Salam
Rentetan daripada cerita NorL yang ada menyentuh sedikit mengenai parking di PPU*M di
sini, aku pun terpanggil nak bercerita pasal parking di PPU*M ni ... Isu sensitif bagi terutamanya bagi MO-MO di sini ...
Isu ni dah lama dah ... Aku dah penat hari-hari membebel dengan geng-geng opis aku sebenarnya... Tapi takpa la, aku nak jugak luahkan perasaan di sini ... agar hati bisa tenang (sedikit) ... Hehehe ...
Gini kisahnya, masalah ni bermula sejak tahun 2007 bila pihak pengurusan PPU*M yang terlibat dengan parking ni memperkenalkan parking ikut zon-zon tertentu. Contohnya, Doktor pakar di Zon A, Pihak pengurusan di C DAN E, MO-MO cabuk di Zon H dan Pelajar-pelajar perubatan di Zon J DAN K.
Ya, betul apa yang korang baca. Students (yang kebanyakannya duduk di kamsis di dalam PPU*M) ada 2 zon untuk park kereta-kereta mereka ya. Students sekarang tak macam dulu. Diorang (atau ibubapa mereka) kaya-raya woo ... Kereta students sekarang, perghhh, canggih manggih .. bukan calang-calang. Mercedes, Honda, Toyota melambak ... Kalah kereta-kereta MO-MO yang dah bertahun-tahun kerja ni.Best betul jadik student zaman sekarang. Zaman aku student dulu, naik beskal jer, kan NorL kan kan.
Berbalik kepada isu parking MO-MO di Zon H. FYI, H stands for HINA. Acapkali kami memanggil kawasan parking kami dengan panggilan Lembah yang Hina kerana Zon H ni terletak di lembah / lereng bukit PPU*M. Lembah yang Hina ni bole memuatkan dalam 80+ bijik kereta. Rasa-rasa korang la kan, satu PPU*M ni kan, baper ramai MO yang bertugas?? Kami MO-MO yang bertugas di makmal Chempathology sahaja dah ada 6 orang. Norl, micro ada baper orang ek? 15 orang ada kan. Di Histopath ada dalam 15 orang juga. Hemato pun dalam 15 orang. Jadinya, MO-MO di Jabatan Patologi je dah ada 51 orang.
Belum lagi MO-MO yang bertugas di Jabatan radiologi, paediatrics, orthopaedics, surgery, medicine,ENT etc etc etc ...
Sahih Jiddan la tak cukup untuk semua kan ... Yang lagi bestnya, diorang suruh MO yang tak dapat parking di lembah Hina untuk park kereta di Stadium yang jauh daripada bangunan hospital. Adehhhhh ... Betapa Hinanya MO di mata The Powers That Be (TPTB)kan ... Seolah-seolah hospital itu tidak akan terganggu fungsinya sekiranya tiada MO-MO yang bertugas.
Mungkin diorang boleh suruh students ganti MOs and run the hospital kot. Aku malas dah cakap banyak-banyak. You get the picture, right. Banyak lagi points yang aku boleh tulis. Masa awal-awal aku mula tulis entry ni, berkobar-kobar rasanya nak tulis panjang-panjang ... After a few paragraphs, aku rasa deflated. Rasa macam pointless aku tulis entry ini. Bukannya TPTB nak baca blog
cikai sorang MO cabuk ni pun kan. Alangkan surat-menyurat hatta petisyen yang telah disign beramai-ramai oleh MO-MO beberapa jabatan pun tidak dilayan, apatah lagi luahan perasaanku yang bukan sapa-sapa ni ...
Doa dan harapanku agar TPTB akan merombak semula sistem ini dan diganti dengan sistem baru yang lebih adil selepas mempertimbangkan kebajikan dan keperluan SEMUA pekerja. Hargailah pekerja-pekerja anda sebelum mereka semua lari ke hospital-hospital (swasta) lain kerana merasakan diri mereka sudah tidak diperlukan lagi di hospital anda.
Diam bukan bererti bisu.
Takperlah, tengok gambar jer la ye. Aku dah hilang semangat dah nak sambung bebel.
Gambar ni diambil pada jam 800 pagi.

Memperkenalkan .... Lembah yang Hina ... ada macam tin sardin tak?Ni kira not too bad la ... Kena hari MO-MO yang wat Master outcampus datang for lectures etc, things will get even worse. Bukan setakat double parking lagi la ... triple, quadruple pun ada .. Heh heh

zoom in ...

Zon K - pelajar-pelajar ... Biasanya hampir separuh kosong. Namun para MO sekalian, jgn cuba-cuba kalian usik parking space K ini, andai kamu masih berdegil dan park keretamu di situ, kalian akan dilayangkan dengan satu watikah saman dari pak gad dan keretamu akan diclamp nanti.
Hari yang lain,

Udahlah parking tak cukup, ada pulak kon diletak kat satu parking space ni. Motor-motor tu adalah kepunyaan pak gad pak gad. Ada satu pondok kecil pak gad kat situ. Rasanya boleh memuatkan hanya 2 orang pak gad. Tapi, awat la banyak bebeno moto yang park kat situ?? Dah tu, siap reserve satu parking space lagi utk depa. Haaaa, sapa nak jawab??

P/s - Sesungguhnya entry ni ditulis ketika perasaan geram masih membuak-buak di hati. Ampun dan maaf dipinta atas segala kesilapan.