Pages

Sekilas pandang ...

Para pembaca budiman

Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Friday, October 23, 2009

Kambing golek ... oh kambing golek ...

Salam,

Seperti yang aku pernah tulis dulu, Rabu lepas bersamaan dengan 14/10/2009 PPU*M telah mengadakan jamuan tahunan Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali yang terbuka buat semua warga kompleks PPU*M.

Kenapa baru sekarang aku nak tulis pasal jamuan tu?

Sekejap lagi korang akan tau kenapa ...

Ni adalah gambar yang diambil awal-awal pagi semasa para pekerja sedang sibuk membuat persiapan akhir ...




Ini pula adalah gambar-gambar warna-warni yang diambil sepanjang jamuan ...


Alia berbaju merah dan Kak Fizah berbaju hijau menunggu majlis bermula dengan penuh kebosanan kesabaran ...


Dan kelihatan Kak Azie bertudung cokelat dan Mas sedang melayan karenah Hafiz (Anakanda Mas. Kami semua memang pakat datang sini dengan perut kosong jer. Target kami hanyalah untuk makan dan makan dan makan dan makan dengan berhemah dan penuh sopan santun. Keh keh keh keh ...



Sebagai appetiser / pencuci mulut - kami dijamu dengan aiskrim, cendol, kuih karipap, satay, buah epal, putu mayam dan beberapa jenis hidangan lagi.


Ini adalah gambar makanan tradisi jamuan hari raya PPU*M.
Kambing golek yang menjadi rebutan ramai.
Kambing golek yang ku tunggu-tunggu setelah tahun lepas aku tak dapat makan kerana ada attachment di HKL.




Dan setelah kami penyek bersesak-sesak beratur untuk mendapatkan portion kambing golek kami , ini hasil yang aku dan Jue dapat utk hari itu ...


Sedih, bukan ...


Aku sungguh kecewa. Kena tunggu tahun depan la gamaknya baru dapat makan kambing golek puas-puas. Aku rasa tahun depan kena berkemah pulak la depan khemah kambing golek.


Image Hosted by ImageShack.us

P/s - Seperti biasa, Pak-Pak Ar*b la yang dapat the lion's ahare ... Sabar jer la ...

Monday, October 12, 2009

Jamuan Raya JPMD 2009

Salam

Seperti yang tertera di atas, pada 9/10/09, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD), PPU*M telah menganjurkan jamuan makan - makan sempena hari raya Aidilfitri, meraikan Ketua Jabatan JPMD yang baru (Dr H) juga bagi menghargai jasa-jasa Prof Madya Dr M i.e. mantan Ketua Jabatan JPMD - macam serampang 3 mata la gitu tujuan jamuan ni .. Hehehehe ...

Ni gambar-gambar kami yang gedix berposing sebelum sesi ucapan dan makan sakan.


Dari kiri - Major kerusi (Dr) Mas, Dr Ika


Dari kiri - Dr Azie, Dr Fizah


Dari kiri - Amna, Sha, Yours truly, Dr Jue

Putri dan geng-geng mikrobiologi

Ni pulak adalah gambar-gambar makanan
























Opsss ... mak busy sangat makan sampai lupa nak amik gambo makanan, nyah!!!!

Ha Ha Ha Ha Ha Ha ...

Rabu ni giliran PPU*M lak anjurkan jamuan raya besar-besaran. Kalau ikut tradisi, mesti ada kambing golek yang sungguh masyhur itu yang biasanya cepat betul habisnya - lesap macam kilat dek penangan Pak-pak Ar*b yang beratur berkali-kali. Rabu depan aku ingat nak book siap-siap kerusi yang ngadap kambing ni la ...


Image Hosted by ImageShack.us

p/s - NorL, ko takyah la gi Sg Buluh tu ... ko cakap la ngan Kak Zu - sehari jer ... Kita makan ramai-ramai jommmmmmmm ... hehehe

p/p/s - Adinda Alia MIA - Sedang berkejaran ke sana ke mari bagi menyudahkan task yang diberi Dr H kepadanya sampaikan tak sempat makan ... Cian dia kan ... Sungguh berdedikasi adindaku ini ...

