Pages

Sekilas pandang ...

Para pembaca budiman

Showing posts with label babywearing. Show all posts
Showing posts with label babywearing. Show all posts

Friday, March 5, 2010

DIY : Soft structured carriers (SSCs)

Salam,



Aku dapat tau petang semalam yang Syaz telahpun menutup tempahan untuk SSCnya buat sementara waktu...




Remuk rendam jiwaku ... Hancur berkecai ...




Hasrat untuk menghadiri sanggar kerja warga JPMD dengan penuh bergaya sambil membawa fawwaz bulan 4 punah begitu saja ... (Aku ingat nak bawak je fawwaz pergi segala aktiviti - biar ada alasan untuk escape kuar kejap2 (selama satu atau dua tiga jam) untuk menyusu bayi sambil rendek2 kat PD ngan famili ... Kah kah kah ..




(Harapnya tiada warga JPMD sedang baca entry ini. Kalau ada, buat-buat tak nampaklah ya. Saya tau anda jua tgh mencarik idea2 bernas yang boleh dipakaiguna untuk memboloskan diri daripada aktiviti2 di sana nanti kan kan kan kan kaaaaaaaannnnnnn. Nak plagiat idea saya?? Silakannnnnnn ... kah kah kah kah kah)




Sedang aku berkeluh kesah memikirkan nasibku,




Tiba-tiba ...

Zaaaaaaasssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss ...

Ada mentol menyala di atas kepalaku ...




Apa kata kalau kita cuba buat sendiri SSC ni ....

Kalau Fid boleh berusaha buat Mei Tai DIY nya, kenapa aku tidak????


KITA BOLEH !!!!


Maka, bermulalah misi baru aku ...

Penyokong utama aku adalah Norley (yang belum apa2, awal2 lagi dah suruh aku jahit MT untuk dia, ayoyo)

Sekarang, aku masih lagi dalam proses pengumpulan data ...

Lepas ni segala data akan dimasukkan ke dalam excel untuk seterusnya dianalisa menggunakan SPSS ...

Lepas tu, tunggu jer la hasilnya ...





Image Hosted by ImageShack.us
P/s - Kot cantik esok di mato eden, eden tayang la hasil eh ... if not, well, ai akan kata dia missing in action (M.I.A)... kah kah kah ...

p/p/s - Kot tak jadik la SSC den ni, den nak convert yo la ke Mei Tai ... hehehe


p/p/p/s - Ayooo, poning palo den baco maklumat pasal SSC n MT ni ... Kono la den berkenalan ngan fabrik baru selain daripada flannel ngan cotton ... Ado sesapo tau mana nak carik buckles yang memang betul2 kuat dan webbing???? H. E. L. P !!!!!

Thursday, March 4, 2010

Bergaya Bersama SSC (Pinjam)

Salam,



Ni adalah rentetan daripada kisah aku ngan Mei Tai Hanim dulu ...


Ada apa dalam beg??
Oh, hanger tudung awning Ikea yang diorder dari Norley rupanya (toche bebeh, hutang piutang sudah langsai kan kan kaaaannnnn) .... dan, ehhh ... apa tu ye rakan-rakan??



Oh, SSC rupanya ... hehehehehe ...
Oh, mak lupak pulak mak sudah bubuh kat tajuk entry ...
Alaaahhhhh, tak sepraiss la giniiii ....



Alhamdulillah ...
Dapat jugak aku merasa test drive SSC Jumpsacbaby ...
Terima kasih tak terhingga kepada Mek NorLey kerana sanggup meminjamkan SSC yang dipinjam dari Syaz itu. Aku amat hargai kesudianmu berenggang dengan SSC itu last weekend ... *mode:terharu*


(Syaz, ingat ai lagi tak?? Alaa, yang datang ngan Norley kat MidValley dulu yang masa musim2 H1N1 dulu la ... Alaaa, ai yang comel2 pakai spek tu la ... Apa?? Tak perasan?? Oh ye tak ye jugak ye ... ai pakai mask masa tu ... Memang tak heran la kalau tak perasan pun ... kihkihkih)



Pendek kata,

SSC sungguh Syiokkkkkkk !!!


Panjang kata,

Harus aku simpan duit passive on call aku yang ciput itu agar aku dapat angkut itu SSC - Syaz, sila tunggu my order yer (Errr, Syaz, dah wat promo kat blog ni tak dapat diskaunkah atau harga spesel kah atau rebate kah atau free giftS kah??? Kah kah kah kah kah *wink wink*)

Gambar-gambar??

Oh, bukan Puan DNNA namanya kalau tidak ada gambar2 enterpremmmm .. kah kah kah ..


