Pages

Sekilas pandang ...

Para pembaca budiman

Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Wednesday, March 10, 2010

Post-mortem SSC dan Mei Tai DIY

(This is a scheduled post)
Salam,


Ampun rakan-rakan ...
Aku nak citer pasal lagi SSC dan Mei Tai DIY ...
Sila jangan bosan ya ...


Cop!Cop!Cop! (Atau Twit!Twit!Twit!)


Sebelum aku bebel dengan lebih panjang lagi, aku nak ucapkan makaseyyyyyyyy tahap tertinggi kepada Norley kerana telah mengheret aku masuk ke dalam bidang babywearing (BW) dan meminjamkan SSC kesayangannya kepadaku (bagi tujuan pencilokan template - aku tak tiru bulat2 taw kawan2, aku dah edit mana2 ikut citarasa aku. Orang akademik panggil perbuatan ini sebagai research, kah kah kah). Jutaan terima kaseyyyyy juga aku tujukan untuk Hanim kerana telah mengobarkan dan menyemarakkan lagi passion aku utk BW dengan meminjamkan MTnya (yang secara tidak langsung telah aku gunakan bagi tujuan research juga, hihihi)


Demam SSC dan MT aku ni masih belum kebah ...
Makin menjadi2 nampaknya ... High grade fever dah ni ... Lebih 40 darjah C dah ni ...
Masa aku jadi houseman dulu, memang kompom MO (eh, terbatuk pulak MIO, hehehe)akan suruh amik blood for culture and sensitivity dah ni ... kah kah kah ...
Tapi takpe, aku ada geng sehati sejiwa ...
Tak gitu Norley?? Kah kah kah kah kah ...


Bukan apa rakan-rakan ...
Ni untuk rujukan aku di masa depan, sebabnye aku masa buat tu memang kejap aku letak garam, kejap aku letak gula ... Lepas tu tetiba aku letak asam jawa ... pastu tambah lagi pepper ... Aku tak keep track apa yang aku buat. Ingat2 lupa apa yang aku dah kerjakan kat SSC itu (Nampaknya memang banyak betul urat2 yang putus lepas bersalin anak 3 ni ye... Harap maaf)


Maka, aku amik peluang ini untuk list down features yang ada di SSC ini. Bukan untuk berlagak dan menunjuk-nunjuk ye. Sikit pun takde perasaan itu. I am a perfectionist (typical gadis eh mak gadis comel berbintang Virgo kan MIO kan). I take pride in my work. Kalau bole, saya nak buat sehabis baik dalam apa jua yang saya lakukan. Bagi saya, benda yang baik harus dikongsi bersama. Mana tau entry ini dapat memberi inspirasi kepada anda untuk mencuba bakat dalam bidang menjahit SSC dan Mei Tai ini. Sikit sebanyak, Insya Allah dapat jugak aku pahala kan kan kan :)


Pada masa yang sama, aku juga memohon jasa baik rakan-rakan agar sudi untuk cadangkan ciri2 idaman yang harus ada pada carrier idaman anda ... Bole tak rakan2?? Korang memang best la ... Thanks in advance :)


Pasal apa?? Aku plan nak buat Versi 2 pulak lepas ni. Aku dah digigit oleh kumbang SSC dan MT. Aku tak boleh berhenti daripada memikirkan pasal SSC dan MT. Aku makan SSC dan MT. Tidur SSC dan MT. Minum SSC dan MT. Dalam tidur pun aku dok termimpi2 SSC dan MT. Isk ... (Yang, if you're reading this, just know that you're still my no 1 ye, hehehehe)


Pendek kata, Kumbang Cloth pads, Kumbang nursing pads dan juga Kumbang Tudung DIY nampaknya telah tumbang dan terpaksa angkat bendera putih kepada kumbang SSC dan MT ... Ha Ha Ha ...


