Ampun rakan-rakan ...
Aku nak citer pasal lagi SSC dan Mei Tai DIY ...
Sila jangan bosan ya ...
Cop!Cop!Cop! (Atau Twit!Twit!Twit!)
Sebelum aku bebel dengan lebih panjang lagi, aku nak ucapkan makaseyyyyyyyy tahap tertinggi kepada Norley kerana telah mengheret aku masuk ke dalam bidang babywearing (BW) dan meminjamkan SSC kesayangannya kepadaku (bagi tujuan pencilokan template - aku tak tiru bulat2 taw kawan2, aku dah edit mana2 ikut citarasa aku. Orang akademik panggil perbuatan ini sebagai research, kah kah kah). Jutaan terima kaseyyyyy juga aku tujukan untuk Hanim kerana telah mengobarkan dan menyemarakkan lagi passion aku utk BW dengan meminjamkan MTnya (yang secara tidak langsung telah aku gunakan bagi tujuan research juga, hihihi)
Demam SSC dan MT aku ni masih belum kebah ...
Makin menjadi2 nampaknya ... High grade fever dah ni ... Lebih 40 darjah C dah ni ...
Masa aku jadi houseman dulu, memang kompom MO (eh, terbatuk pulak MIO, hehehe)akan suruh amik blood for culture and sensitivity dah ni ... kah kah kah ...
Bukan apa rakan-rakan ...
Ni untuk rujukan aku di masa depan, sebabnye aku masa buat tu memang kejap aku letak garam, kejap aku letak gula ... Lepas tu tetiba aku letak asam jawa ... pastu tambah lagi pepper ... Aku tak keep track apa yang aku buat. Ingat2 lupa apa yang aku dah kerjakan kat SSC itu (Nampaknya memang banyak betul urat2 yang putus lepas bersalin anak 3 ni ye... Harap maaf)
Maka, aku amik peluang ini untuk list down features yang ada di SSC ini. Bukan untuk berlagak dan menunjuk-nunjuk ye. Sikit pun takde perasaan itu. I am a perfectionist (typical gadis eh mak gadis comel berbintang Virgo kan MIO kan). I take pride in my work. Kalau bole, saya nak buat sehabis baik dalam apa jua yang saya lakukan. Bagi saya, benda yang baik harus dikongsi bersama. Mana tau entry ini dapat memberi inspirasi kepada anda untuk mencuba bakat dalam bidang menjahit SSC dan Mei Tai ini. Sikit sebanyak, Insya Allah dapat jugak aku pahala kan kan kan :)
Pada masa yang sama, aku juga memohon jasa baik rakan-rakan agar sudi untuk cadangkan ciri2 idaman yang harus ada pada carrier idaman anda ... Bole tak rakan2?? Korang memang best la ... Thanks in advance :)
Pasal apa?? Aku plan nak buat Versi 2 pulak lepas ni. Aku dah digigit oleh kumbang SSC dan MT. Aku tak boleh berhenti daripada memikirkan pasal SSC dan MT. Aku makan SSC dan MT. Tidur SSC dan MT. Minum SSC dan MT. Dalam tidur pun aku dok termimpi2 SSC dan MT. Isk ... (Yang, if you're reading this, just know that you're still my no 1 ye, hehehehe)
Pendek kata, Kumbang Cloth pads, Kumbang nursing pads dan juga Kumbang Tudung DIY nampaknya telah tumbang dan terpaksa angkat bendera putih kepada kumbang SSC dan MT ... Ha Ha Ha ...
Segala input anda semua, Insya Allah saya akan cuba jadikan realiti pada SSC versi 2 dan sudah semestinya saya akan berikan kredit sewajarnya kepada anda :) Andalah guru-guru yang membimbing saya sebenarnya dan Insya Allah jasa guru saya tidak akan lupa sampai bila bila :)
Kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba buat SSC atau Mei Tai sendiri, boleh lah hubungi saya di dal dot nuun at gmail dot com. Insya ALlah saya akan cuba kongsi segala ilmu yang saya ada (yang lebih kecil daripada zarah jika dibandingkan dengan ilmu Allah subhanahu wa ta'ala).
Aku ni indecisive betul la. Tak tahu nak bahasakan diri aku ke saya ke. Untuk memudahkan keadaan, seperti biasa kita aplikasikan sahaja prinsip rojak, pecel, gado2, fruit salad, Caesar's salad, yee sang dan yang sewaktu dengannya. Harap maafkan saya.
Wokeh, ready or not here i go ...
Pekung terbuka ke apa ke aku abaikan saja ...
Ni untuk kebaikan bersama :)
Wokeh, gambar di atas adalah gambar SSC dan Mei Tai yang sudah siap.
Mula2, citer pasal SSC.
1. SSC versi 1 adalah SSC yang boleh diterbalikkan (Sila bantu aku. Aku blank kejap dok fikir terjemahan BM untuk perkataan BI reversible)