Sila abaikan pemandangan baju2 yang bersidaian yang menjadi latar belakang gambar ini. Instead, sila fokus kepada bayi comel yang didukung (oleh ibunya yang comel jugak) ittew ... keh keh keh keh keh ...
Aramak, baru perasan tangan Fawwaz macam terkepit ...


Dari angle lain pulak ...
Thanks che abang ytcku yang encem kerana sanggup menjadi tukang amik gambar ...

Owh owh owh !!! Disaster !!! Aku baru perasan mataku itu teramatlah puffy nyer ... (biasalah, ibu beranak kecik yang nyusu badan malam2 kan kan kan kaaaannnn ... pasrah jer laa ... kah kah kah)



Take home message,

Be it Pouches, Ringslings, MTs or SSCs - Make sure you gali, gali, gali, segala ilmu pasal carrier pilihan hatimu and then practice, practice, practice until you feel confident enough to wear your baby comfortably and safely.
(Ayat 50% rojak buah dan 50% fruit salad di sini ya - saja aku campur gaul biar mesra gitu ... harap ampun)




Because you and your baby are worth it !!!
(Ewahh, macam iklanlah pulak kan ... kah kah kah)





Sekian, senyum sokmo,
Wassalam

Image Hosted by ImageShack.us
P/s - Bila la gamaknya duit tabung bentuk bangunan slim tabung haji mak ini akan penuh??? Tak sabar nak angkut itu SSC laaa ... Ayoooooo ...

Friday, February 12, 2010

Mei Tai Hanim

Salam,


Entry khas untuk Hanim ...

Mek, aku dah godek2 gambar2 dlm hp che abang ytc ... Akhirnya, berjaya aku jumpa 2 gambar masa aku pakai MT ko tu ...



Untuk rakan-rakan sekalian,
Hehehehe, ingat tak entry yang INI??
Ini berkenaan Mei Tai yang dipinjamkan Hanim sebelum Raya Puasa dulu ...


Aku nak ucapkan terima kasih kat Hanim kerana sanggup extend tempoh loan MT kat aku ...

Ko memang the best la mek ... hehehehe ...
All the best untuk exam ko tau ...
Study smart ... May success be with you :)



Aku dah beberapa kali pakai MT Hanim ni sebenarnya.
Cuma tak teringat nak amik gambar jer ...


Ni aku pakai masa jalan2 sefamily ke aquaria cuti sekolah dulu ...
Ya Ampun, ramai sungguh umat manusia masa tu...
Alhamdulillah ada MT Hanim ni ...
Aku bebas bergerak ke sana-sini di celah-celah orang ramai tanpa sebarang kesukaran.


Lama gak kitorang lepak kat sana ...
Baper banyak show ntah yang kitorang mampir ...
(Ater, bayar tiket mahal beb, sudah seharusnyalah kita gunakan sebaik-baiknya, kan)


Bila dah penat front carry (FC), aku try pulak back carry (BC) ...
Sebenarnya, tu la first time aku cuba BC pakai MT ...
Agak sukar gak nak master seorang diri ..
Tak macam BC dengan pouch atau ring sling - lebih mudah
Masa nak BC Fawwaz pakai MT ni, i needed my che abang ytc's help ...
Unfortunately, forgot to snap pics while back-carrying fawwaz laaaa ...


Lepas tu, yang tak bole aku lupa, masa nak balik tu ...
Ada this one Mat Saleh lady senyum kat aku ...
Dia tunjuk kat Fawwaz kat belakang sambil cakap - So cute ... He looks so comfortable in it ...


(Mana tak nya, masa tu Fawwaz dah selamat zZzzZZzzZZzzZZz ...
Hahahaha ...)


So, kesimpulannya ...


MT ni memang selesa dipakai ...
Boleh dipakai oleh sesapa sahaja tanpa perlu adjust apa-apa pun ..
Cuma, kita perlu mahirkan diri dalam seni ikat mengikat ...


Sekarang ni, aku ngan Norley tengah usha2 SSC pulak ...
Ada sesapa yang sanggup loan kan SSC utk kami ni???
Kecik tapak tangan, nyiru kami tadahkan ...


Kat bawah ni adalah 2 keping gambar yang berjaya dijumpai tersorok dalam hp che abang ytcku.
Gambar model tak berbayar sengaja disamarkan ...
(Namanya pun model tak berbayar kan ... kah kah kah ...)



