Salam
Irdina Aisyah
DOB : 07/11/2005
Dina sayang,
Pantas betul masa berlalu.
Sedar tak sedar, anak sulung ibu ni dah nak masuk 4 tahun dah kan ...
Banyak kali Dina cakap dengan ibu yang Dina nak pergi sekolah ...
Maafkan ibu,
Ibu belum sempat nak pergi survey sekolah2 untukmu.
Insya Allah bila dah reda urusan-urusan ibu di kantor,
Akan ibu dan abah carikan sekolah yang terbaik untukmu ...
Agar Dina belajar ilmu dunia dan akhirat dengan lebih lanjut.
Dina sekarang ni pandai betul bergaya depan kamera,
Asal ibu ajak ambil gambar jer, mula la, macam-macam aksi Dina.
Terhibur ibu ...
Tapi kadang-kadang, Dina takmo kalau ibu nak ambil gambar Dina ...
Instead, Dina nak jadi photographer ..
Nak ambil gambar Fawwaz, Daus, ibu and abah katamu ...
Pandai pulak tu Dina handle kamera tu ...
Kagum ibu.
Anak ibu memang bijak :)
Dina sekarang ni dah makin feminine ..
Dina suka menggayakan rambut ikalmu dengan pelbagai gaya ...
Sekejap buat pony tail, sekejap tocang, kejap ikat dua ...
Hehehehe, ibu senyum jer ...
Walau apa pun gayamu, Dina sentiasa cantik di mata ibu
Dina sekarang ni asalkan hujung minggu jer mesti nak pakai gown ...
Nak jadi princess, Dina kata ...
Ketahuilah sayang, Dina memang princess ibu forever and ever ...
Semoga Dina menjadi anak yang solehah dan kakak yang dapat membimbing adik-adikmu ke arah kebaikan, amiin
Ibu sayang Irdina Aisyah
0 Pendapat:
Post a Comment