Pages

Sekilas pandang ...

Para pembaca budiman

Showing posts with label yang berlegar2 di kepala. Show all posts
Showing posts with label yang berlegar2 di kepala. Show all posts

Friday, October 30, 2009

Masihkah kau ingat???

Salam,



Masih ingatkah anda dengan yang LIMA ini??

__________________________________________________



BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

1. Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
2. Memelihara satu cara hidup demokratik ;
3. Mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
4. Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ;
5. Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.



MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN


__________________________________________________

ALTERNATIVE ENGLISH VERSION (Surce : Wikipedia)

Our nation, Malaysia, being dedicated :

1. To achieve a greater unity of all her peoples;
2. To maintain a democratic way of life;
3. To create a just society in which the wealth of the nation shall be equitably shared;
4. To ensure a liberal approach to her rich and diverse cultural traditions;
5. To build a progressive society which shall be oriented to modern science and technology;


We, her peoples, pledge our united efforts to attain these ends guided
by these principles:

1. BELIEF IN GOD
2. LOYALTY TO KING AND COUNTRY
3. UPHOLDING THE CONSTITUTION
4. RULE OF LAW
5. GOOD BEHAVIOUR AND MORALITY


__________________________________________________

Masihkah kau ingat???
__________________________________________________



Masa sekolah rendah dulu saya selalu kena naik pentas dan baca rukun negara sebab saya seorang pengawas. Bila baca rukun negara and bila rakan-rakan ikut balik beramai-ramai, perghhhh ... memang terasa bersemangat masa tu ... meremang bulu roma. Tapi masa tu saya belum begitu mengerti maksud sebenar rukun negara yang lima itu.



Sebenarnya, sampai sekarang saya masih lagi menggali erti sebenar rukun negara. Yang saya musykil, kenapa yang nombor 5 (Kesopanan dan kesusilaan) tu tak diamalkan ... Pendapat saya yang kerdil ni, kalau kita semua ramai-ramai amalkan yang nombor 5 tu, Insya Allah, dengan izinNya, akan aman makmur la Malaysia ini ...



Apa kata anda??


Image Hosted by ImageShack.us
P/s - Saya anak MALAYSIA

Wednesday, October 28, 2009

Jangan Tiru Macam Saya

Salam,

Ini adalah rentetan daripada peristiwa yang membuat aku sakit jiwa dan raga seperti yang telah aku hikayatkan DI SINI.



Kisah ini berlaku pada hari Khamis lepas ye.



Petang itu, seperti biasa, aku duduk di lane kiri untuk memudahkan aku masuk ke simpang kiri di hadapan untuk menuju ke rumah. Dan, tidak lama selepas itu, seperti biasa jugak, datang la beberapa bijik kereta berdesup di lorong kecemasan dan memotong kereta-kereta yang beratur panjang di lorong kiri.



Lantas aku berkata-kata seorang diri di dalam hatiku ...
(Ater, aku cakap kuat-kuat sorang-sorang karang driver lain ingat aku kureng betul lak karang, kan .. Hehe)



Ini TIDAK boleh jadi. Ini TIDAK boleh dibiarkan begitu sahaja. Aku harus mengambil langkah yang proaktif.

Maka, aku telahpun menebalkan lapisan kulit muka aku sebanyak 110 kali dan membuat apa yang aku telah rancangkan seperti di dalam kisah di entry yang lepas.

Tanpa ragu-ragu, Zassssssssss ... aku meluncur masuk ke lane kecemasan selama beberapa detik. Lepas tu, aku memposisikan keretaku di antara lane kiri dan lane kecemasan. Dan tanpa perasaan bersalah, aku meneruskan perjalanan dengan terkedek-kedek di tengah-tengah itu ... Mwa ha ha ha ...




Boleh aku katakan bahawasanya itu adalah satu percubaan yang
sungguh berani cari pasal.



Pada mulanya, semuanya berjalan dengan sungguh lancar. Tiada kereta yang berani-berani memotong barisan. Aku sungguh gembira.



Namun, kegembiraan aku tidak bertahan lama.



Melalui ,
aku dapat melihat bayangan sebijik hantu menderu dengan lajunya di belakang ... Takde gaya nak brek langsung.


Lantas, MISSION ABORTED.



