Lain yang kita maksudkan, lain yang difahami oleh orang lain. Saya tidak mahu ada hati terluka atau tersinggung setelah membaca nukilan saya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.



Be true to yourself.



Saya harus sentiasa mengingatkan diri sendiri akan niat sebenar saya menulis blog ini. Saya menulis untuk merakamkan naik turun roda kehidupan ini untuk tatapan anak-anak, keluarga saya dan rakan-rakan.



I want my children to know the other side of me. The cool and fun side of me :) Ye la, ibu depa ni kat rumah asyik bertukarrrr jadi Incredible Hulk (err, kalau perempuan adakah patut ditukar jadi Hulk-iah??) je kan ... Ai nak la jugak anak-anak cakap - Eh, ibu ni bole tahan jugak kelakarnya ya ... kah kah kah ...



Oleh yang demikian, saya harus pastikan bahawa saya menggunakan bahasa yang sesuai di dalam semua penulisan saya. Saya tidak mahu terlampau emosi sehinggakan terbawa - bawa ke dalam penulisan saya. Saya harus tenang (atau buat-buat tenang, kahkah).



Nota Puan DNNA - Ingat DNNA, esok-esok Dina, Daus ngam Fawwaz akan baca kisah ibu diorang ni tau ... Jadinya, mind your language ye ... hehehehe ... *sambil senyum manis dan melambai-lambai penuh kasih sayang gitu kat Dina, Daus and Fawwaz*



Forgive and forget.



Forgive, forget. Bear with the faults of others as you would have them bear with yours. Be patient and understanding. Life is too short to be vengeful or malicious. - Phillips Brooks




I've learned to forgive. Am still learning on the 'forgetting' part, though - Am only human ;)


Last but not least, i've learned to give credit where credit is due.


Banyak lagi yang saya sedang belajar sebenarnya. Takpe, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit kan kan kaaannnnn ....


Buat anda semua, andalah yang mewarnai blog ini dengan warna-warna indah. Tanpa anda, blog ini akan kusam tanpa seri. Sudah banyak yang saya belajar dari kalian. Maafkan saya atas salah silap saya. Go raibh maith agat :)


Geng, apa pulak yang korang dah belajar daripada dunia blog ni??


Senyum selalu,


Wassalam



Image Hosted by ImageShack.us

P/s - Apa la aku merepek meraban pagi2 buta ni Labuuuuu???? Maafkanlah diriku rakan-rakan. Abaikan je repekanku ini ... Abaikan ... Abaikan ... Sesungguhnya aku adalah teramat penat setelah berjaya menamatkan misi projek mega kemas rumah secara solo sambil kadang-kadang mendapat pertolongan-tanpa-dipinta dari anak-anakku.... Apa yang penting??? Kerjasama Rumahku kini bersih dan saujana mata memandang, ewahh ;P


P/p/s - Aku sempat tengok AF semalam sekejap kat rumah mertua. Ada sorang nama Daus .... Hahahahaha, glamer gitu nama anak ai ... AF kali ni ok ke ek?? Aku tak sempat nengok sampai habis ...

8 Pendapat:

  • scudmami
     

    mek, wat happened?? ni mesti ada pape nih.. nanti citer wokeh??? :p

    btw, CD ada lam keta ku... nnt leh amik, nak kena charge sket minyak and tenaga and masa nih hahahha...

  • IntanSham
     

    babe... ko ok kah?? hehehehee.. sama lah beb apa yg ko tulis tu.. kdg2 kita nih cpt sentap dgn n3 @ komen org, tp bila menulis n3 @ komen, kita x perasan kite pun dah menyentap perasaan org...kan?
    apapun, aku suka kalo ko komen panjang berjela kt blog aku, keep on commenting babe..ahaksss

  • Fid
     

    kalau nak komen panjang sila komen kat blog aku lari tajuk pun tak pa kahkahkah tapi jgn kutuk aku aku akan kick hahahahhaahahhaahhahahahahaahhahahahahahahaa

  • ummiluqman@azma
     

    panjangnya stori mori..apa kisahnya tu..anyway apa cerita ssc version 2 ko ? hehe

  • tahilalatdikakiku
     

    salam...sy juga blogger yg baru belajar..thanks for sharing the useful info sis...

  • DNNA
     

    NorL

    Mek, tadak apa la ...
    Santai jer ... hehehe

    Aku tak sabar nak nengok CD Minky yang baru tu ... Dlm gambar macam shomey lotey saja ...

    Intan

    Tu la pasal .. Takpe, bak kata fid - kita harus saling menerima ... tadak sapa pun yang perfect kan ... hehehehehe ...


    Aku laaaaaaagi sukak kalo ko komen panjang2 and aku pun sukaaaaaa kalau ko tulis entry panjang2 ... hahahaha ...


    Fid

    Bersedialah ko lepas ni mek ...
    Aku nak challenge Intan ngan Ustaz Cahaya ...

    Intan - marilah kita bersaing secara sihat walafiat ... *wink*

    Fid - ko jangan lak kuntau aku bila aku komen panjang2 ...

    kah kah kah kah kah kah ...

    Che Ma

    Owhhh ... hehehehe *tersenyum malu gitu* ...

    SSC versi 2 nampaknya terpaksa ku letak di pojokan paling belakang wat masa terdekat ni ... Aku nak siapkan projek pantyliners ngan tudung dulu ... kah kah kah ...

    Sebenarnya, aku tak jumpa lagi padding yang tebal sket .. Laki aku ckp dia tau kat mana nak carik tapi tak sempat lagi nak bawak aku ... nantilah Insya Allah aku akan siapkan juga nanti ... hehehe

    Sue

    Selamat datang ye ...
    Jemput la datang lagi nanti :)
    Terima kasih sudi komen kat blog cikai ni ... hehehehe ..

    Jom kita belajar utk jadi blogger yang lebih baik sama2 jommmm ...

    Teruskan usaha !! ;)

  • aidie
     

    forgive senang skit dari forget...forget adalah agak susah utk buat..sekurang2 nye pengalaman pahit itu lah yg akan mengingatkan kita utk lebih berhati2 :D

  • DNNA
     

    aidie

    Setuju 100% ...

    Hehehe ... ni tgh pelan2 berusaha mengubah diri ke arah yang lebih baik ...

    Tapi bila kita dah belajar to forgive and forget kan aidie, memang rasa lega sangat ... hilang dah bebanan ... Tak fikir mende dah ... hehehehe ...

    :)

Blog Widget by LinkWithin