Pattern pertama bermotifkan munga-munga cokelat. Dari kiri - Hood yang bole dilipat dan dimasukkan ke dalam badan SSC. Gambar di tengah adalah gambar hood down. Gambar kanan adalah gambar hood yang dikeluarkan dari poket dan dibawa ke depan (Ayooo, aku pun fenin baca apa yang aku tulis ni. Bole faham ka?? Camanala aku nak ngajar students nanti, kah kah kah ...)

Bila diterbalikkan, akan kelihatan pula munga2 hijau ...
Ya ampun, aku baru sedar, kaler2 yang aku pilih ni adalah lebih kurang sama ngan kaler blog kerdil aku ni ... Ha Ha Ha ...
Anyhou, kelebihan SSC reversible ini adalah penggunaan warna mana bole disesuweikan dengan mood si pemakai. Saya lebih selesa dengan warna coklat (dengan harapan agar che abang ytc encem saya akan sanggup utk terjun ke dalam arena babywearing ni, kah kah kah). Bak kata Norley - Coklat adalah warna yang GN i.e Gender Neutral (Iye Norley, aku takkan lupa lagi ... hahahaha).
2. SSC versi 1 ini mempunyai hood yang bersambung dengan badan sekali. Hood ini bole dilipat masuk ke dalam 'badan' SSC tatkala khidmatnya tidak diperlukan. Pada hood ini aku dah siapkan snap buttons untuk dipadankan dengan pasangannya pada chest strap.
Ini adalah pandangan belakang SSC dengan hood dijatuhkan. Saya cuba nak tunjukkan snap buttons yang berwarna hijau lembut itu ... Maaf jika kurang jelas ...
Ahaaa, ni nampak lebih jelas ...
Nampak tak pasangan snap button pada chest strap??
3. Penggunaan buckles.
Remember that we are carrying precious cargo here ...
Setelah merewang sorang2 dan kadang2 ditemani Norley di dalam forum MalaysianBabyWearers, saya dapat tahu bahawa buckles yang digunakan seeloknya adalah buckles yang mendapat kelulusan keselamatan. Di Malaysia memang tidak ada. Kalau ada mungkin ada pada individu2 yang menjadikan bidang SSC dan MT ini sebagai punca rejeki mereka. Itupun, mereka import dari US.
Pada SSC versi 1 ini, saya menggunakan buckles yang didapati dari kedai menjual peralatan craft berdekatan dengan rumah saya. Setelah saya belek2, saya sendiri rasa konfiden utk menggunakannya ... Pendek kata, lepas la internal Quality Control saya. Tapi QC orang lain saya tak tahu. Atas alasan ini, saya tidak berani untuk menjahit SSC untuk orang lain. Kalau Mei Tai, itu lain cerita kerana Mei Tai tidak melibatkan gajet2. Mei Tai hanya melibatkan straps yang sturdy dari pihak pembuat dan ilmu ikat mengikat yang mantap dari pihak ibu :)
Keselamatan anak adalah sangat penting. Tiada kompromi di sini. Setuju??
4. Padding for waist strap. Ya ampun, aku sungguh tidak tersusun. Patutnya dari awal tadi aku wat sesi ta'aruf dulu with the different parts of the SSC. Apedaaaa!! Kalau ada sebarang persoalan, sila tanya saya ya :)
Berbalik kepada masalah padding. Berbekalkan tips yang diberi oleh otai2 BW di forum MBW, saya telah berjaya memburu material yang sesuwei di Giant iaitu foam material untuk alas tidur .. Hehehehe ..
Saya ingat cukuplah sekadar satu lapisan itu pada SSC. In hindsight, i should've followed my earlier instinct. I wanted to put another layer of polyfibre on top of the foam buat i rejected the idea in the end as i didn't think my NV50 could handle that many layers.
Takpe lepas ni saya rasa (in theory) saya dah jumpa cara penyelesaiannya. Bila dah berjaya nanti saya bagitau dan share dengan rakan-rakan ya. Hehehehehe ...
-----------------------------------------------------------------------