Wednesday, October 7, 2009

Pop Pop Pop, Bunyi Mercun Pop Pop ..

Salam semua,

Berikut adalah laporan khas projek mega Dina, Daus dan Fawwaz bersama sepupu-sepupu mereka di hujung minggu lepas.

Venue : Pak Long's house
Occasion : Rumah terbuka Aidilfitri
Date : 3/10/09
Time : 850 pm
Participants (ikut umur) : Sarah (Ketua Darjah), Danish, Nabila, Afiq, Dina, Daus, Iman, Fawwaz (hanya bisa memandang dari dalam pouch).
Cheerleaders : Ibu dan abah kepada DinaDausFawwaz, Mama AfiqIman, Abah Sarah,Danish,Nabila dan juga Aki dan Wan kepada peserta-peserta di atas ...



Jom Layannnnnn ...


Ketua darjah sedang gigih mengagih-agihkan bunga api kepada semua ...


Afiq, Dina dan Daus sedang khusyuk menanti saat-saat bunga api mula terbakar


FINALLY!!! SAKSESSSSSS .... (Jerit Firdaus kegembiraan)


Saya pun berjaya gak !!! (Kata Irdina dalam hati)


Saya jugak !!!! (Balas Iman)


Kanak-kanak (dan ibu kanak-kanak yang gigih menggendong Fawwaz) sedang bermain bunga api


Abah kanak-kanak pun turut tidak ketinggalan untuk enter frame bermain bunga api


Aki sedang memerhatikan cucu-cucu dan ibu cucu cucu bermain bunga api sambil berbuai santai di buaian ...



Aku bila tengok mereka seronok bermain,
Terus aku terkenang zaman kecik-kecik dulu ...
Aku tak minat mercun. Satu jenis je yang aku suka i.e. mercun pop pop.
Tapi bunga api ??? I'm a big fan ..


Masa dulu, adik-adik lelaki aku cukup suka main mercun Moonlighter ...
Ala, yang warna warni tu la ...
Aku jadi tukang sorak (ayu) je la ...
Mercun yang paling aku menyampah adalah ...
Mercun katak puru yang lompat lompat tu ..
Terjerit-jerit aku melompat si katak lompat bersama-sama dengan mercun itu ...

Hahahaha

PESANAN PENAJA
Pastikan ANDA mengawasi anak-anak anda bermain bunga api sepanjang masa bagi mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini daripada berlaku ...



Image Hosted by ImageShack.us
P/s - Terima kasih kepada Encik Abang Ipar dan Che Abang ytc selaku penaja bunga api dan mercun pop pop ...

Wednesday, September 30, 2009

Raya piccas

Salam semua

Hehehehe ... aku ketinggalan bas la ...
Orang lain semua dah berkurun tampal gambar2 warna warni hari raya mereka,
Aku baru sekarang ni terhegeh-hegeh nak bubuh gambar raya kami.

Hehehehe ... redah jer laaa ...



SANGAT BIRU, BUKAN ... Hehehehe



Gambar di atas - Dina seperti biasa, sentiasa bersedia di depan kamera. Firdaus kepenatan beraya. Fawwaz pulak ngantuk nak nenen. Gambar ibu dan abahnya berposing sakan kecik je la ye ... Pura-pura Segan sebenarnya ... Hahahahaha



Gambar satu family besar kami ... Adinda2ku dikepung oleh keluarga biruku dan keluarga coklat Alia ... Hehehehe ... Adik2ku, berdiri dari kiri - Ashraf (purple), Irfan (merah), Harith (biru tua), Haidar (putih suci).
Gambar2 kecil - Tok ngan Mbah dikelilingi cucu2 ...



Gambar adinda Alia sefamily - Zaini, Alia, Farha, Eimran dan little Hanna.
Tema COKLAT
Dina ni kalau ada sepupunya Farha, memang agak sukar utk dipisahkan. Kalau kami cuba jua, kompom nangis kaw2 punya la si Dina. Tak kuasa kami. Hasilnya? Gambar coklat keluarga Alia ada dihiasi sikit dengan tompokan biru baju Dina ... Pasrah je la Lia kan ...