Segala input anda semua, Insya Allah saya akan cuba jadikan realiti pada SSC versi 2 dan sudah semestinya saya akan berikan kredit sewajarnya kepada anda :) Andalah guru-guru yang membimbing saya sebenarnya dan Insya Allah jasa guru saya tidak akan lupa sampai bila bila :)



Kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba buat SSC atau Mei Tai sendiri, boleh lah hubungi saya di dal dot nuun at gmail dot com. Insya ALlah saya akan cuba kongsi segala ilmu yang saya ada (yang lebih kecil daripada zarah jika dibandingkan dengan ilmu Allah subhanahu wa ta'ala).


Aku ni indecisive betul la. Tak tahu nak bahasakan diri aku ke saya ke. Untuk memudahkan keadaan, seperti biasa kita aplikasikan sahaja prinsip rojak, pecel, gado2, fruit salad, Caesar's salad, yee sang dan yang sewaktu dengannya. Harap maafkan saya.


Wokeh, ready or not here i go ...
Pekung terbuka ke apa ke aku abaikan saja ...
Ni untuk kebaikan bersama :)






Wokeh, gambar di atas adalah gambar SSC dan Mei Tai yang sudah siap.

Mula2, citer pasal SSC.

1. SSC versi 1 adalah SSC yang boleh diterbalikkan (Sila bantu aku. Aku blank kejap dok fikir terjemahan BM untuk perkataan BI reversible)


Pattern pertama bermotifkan munga-munga cokelat. Dari kiri - Hood yang bole dilipat dan dimasukkan ke dalam badan SSC. Gambar di tengah adalah gambar hood down. Gambar kanan adalah gambar hood yang dikeluarkan dari poket dan dibawa ke depan (Ayooo, aku pun fenin baca apa yang aku tulis ni. Bole faham ka?? Camanala aku nak ngajar students nanti, kah kah kah ...)



Bila diterbalikkan, akan kelihatan pula munga2 hijau ...

Ya ampun, aku baru sedar, kaler2 yang aku pilih ni adalah lebih kurang sama ngan kaler blog kerdil aku ni ... Ha Ha Ha ...

Anyhou, kelebihan SSC reversible ini adalah penggunaan warna mana bole disesuweikan dengan mood si pemakai. Saya lebih selesa dengan warna coklat (dengan harapan agar che abang ytc encem saya akan sanggup utk terjun ke dalam arena babywearing ni, kah kah kah). Bak kata Norley - Coklat adalah warna yang GN i.e Gender Neutral (Iye Norley, aku takkan lupa lagi ... hahahaha).



2. SSC versi 1 ini mempunyai hood yang bersambung dengan badan sekali. Hood ini bole dilipat masuk ke dalam 'badan' SSC tatkala khidmatnya tidak diperlukan. Pada hood ini aku dah siapkan snap buttons untuk dipadankan dengan pasangannya pada chest strap.


Ini adalah pandangan belakang SSC dengan hood dijatuhkan. Saya cuba nak tunjukkan snap buttons yang berwarna hijau lembut itu ... Maaf jika kurang jelas ...


Ahaaa, ni nampak lebih jelas ...


Nampak tak pasangan snap button pada chest strap??


3. Penggunaan buckles.

Remember that we are carrying precious cargo here ...

Setelah merewang sorang2 dan kadang2 ditemani Norley di dalam forum MalaysianBabyWearers, saya dapat tahu bahawa buckles yang digunakan seeloknya adalah buckles yang mendapat kelulusan keselamatan. Di Malaysia memang tidak ada. Kalau ada mungkin ada pada individu2 yang menjadikan bidang SSC dan MT ini sebagai punca rejeki mereka. Itupun, mereka import dari US.

Pada SSC versi 1 ini, saya menggunakan buckles yang didapati dari kedai menjual peralatan craft berdekatan dengan rumah saya. Setelah saya belek2, saya sendiri rasa konfiden utk menggunakannya ... Pendek kata, lepas la internal Quality Control saya. Tapi QC orang lain saya tak tahu. Atas alasan ini, saya tidak berani untuk menjahit SSC untuk orang lain. Kalau Mei Tai, itu lain cerita kerana Mei Tai tidak melibatkan gajet2. Mei Tai hanya melibatkan straps yang sturdy dari pihak pembuat dan ilmu ikat mengikat yang mantap dari pihak ibu :)

Keselamatan anak adalah sangat penting. Tiada kompromi di sini. Setuju??