Sila fokus terusss kepada MT Hanim dan Fawwaz yang sedang tidur lena di dalamnya.
Anda juga bole buat2 tak nampak jer model berbibir merah yang kepenatan setelah berjam-jam berjalan... kah kah kah kah kah ...
Aramak, gambar Firdaus pun jadi samar gak. Aku tak baper pandai lagi main ngan Picasa ni .. ha ha ha ...


Fawwaz tidur dengan nyenyaknya dengan style nya yang tersendiri ... kepala tegak gitu ... hahahaha ... Yang penting dia selesa ...

Tu saja dulu, senyum selalu ..

Wassalam



Image Hosted by ImageShack.us
P/s - Ada sesapa yang mempunya pengalaman dengan SSC?? Mohon share di sini ya ... Toche!!

Friday, September 11, 2009

Hari Matrikulasi UKM Bangi 96/97


Salam ...

Have been meaning to finish writing this entry last week ...
Have been preoccupied with other things , though ...
Anyhow ... here goes ...

-----------------------------------------------------------------------

01/09/2009

Ku telah jumpa dengan geng matrikulasi ukm tahun 1996/97 ...
Dr Hanim namanya (ewahhhh ...)
Last jumpa dia kat Ireland dulu rasanya ..

Kebetulan Hanim datang PPUKM ni sebab ada kelas...
Last Tue lagi sebenarnya Hanim bagitau dia ada kelas tapi kebetulan lak masa hari tu ku dah berjanji ngan member2 Chempath nak beronggeng kat JJ...
So, the week after la baru dapat jumpa ...

Hanim, u haven't changed a bit la babe ...
Sama jer muka ...



Asalnya nak bawak Hanim terus gi bilikku.
On the way nak jemput Hanim kat radio dept, ku talipon NorL ajak datang bilikku utk sembang gebang ngan Hanim - Wahhhhh, che mek NorL busy la pulak wat case write up yang nak kena submit before weekend.

So, ku bawak Hanim datang bilik NorL dulu.
Ingat setakat nak cakap Hai Hai Bye Bye kat NorL...
Tapi tersangkut la plak sepanjang lunch hour kat situ - Biasalahhh, perempuannnn ...
Akhirnya, tak sempat bawak Hanim ke bilikku sebab dia dah nak kena pergi kelas kul 2.

Before balik tu, sempat la plak Hanim menghulurkan 'sesuatu' kepadaku ...
Dia bagi aku cuba try test drive 'sesuatu' itu utk beberapa minggu ...
(Beberapa bulan boleh, Hanim?? Hahaha)
Toche toche toche Hanim ... Aku akan cuba 'sesuatu' itu setibanya aku di rumah nanti ...
Tak sabar rasanya *rubbing my hands together gleefully in anticipation, mwahahaha*

Apakah 'sesuatu' itu???
Sesuatu yang sudah lama aku idam-idamkan tapi belum ada wang besar kesempatan untuk mencubanya.
Meh kita layan sesi penggambaran berikut ...

Jeng Jeng Jeng ...

Ni la dia MEI TAI (MT) yang Hanim loankan untukku try test drive ...
Kalernya - GORGEOUS kan ...

Sebenarnya kat rumah dah try test dah MT ni. Rasa sungguh selesa beb.
Fawwaz pun suka duk dalam tu. Siap tidur some more ...
Tapi tu la, setakat pakai kat rumah tu blom cukup utk dapatkan 'feel' ...
Nampak gayanya kena extend loan sampai lepas raya ni .. Barulah benar2 teruji performance MT itu ... Macam kereta pulak ye kena uji performance segala macam bagai ... Hahahaha .. (Errr, bole ke Hanim?)

Dalam aku sibuk membuat photoshoot MT itu, tetiba datang plak MODEL tak berbayar nak join session tu ... Ihikss ... Ni la dia Dina, anak daraku yang suka bergambo ...

Siap sudah citer pasal MT Hanim ...
Hopefully, will be able to take a few pics of me (or abang ytc) wearing Fawwaz in this MT during raya ...
Sat sat ... abang YTC nak pakai MT??? I DON'T THINK SOOOOOO ...
(AMPUN bang ... HAHAHAHA)


------------------------------------------------------------------------

Lepas tu, petangnya, ku mendapat phone call dari geng matriks jugak ...
Dr Ruslinda namanya ...
Dia ni laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagi lama ku tak jumpa ...
Dari abis matriks dulu ... Waaaaaaaah, sudah 12 tahun tak jumpa, bahhh ...

Hari ni memang hari matrikulasi sedunia la ... Hahaha


Image Hosted by ImageShack.us
p/s - NorL ... ko tak aci ... hari2 jumpa .. HAHAHAHA

Blog Widget by LinkWithin