Pages

Sekilas pandang ...

Para pembaca budiman

Wednesday, February 3, 2010

Hati tersiat siapa yang tahu

Salam,

Saya mintak maaf, saya menulis ketika hati ini terluka.

Bukan untuk menuding jari kepada sesiapa.

Hanya sekadar coretan luahan perasaan saya dan juga ingatan kepada saya (dan kepada anda semua, para pembaca budiman sekalian)agar dapat kita jadikan iktibar.

Semoga bila kita berada di ATAS nanti, kita jangan lupa diri ya. Jangan pernah lupa kenangan sewaktu kita berada di BAWAH dulu.

--------------------------------------------------------------------



Saya pohon agar anda bisa mengawal bicara anda apabila bercakap dengan sesiapa sahaja terutamanya bila anda marah.



Etika kerja perlu dijaga.


Dalam menegur anak buah pun anda perlu profesional dan bukannya emosional.



Jangan ingat, bila anda sudah jadi boss, ada puluhan title di hadapan anda, anda bebas menghentam orang sesuka hati.


Ya, saya tahu anda sedang menahan perasaan amarah yang membuak-buak di dada.


Ya, saya tahu, perkara itu ada potensi untuk menjadi isu yang lebih besar dan serious.



Saya cuma minta anda BERISTIGHFAR banyak-banyak ...



Sesudah itu, bila anda sudah agak tenang, saya pohon agar anda siasat dulu punca masalah. Jangan terus melatah dan mula mencari-cari kambing hitam buatmu melampiaskan amarahmu. Saya kasihan dengan anak-anak buahmu yang terpinga-pinga tidak tahu apa-apa dan (pada pendapat saya) tidak bisa disalahkan dalam isu ini.


Jika anda sudah tahu punca masalah, sekali lagi bertenang. Anda panggil saja anak-anak buah yang terlibat ke dalam bilikmu. Nah, bukankah itu lebih profesional daripada memarahi mereka di depan khalayak ramai?? Mereka juga ada maruah dan harga diri - sama seperti anda.


Mereka itu bukanlah anak-anak kecil yang masih mentah akal fikirannya ...



Mereka orang dewasa - sama seperti anda. Bahkan ada di antara mereka itu adalah datuk-datuk atau nenek-nenek. Jadinya, selayaknyalah mereka itu anda layan seperti orang dewasa.


Seperkara lagi,


Saya pasti anak-anak buah anda juga telah menyedari kesilapan mereka. Tak perlu anda menabur garam di luka mereka dengan memanggil mereka dengan panggilan yang kurang sopan dan menghina. Saya pasti hati mereka akan terasa pedih bagaikan disayat pisau. Apa perasaan anda bila orang memanggil anda dengan panggilan sedemikian??

Baiklah, anda mungkin sudah berada di tahap tinggi. Mana mungkin orang lain bisa melontarkan panggilan menghina kepada anda.

Kita cuba senario lain pula. Cuba anda bayangkan jika perkara ini terjadi kepada anak anda. Atau mungkin cucu anda. Anda suka mereka dipanggil 'I*io*'???

Apa yang anda rasa?? Anda suka kah??

Saya yakin betul yang saya sendiri pasti tidak akan suka. Saya pasti saya akan berkecil hati.


Memanggil mereka dengan panggilan yang menghina akan menjatuhkan kredibiliti anda sebagai ketua di mata mereka lantas akan berkuranglah perasaan hormat dan kasih mereka kepada anda.

Cukuplah anda beri teguran secara hikmah.

Saya yakin, pasti mereka akan lebih menghargai tindakan anda. Insya Allah mereka akan lebih bekerja keras dan saya pasti mereka tidak mengulangi kesilapan mereka.


Nah, bukankah itu dapat membina satu environment kerja yang sungguh produktif dan harmonis???



Terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak kata buruk padahnya.



Maaf andai coretan saya ini membuat anda terasa.

Fikir secara positif.

Ini tanda masih ada orang yang sayang dengan anda.

Wassalam


Image Hosted by ImageShack.us
P/s - Luka di hati kali ini sungguh dalam dan sungguh mengesankan.

4 Pendapat:

  • h4ni3
     

    sape yg melukakan hati ko ni dian. isk isk.. biasa la tu.. orang dah duduk tinggi, ada pangkat, susah nak cari yang humble. kebanyakannya hidung pun ikut naik setinggi pangkat. arrogant. tak suka orang mcm ni (malangnya kat gov sector, ramai yg camni.. mencikk)

  • scudmami
     

    awat lak emosi nih?
    sape plak yg marah2 x tentu hala nih? tp baguih la hang punya 'geram' tu sgt berhemah. Aku kalu sure sama naik hangin tp kalu aku yg kena hantam tanpa usul lah.. kalu x kena takat cian sama yg kena laa..
    tp x patut x patut.. esp tang marah di khalayak ramai..

    mintak

    yg mintak2 lah kita x jadi gitu bila dh dok kat atas nnt kn dian... amiiinnnnn...

  • Hana Seman
     

    Yan.. banyakkan bersabar.. Biasalah orang atasan ni kadang2 suka lupa diri..

    By the way, aku dah gi KL last week. Tak sempat jumpa ko sebab aku tak pergi HUKM..

  • DNNA
     

    Anie

    Heh heh heh ... semua tu tinggal kenangan dahh ... aku maleh nak pikior ... sekarang aku nak sambung balik tulis case write up, carik pts utk study etc etc etc supaya aku bole grad dan mula ngajor. Aku maleh nak melibatkan diri dengan urusan2 sepele macam ni ... Makan diri wooo nanti ...

    NorL

    hahahahaha

    I am NOT going to stoop to her/his level ... marah-marah orang membabi buta ...
    males aku nak layan laa ..

    nanti ko balik sini aku story

    Na

    Tu la, harap2 esok kita bila kat atas nanti jangan lupa diri ...

    Ye ke?? So, lepas ni ayahanda ko follow up katne??

Blog Widget by LinkWithin