4. Padding for waist strap. Ya ampun, aku sungguh tidak tersusun. Patutnya dari awal tadi aku wat sesi ta'aruf dulu with the different parts of the SSC. Apedaaaa!! Kalau ada sebarang persoalan, sila tanya saya ya :)

Berbalik kepada masalah padding. Berbekalkan tips yang diberi oleh otai2 BW di forum MBW, saya telah berjaya memburu material yang sesuwei di Giant iaitu foam material untuk alas tidur .. Hehehehe ..

Saya ingat cukuplah sekadar satu lapisan itu pada SSC. In hindsight, i should've followed my earlier instinct. I wanted to put another layer of polyfibre on top of the foam buat i rejected the idea in the end as i didn't think my NV50 could handle that many layers.

Takpe lepas ni saya rasa (in theory) saya dah jumpa cara penyelesaiannya. Bila dah berjaya nanti saya bagitau dan share dengan rakan-rakan ya. Hehehehehe ...
-----------------------------------------------------------------------



WOKEH, cukup pasal SSC. Sekarang pasal Mei Tai pulak. Sebelum itu, Fid, awat hang nak gugurkan Mei Tai dari list jahitan ko mek?? Jom la buat sama-sama ... Bole kongsi idea utk penambahbaikan :)



Memula, saya takde niat nak wat MT. Lepas wat SSC, banyak la pulok kain lebih kaedahnya. Maka, saya biarkan tangan saya yang gatal itu mengukur2 baki kain. Eh, bole rasanya wat MT ni. Cuma mungkin kena tambah sikit kain lain kat hujung straps. In hindsight, sebenarnya sambungan kain pada hujung straps itulah yang menjadi penyeri kepada Mei Tai ini :)

Okay, Mei Tai ni macam yang aku cakap dulu, tak perlu buckles. Cukuplah sekadar 3 tali panjang yang bersambung kepada badan carrier. Selain daripada itu, apa yang diperlukan adalah ilmu ikat mengikat yang jitu dan tepat. Ilmu ini adalah sangat mudah dipelajari tau rakan-rakan.

Bila dah siap Mei Tai itu dan setelah saya cuba try test drive tengok, saya terpaksa menelan kembali apa yang telah saya katakan dulu. Dulu saya pernah kata saya prefer SSC daripada MT kan. Sekarang, saya akui yang MT sebenarnya lebih ringkas dan mudah. SSC mungkin sesuwei dipakai oleh para suami yang merasakan diri mereka akan bertambah macho sekiranya adanya gajet2 seperti webbings dan buckles .... hehehehe ... MT lebih sesuwei dengan jiwa seni halus perempuan ayu seperti kita-kita ni kan kan kan ...

Ini adalah gambar2 MT yang dah siap.


Eh, nampak macam gambar orang exercise pun ada ya ... (Let your imagination soar or run wild, people!!!)


Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan ...
lapan lagi ... dua, tiga, empat ... (dan seterusnya)


Posisi lain pula ya ...

MT ini juga adalah MT reversible dan dilengkapi dengan ciri2 yang sama dengan SSC. Cuma tempat letak snap button adalah pada strap itu sendiri dan bukan pada chest strap seperti pada kakak SSCnya ...

Wokeh, Fuuuhhhhh, penat mak bercerita. Aku rasa ini adalah entry paling panjang yang aku pernah buat ... Adeeehhhh, sungguh haus ...

So Isabelle, ai harap maklumat ni dapat jawab soalan u dulu pasal perbezaan antara baby carriers yang ada di pasaran. Hehehehe, ai tau baru partially terjawab kan. Nanti Insya Allah ai terangkan pasal pouch dan ringsling pulak ye ... :)


Wokeh, mak stop dulu ...