NGERI beb ...
Sesungguhnya lori itu dipandu dengan tersangatlah lajunya...
Memang laju tahap GABAN ATAU SATRIA BAJA HITAM TUKAR BAJU la ... Sebelum apa-apa terjadi, baiklah aku mengundur eh mengetepikan kereta.



Lantas, kembali lah aku ke jalan yang benar asalku i.e. lorong kiri itu. Dan aku maintain je duduk situ sampailah tiba aku masuk ke simpang kiri ke rumahku.




Malessss guwe ..
Biarkan la diorang potong barisan..
Tak daya dah aku nak wat mende dah ..
Moral of the story, next time, kalau tak nak sakit hati, marilah kita bersama-sama memeriahkan lagi jemaah kereta di lorong TENGAH atau KANAN je la.



SETEL MASALAH MAK!!!
DOSA MENGUTUK PUN KURANG!!!
BLOOD PRESSURE PUN TAKDELAH GO UPSTAIRS!!!


KAH KAH KAH KAH KAH


(Gambar-gambar semua digoogle ye. Terima kasih tak terkira saya ucapkan kepada empunya gambar - saya cilok eh pinjam ye. Jazakumullah)



Image Hosted by ImageShack.us

P/s - Sila rujuk kembali kepada tajuk entry ini ya :)

Thursday, September 10, 2009

Konflik Cornflakes

Salam

Ku ada masalah BESAR ...
Ku di dalam DILEMA ...


Di sebelah tangan
Kuih cornflakes sempoi yang campur madu and butter tu ...

Di sebelah tangan lagi
Kuih cornflakes yang ada campur tepung ngan kismis etc etc etc tu ...

ADA APA DENGAN KONFLIK CORNFLAKES NI??

Gini,
Senin depan nak cuti, Insya Allah ...
Nak wat kuih raya ...

Agak-agaknya la kan,
Kuih mana yang patut ku buat ...


Biskut cornflakes madu kesukaanku ...
ATAU
Biskut cornflakes tepung berkismis kesukaannya ...
ATAU
Perlukah ku buat kedua-duanya??

Isk isk isk ...
Susah betul ada masalah BESAR ni laa ...

Ha Ha Ha Ha Ha Ha ...