WOKEH, cukup pasal SSC. Sekarang pasal Mei Tai pulak. Sebelum itu, Fid, awat hang nak gugurkan Mei Tai dari list jahitan ko mek?? Jom la buat sama-sama ... Bole kongsi idea utk penambahbaikan :)
Memula, saya takde niat nak wat MT. Lepas wat SSC, banyak la pulok kain lebih kaedahnya. Maka, saya biarkan tangan saya yang gatal itu mengukur2 baki kain. Eh, bole rasanya wat MT ni. Cuma mungkin kena tambah sikit kain lain kat hujung straps. In hindsight, sebenarnya sambungan kain pada hujung straps itulah yang menjadi penyeri kepada Mei Tai ini :)
Okay, Mei Tai ni macam yang aku cakap dulu, tak perlu buckles. Cukuplah sekadar 3 tali panjang yang bersambung kepada badan carrier. Selain daripada itu, apa yang diperlukan adalah ilmu ikat mengikat yang jitu dan tepat. Ilmu ini adalah sangat mudah dipelajari tau rakan-rakan.
Bila dah siap Mei Tai itu dan setelah saya cuba try test drive tengok, saya terpaksa menelan kembali apa yang telah saya katakan dulu. Dulu saya pernah kata saya prefer SSC daripada MT kan. Sekarang, saya akui yang MT sebenarnya lebih ringkas dan mudah. SSC mungkin sesuwei dipakai oleh para suami yang merasakan diri mereka akan bertambah macho sekiranya adanya gajet2 seperti webbings dan buckles .... hehehehe ... MT lebih sesuwei dengan jiwa seni halus perempuan ayu seperti kita-kita ni kan kan kan ...
Ini adalah gambar2 MT yang dah siap.
Eh, nampak macam gambar orang exercise pun ada ya ... (Let your imagination soar or run wild, people!!!)

Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan ...
lapan lagi ... dua, tiga, empat ... (dan seterusnya)

Posisi lain pula ya ...
MT ini juga adalah MT reversible dan dilengkapi dengan ciri2 yang sama dengan SSC. Cuma tempat letak snap button adalah pada strap itu sendiri dan bukan pada chest strap seperti pada kakak SSCnya ...
Wokeh, Fuuuhhhhh, penat mak bercerita. Aku rasa ini adalah entry paling panjang yang aku pernah buat ... Adeeehhhh, sungguh haus ...
So Isabelle, ai harap maklumat ni dapat jawab soalan u dulu pasal perbezaan antara baby carriers yang ada di pasaran. Hehehehe, ai tau baru partially terjawab kan. Nanti Insya Allah ai terangkan pasal pouch dan ringsling pulak ye ... :)
Wokeh, mak stop dulu ...
Malam ni aku kena bertungkus lumus membaca articles sebagai persediaan mental menghadapi seminar esok. Aku yakin betul. Pasti lecturers dah siapkan berkajang2 kertas yang sarat dengan soalan-soalan untuk pelajar-pelajarnya. Aku harus bersedia.
Topik apa anda tanya?? Topik-topiknya adalah Chronic Kidney Disease dan High Anion Gap Metabolic Acidosis. Very dry indeed. But i like it :) I love challenges. (Che Ma, that's why la aku bole buat ini SSC dalam masa sehari, kah kah kah)
Wokeh, nak siap gi mamam. Malam ni ibu dan bapak terchenta dan juga adindaku ada kat rumah ... Yeaaaayyyy ... Makan besarlah kami nampaknya ...
Senyum selalu, wassalam
P/s - Jangan segan untuk bagi input ye rakan-rakan. Husna, yang bujang pun takpe. Sebarang idea adalah sangat dialu-alukan bebehh ... :)
P/p/s/s - Thanks a million to all who have supported me all along. You know who you are. Go raibh maith agat.