Anakanda-anakanda yang pantang nampak ibu and abah amik gambar berdua ... Semuanya nak enter frame ... Hehehehe


Memandangkan kak Dina and abang Daus dah ada kat dalam gambar di atas, di sini aku letak gambar Fawwaz sorang-sorang berposing ria sambil memakai bib raya nya ... Barulah adil dan saksama ... Hehehehe ...

Sekian

Image Hosted by ImageShack.us

Sesi beraya sambil rendam kaki dalam kolam

Salam,

Eh eh eh, apakah yang mereka semua sedang lakukan ini???
(Dari kiri - akak iparku, che abang ytcku and adik iparku)



Bukan setakat orang dewasa, malahan kanak-kanak turut melakukan aktiviti ini ...
(Dari kiri -Sarah, Danish, Firdaus, Irdina and Afiq)



Semuanya disebabkan oleh kewujudan sesuatu dalam kolam itu ...
Cuba perati betul-betul gambar di bawah.



Hmmm ... tak baper jelas kan .... Kita cuba perati gambar ni pulak ...



AHAAAAA ... Sudah nampak tak apa yang mencetuskan fenomena rendam kaki dalam kolam di atas??? Hehehehehe ...

Gini kisahnya ...

Minggu lepas kami pergilah beraya rumah pakcik belah che abang ytc ku di shah alam. Kami pergi 5 family. Meriah bukan main. Dina and Daus bukan main seronok dapat bermain-main sambil bergaduh dengan sepupu sepapatnya.

Tengah syok sembang-sembang sambil makan spaghetti , tetiba dialog ini terkeluar

Makcik (empunya rumah) : Nanti lepas makan-makan, silalah rendam kaki kat dalam kolam depan rumah tu. Kat situ ada banyak ikan spa.
Anak sedara : Apa makchik?? (Bercakap dengan mulut yang penuh dengan spaghetti sambil cuba menyeka sos tomato yang sesat di dagu) Ikan sepat?? (Tapi ni dalam hati la)

Anak sedara terus wat muka blur semacam.

Makcik : Isk kamu ni, Ikan Spa la. Ala, ikan yang makan sel-sel kulit yang mati tu la. Sekarang kan banyak kat supermarket2. Yang kalau nak rendam kaki tu kena bayar ikut jam.
Anak sedara : Oooo ... Makchik dapat mana ikan tu?? Beli ke??
Makcik
: Idok le ... ntah la, tetiba je ada. Kawan makcik yang perasan dulu. Dia yang cakap ikan ni ikan spa yang makan sel-sel kulit yang mati tu. Lepas dapat tau tu, memang banyak kali dah kami dok rendam kaki dalam kolam tu.
*
*
Marvellous!! Excellent !!
*
*
Anak sedara sungguh riang. Dalam hati rasa macam nak lompat-lompat kegirangan. Tapi dia control ayu jer. Sebenarnya dah lama dah teringin nak try aktiviti tu. Dah banyak kali dah nampak pusat2 spa ikan kat Tesco, tapi niat suci murni untuk mencuba tu terpaksa dibantutkan kerana malu nak show off kakinya yang sangat mulus dan gebu penuh dengan bekas garu and cakaran akibat empunya badan malas nak bubuh losyen kat kulit yang kering itu ... Hahahaha
*
*
So, lepas makan, dengan penuh bersemangat waja, kami pakat gi rendam kaki beramai-ramai.
Namun selepas lebih kurang 5 minit, aku give up sambil gelak terbahak-bahak ...
*
*
GELI beb ... Mak tak tahan, nyah!!!
*
*
Tapi aku memang tabik spring kat mak (mertuaku), che abang ytc, akak iparku and adik iparku. Bole tahan lama gak kaki diorang berendam dalam kolam tu. Hasilnya mak cakap, kaki dia rasa ringan and rasa sedap la ...
*
*
Sesi orang dewasa diselang-selikan dengan sesi kanak-kanak pulak.



(Dari kiri - Afiq, Dina, Daus (yang dalam proses nak turun masuk berendam dalam kolam), Danish dan Sarah.
*
*
Di bawah ni pulak, Firdaus yang mengamuk apabila ibu dan abahnya menghalang niat tulus ikhlasnya untuk mandi dalam kolam dengan memakai baju raya ...