Malam ni aku kena bertungkus lumus membaca articles sebagai persediaan mental menghadapi seminar esok. Aku yakin betul. Pasti lecturers dah siapkan berkajang2 kertas yang sarat dengan soalan-soalan untuk pelajar-pelajarnya. Aku harus bersedia.


Topik apa anda tanya?? Topik-topiknya adalah Chronic Kidney Disease dan High Anion Gap Metabolic Acidosis. Very dry indeed. But i like it :) I love challenges. (Che Ma, that's why la aku bole buat ini SSC dalam masa sehari, kah kah kah)


Wokeh, nak siap gi mamam. Malam ni ibu dan bapak terchenta dan juga adindaku ada kat rumah ... Yeaaaayyyy ... Makan besarlah kami nampaknya ...


Senyum selalu, wassalam




Image Hosted by ImageShack.us
P/s - Jangan segan untuk bagi input ye rakan-rakan. Husna, yang bujang pun takpe. Sebarang idea adalah sangat dialu-alukan bebehh ... :)
p/p/s - Intan, hang busy ka??? Macam mana sesi pengawasan GB hari tu??? Hehehehe

P/p/s/s - Thanks a million to all who have supported me all along. You know who you are. Go raibh maith agat.

Monday, March 8, 2010

DIY : Soft structured carriers (SSCs) - Action pictures

Salam,


Hari Ahad lepas, che abang ytcku yang encem telah mengajak pergi ke Lake Garden utk sesi riadah sekeluarga ...





Canteeeeeeeeeeeek laaa ...





Kebetulan SSC aku baru je siap dari kilang ...
Bole la terus try test drive utk tgk apa kekurangan gitu ...


Maka, here are some action pictures ...


SSC DIY Versi 1 (Sila abaikan yang herot berot itu ... abaikan ...)


Sampai2 je kat sana, terus mintak tolong che abang ytc amik gambo SSC (sementara bedak mak masih maintain tebal seinci gitu, hahahaha). Masa ni hood disimpan kemas dalam poket SSC.


Ni masa mak front carry Fawwaz. Punyalah excited mak nak ambik gambo sampaikan tak perasan baju mak tak berapa nak kemas gitu ... heh heh heh ... (abaikan, abaikan ....) Awat la che abang ytc tak warning ...



Dina dan abah berpimpinan tangan ...



Dalam banyak2 mainan canggih kat situ, ini adalah mainan favourite Daus ... Sanggup tu Q utk main ... Sabar je la hero ibu ni ... kah kah kah ...



Fawwaz posing ... Cukup suka dia main kat situ ... Abis satu taman diukur dijelajahi ...



Mari kita naik shuttle keliling taman ... Adults RM0.50 each ... Kanak2 RM0.20 each ... Fawwaz percuma sebab tak duduk kat kerusi yang disediakan ... Hehehehe ...



Bila dah penat, kita makan aiskrim satu round ... makasih che abang yang melantik diri sendiri sebagai tukang sponsor aiskrim ... :)



Fawwaz yang haus - Kita minum susu satu round!!! ... Kelihatan ibu agak kesemputan (owh, aku sudah sangat tidak fit, tidak seperti jaman sekolah dulu - aku harus berbuat sesuatu nih ... kah kah kah) ... Haaaa, nasib baik sampai2 tadi mak dah amik gambo , kan dah hilang bedak tebal seinci mak tadi ... kilat2 muka ... kah kah kah ...




Sesi berjalan kaki di padang dengan laju atau power walking (untuk mengebook meja makan dengan penuh kiasunya bagi sesi makan makan pulak, te he he he he)



Sesi berkelah ... masing2 dah famished ...
Owh ... bihun goreng malatop kaw kaw mak nampak sungguh menyelerakan bila dihidang atas pinggan Tupperware kan kan kaaaannnn ... keh keh keh ...



Saja amik gambo belakang - Sebenarnya nak cover line - mak melantak tak hengat punya la masa tu ... kah kah kah ...