Image Hosted by ImageShack.us

Friday, August 28, 2009

Secara ringkas ... setelah 10 hari berpuasa

Salam ...
*
*
Hehehe, selamat berpuasa semua :)
Maaf, blog tidak dapat diupdate kerana tiada kesempatan ...
Nak wat ringkasan cerita ...
*
*
24/08/2009
Adalah hari ketiga berpuasa di Ramadhan Kareem ini ...
DAN ...
Merupakan hari ulang tahunku yang ke-31
Disambut secara tersangat sederhana di rumah ...
Alhamdulillah ... Semoga panjang umur, murah rezeki dan diberkati Allah sentiasa ...
*
*
25/08/2009
Dalam kul 4 pm, dapat panggilan talipon dari ward O&G ... dan ...
Dihadiahkan dengan patient pertama untuk researchku ...
Alhamdulillah ...
*
*
26/08/2009
Pagi2 ku telah dihadiahkan dengan panggilan talipon dari Prof A memberi berita gembira - Ada sorang lagi patient yg berpotensi to be enrolled in my study... Ku telah jumpa dengan adik ni and explain dengan panjang lebarnya ...
Alhamdulillah, dia setuju ... dah dua dah patient ... 78 more to go .. Hehehe
*
*
29/08/2009
Dapat jemputan berbuka puasa di rumah abang ipar ...
Alhamdulillah ... dapat makan free ramai-ramai ... te he he
*
*
30/08/2009
Projek MEGA bolos mengemas rumah ...
Abih semua kotak kitorang punggah ...
Banyak betul rupanya sampah sarap yang kitorang angkut dari rumah lama dulu yer ...
Alhamdulillah ... rumahku dah 75% kemas and dah ada rupa rumah orang sekarang ni ... hihihi
*
*
31/08/2009
MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!
Ku menghayati kemerdekaan ini dengan duduk di rumah dan menyambung kembali projek mega mengemas rumahku yang tinggal 25% lagi tu ...
Siap mop rumah 3 kali tu ... SFirst time dengan Ajax fabuloso ... 2nd round dengan pengilat lantai Cosway ... 3rd round dengan air paip ... Hahahaha .... takde keje kan aku kan ...
Abis mop tu, masuk bilik tengok che abang YTC terzZZzzZZzzZZzzZZzzz ...
Sabar jer la ...
*
*
Abis kemas, teringin lak nak makan karipap untuk berbuka ...
Ku sambung berperang kat dapur pulak ... Buat la inti karipap ...
Pastu, teringin nak minum sirap bandung untuk berbuka ...
Ku dengan gigihnya wat sirap pandan ... 2kg gula batu telah selamat ku jadikan sirap ...
Sambil - sambil tu, ingat nak buat kulit karipap ...
*
*
ALAMAK ... Tepung abis la pulak ...
Macamana la pulak bole tak perasan ... tergendala scheduleku yang ketat itu, mwahaha
Sesudah Asar, ku ajak che abang ytc sambil angkut tentera-tentera kecilku pergi beli tepung kat Giant kecik yang berdekatan rumah ...
Sesudah 15 minit bershopping-ria, akhirnya tepung berada dalam genggamanku ...
YESSSSSS ... bisa ku sambung projek karipap ...
*
*
Balik - balik je, ku serahkan tentera-tentera kecilku ke abahnya utk pandai-pandai la dia handle ...
Ku sambung wat kulit karipap dan memulakan projek masak makanan berbuka pulak...
*
*
Hasilnya ...
*
*
Menu
1. Tomyam caca marba
2. Butter prawn
3. Telur dadar
4. Terung masak cili api
5. Karipap
6. Kurma beli kat Tesco
7. Air bandung pakai sirap DIY alamak, terlebih suda merahnya
Alhamdulillah ...
*
*
Kerja memasakku selesai tatkala azan maghrib berkumandang ...
Jam 10, ku dah terZzZZzzzZZz sambil menyusukan Fawwaz ...
Alhamdulillah ...
Image Hosted by ImageShack.us

Friday, August 14, 2009

case write up - updated

Salam...

Hihihi ... Nak tergelak la pulak ... Tadi lepas abih lunch hour di SOGO yg penuh sesak tu, ku dapat panggilan talipon dari Dr H yang memanggil ke biliknya ...


Sampai depan bilik Dr H,
Dengan bacaan Bismillah kuketuk pintu biliknya,
Hatiku masa tu,
Berdegup dengan teramatlah kencangnya ...raca macam nak copot jangtungku...
Lub dub, lub dub gituh ... Hahaha ...( Alhamdulillah takder heart murmur ..)
Tu la, saper suruh hutang case write up lama2 sangat, hahaha

Lerrr ...
Dia nak mintak tolong rupanya ...
'Mintak tolong brief students part 1 hari senin ni ye ... I cuti sampai selasa'
Waduh, beressssss Boss !!!!
Hatiku kembali lapang ...
Berbunga-bunga gitu ...

Ku terus mintak ijin utk kembali ke bilikku ...
Ku bukak pintu biliknya..
Lega ...

*
*
*

Suddenly ...

'DNNA, apa cerita case write up u all ye??...
I nak satu case write up siap before bulan puasa ye ... Satu lagi before raya'
*
*
*
UWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA ...
Oleh yang demikian rakan2 ...
Jangan terasa kalau aku lama tak jenguk blog kalian ..
Sesungguhnya aku sedang bertungkus lumus siapkan case write up ..
Bukan satu, tapi DUA ....
UWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA ...



Image Hosted by ImageShack.us

*Kemusykilan*

Salam ...

Wah, lama tak update ...
Cuba untuk buat posting baru ..
Tapi utk menjadikan entry itu lebih berwarna-warni dan bermakna,
saya memerlukan GAMBAR-GAMBAR ...

Malangnya,
Saya tak boleh upload gambar ..
Ada masalahkah dgn blogger?
Sedang melalui proses penyelenggaraan, mungkin ...

Takper,
Saya akan terus SABAR menunggu sehingga ia pulih ...

Sementara itu,
Saya akan teruskan usaha saya membuat case write up sulung saya ...
(Dah 6 bulan saya hutang dgn Dr H)
Hehehehe ...



Image Hosted by ImageShack.us

Blog Widget by LinkWithin