Para pembaca budiman

Friday, July 24, 2009

Balik kg

Salam ...

Saksesssssssssssssssssssssssss .... Hehehehehehehe

Dah berjaya paksa-rela pujuk che abang ytc balik kampung petang ni. Alhamdulillah ... Tetiba diriku terasa macam nak balik kg la pulak. Sebab utama - masa diriku call ibu hari tu, dia banyak kali tanya- 'Tak balik Kuantan ke? Balik la sebabnye Alia and the gang pun balik gak'. Diriku bukannya bole dengar ibu cakap macam tu. Terasa macam hari tu jugak nak balik kg. Sebagai anak, sedih kan dengar ibu cakap macam tu.

FYI, kami dah lebih 2 bulan dah x balik kuantan. Mulanya, sebab kami sibuk nak berpindah rumah. Lepas tu, rumah kat kuantan pulak tengah renovate. Memula tu ibu cakap, takyah balik la sebabnye berhabuk, kesian dengan budak2. Tunggu la rumah kuantan habis renovate... That was 3 weeks ago. Tapi rasanya mesti dia dah tak tahan rindu nak jumpa dengan cucukanda2nya ... tu yang bertanya bila nak balik kuantan tu ...

Anyhow, petang ni ingat nak balik awal sket nak pack baju. Che abang ytc siap pesan lagi pagi tadi - Bila abang balik nanti,make sure semua dah siap. Ku ingat lagi, masa kecik2 dulu, bapak pun selalu bagi pesanan penaja yang sama kat ibu kalau nak balik kg. Adakah suami2 anda juga selalu cakap macam tu??

Insya Allah nanti nak bawak bebudak kecik pergi ke TC - Teluk Chempedak - nak mandi laut. Dah pesan dengan helper tadi tolong siapkan sekali baju mandi bebudak ...

Dina and Daus pun excited je pagi tadi bila bagitau nak balik kg ptg ni. Diorang tak sabar nak jumpa Mbah ngan Tok ... Tu pun tak bagitau diorang yg sepupu2 diorang Farha, Eimran and Hanna (anak2 Alia) pun balik sekali. If bagitau awal2, harus diorang melalak demand balik pagi tadi jugak .. isy isy isy isy isy ...bebudak zaman sekarang ni ... ;)

Bestnya balik kg .....

Satu je yang takde kat rumah Kuantan ... yup, takdak internet connection .. hehehe. Ingat nak letak gambar2 masa kat Marriott dulu. Takpe la, next time may be:)

Ibu and bapak ... tunggu kepulangan kami sekeluarga ye :)



Image Hosted by ImageShack.us

0 Pendapat:

Blog Widget by LinkWithin