HAHAHAHAHA ...
Pengalaman beraya yang sungguh unik, bukan.


Image Hosted by ImageShack.us

Monday, September 28, 2009

AWAS!!! HATI-HATI MAKAN DI BULAN SYAWAL NI

Salam semua ...

Best raya tahun ni??
Kami beraya sakan ... hehehe ...
Bukan setakat beraya sakan, bahkan kami telahpun makan dengan sakannya ...
Akibatnya, hari ni ku tidak dapat menghadirkan diri ke opis (i.e. MC daaa)

Sebabnye?
Acute gastroenteritis ...
Atau nama glamernya dalam dunia perubatan - AGE (Sebut Eh-Ji-Ee dan bukannya Age ye, hihihi)
AGE ni adalah penyakit yang biasa datang especially bila musim-musim open house ni ...

Puncanya?
Makan tak ingat dunia masa beraya ...Hahahahaha
Takde la ... sebenarnya banyak bende yg boleh menyebabkan AGE ni - virus, bakteria, toksin etc etc etc la ...
Aku tak blame sesape pun ...
SH*T happens kan kan kan ... Hahaha
C'est la vie ...
Kadang-kadang, ye lah, makanan dah terdedah lama kan, mungkin ada lalat etc etc yang sempat singgah tumpang jamah sekali kan ... kita manalah nak sedar.
Yang kita ni pulak, bila dah lapar sangat tu, and bila tengok pelbagai jenis makanan terhidang di hadapan mata, memang kompom la kita nak rasa semuanya kan.
Biasa la tu ... Kita hanya manusia biasa ...

Tanda-tanda AGE
Biasanya sakit perut, cirit birit (diarrhoea)dan muntah-muntah (vomiting).
Aku semalam before tidur dah selamat dah muntah2. Sakit tekakku.
Teringat kembali zaman2 pregnant masa 1st trimester dulu ...
Pastu, pagi ni diarrhoea pulak ...
Hasilnya??
Lemah badanku wooo ..

Ubatnya?
Yang paling penting - Banyakkan minum air ye untuk replace balik cairan badan yang telahpun hilang ...
Nak lebih enak?? Minum 100 plus / revive / minuman isotonik lain (sebaiknya buang gasnya dulu)
Jika anda ke klinik, biasanya, GP akan bagi ORS (oral rehydration salt) ataupun antispasmodic (Contohnya Lomotil)

Bilalah nak baik ni gamaknya?(Baca:Penat dah mak melawat toilet hari ni)
Biasanya penyakit ini akan hilang dengan sendirinya dalam masa beberapa hari(selepas beberapa sesi 'melawat' toilet, hihihi)
Tapikan, kadang2 amik masa lama juga. Bila cirit birit tu berpanjangan (especially in children), jangan wat dek je ok, sila jumpa doktor anda.
Kenapa???
Tu mungkin adalah penyakit lain yang 'menyamar' jadi AGE. Contohnya - appendicitis.
Maka, saya ulangi, sila jumpa doktor anda.



Setakat ni, Alhamdulillah, dah makin baik ...
Harapnya esok bole la masuk keja ...
Melambok keje nak kena disiapkan ...

Dan rasanya,
Lepas ni di opis,
Melambok gak jamuan hari raya ...

Oleh yang demikian,
Sila perati apa yang anda makan wokeh ...

Satu lagi, makan sila berpada - pada ...
Jangan pulak, dah elok2 turun 6 kg setelah sebulan berpuasa, bila kita timbang balik lepas 7 syawal, dah naik 7 kg ...
Tak ke haru tu ...
Sapa nak jawab??

Salam


Image Hosted by ImageShack.us
p/s - Eh eh eh, korang sekalian, jangan la pulak lepas baca entry ni terus takmo jemput mak ke open house korang ... kecik tapak tangan, nyiru mak tadahkan tawwwww ... Hahahahahahahah

Eid Mubarak



Image Hosted by ImageShack.us

Blog Widget by LinkWithin