Mak back carry Fawwaz untuk memudahkan kerja2 makan bihun (dan memudahkan proses tayangan perdana tudung DIY mak, kah kah kah) ...
This time, aku cuba BC sorang2 tanpa bantuan sesape from A to Z...
Alhamdulillah dah semakin mahir :)
Sebenarnya Fawwaz dah selamat tidurzzz di Lalaland dah masa ni ...
Untuk mengelakkan kepalanya tersengguk2, mak tayang kuarkan hood SSC ...



Tidurlah anakku ... (Anak tidur, ibu gumbira bole relax sket .. hehehehe)



Maka, setelah berjam2 membawa Fawwaz utk beriadah di taman, apa pendapat Puan DNNA mengenai SSC DIY versi 1 herot berotnya???






Mak sukak !!!! ...



Image Hosted by ImageShack.us
P/s - There's still plenty of room for improvement, though ... Nak try wat Versi 2 pulak la ...
P/p/s - Terima kasih tak terhingga kepada Cikgu Faridah. Guru ERT masa kat Labu dulu yang mengajar ilmu asas menjahit ... Tanpa guru, siapalah kita kan :)

DIY : Soft structured carriers (SSCs) Part II

Salam,

Hehehehehehehehe ...
Kita sengih dulu satu round ;p



Syukur Alhamdulillah ...



1. Hasil kerastangan hari Sabtu




2. Hasil kerastangan hari Ahad






Aku dah lipat chomel - chomel gitu ...



Esok lusa Insya Allah aku bukak lipatan itu dan bercerita ya rakan-rakan ...



Aku nak siap gi kerja ni :)



Senyum selalu ...



Take care dan wassalam




Image Hosted by ImageShack.us

P/s - Saspen tak kome?? kah kah kah kah kah ...

Friday, March 5, 2010

DIY : Soft structured carriers (SSCs)

Salam,



Aku dapat tau petang semalam yang Syaz telahpun menutup tempahan untuk SSCnya buat sementara waktu...




Remuk rendam jiwaku ... Hancur berkecai ...




Hasrat untuk menghadiri sanggar kerja warga JPMD dengan penuh bergaya sambil membawa fawwaz bulan 4 punah begitu saja ... (Aku ingat nak bawak je fawwaz pergi segala aktiviti - biar ada alasan untuk escape kuar kejap2 (selama satu atau dua tiga jam) untuk menyusu bayi sambil rendek2 kat PD ngan famili ... Kah kah kah ..




(Harapnya tiada warga JPMD sedang baca entry ini. Kalau ada, buat-buat tak nampaklah ya. Saya tau anda jua tgh mencarik idea2 bernas yang boleh dipakaiguna untuk memboloskan diri daripada aktiviti2 di sana nanti kan kan kan kan kaaaaaaaannnnnnn. Nak plagiat idea saya?? Silakannnnnnn ... kah kah kah kah kah)




Sedang aku berkeluh kesah memikirkan nasibku,




Tiba-tiba ...

Zaaaaaaasssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss ...

Ada mentol menyala di atas kepalaku ...




Apa kata kalau kita cuba buat sendiri SSC ni ....

Kalau Fid boleh berusaha buat Mei Tai DIY nya, kenapa aku tidak????


KITA BOLEH !!!!


Maka, bermulalah misi baru aku ...

Penyokong utama aku adalah Norley (yang belum apa2, awal2 lagi dah suruh aku jahit MT untuk dia, ayoyo)

Sekarang, aku masih lagi dalam proses pengumpulan data ...

Lepas ni segala data akan dimasukkan ke dalam excel untuk seterusnya dianalisa menggunakan SPSS ...

Lepas tu, tunggu jer la hasilnya ...





Image Hosted by ImageShack.us
P/s - Kot cantik esok di mato eden, eden tayang la hasil eh ... if not, well, ai akan kata dia missing in action (M.I.A)... kah kah kah ...

p/p/s - Kot tak jadik la SSC den ni, den nak convert yo la ke Mei Tai ... hehehe


p/p/p/s - Ayooo, poning palo den baco maklumat pasal SSC n MT ni ... Kono la den berkenalan ngan fabrik baru selain daripada flannel ngan cotton ... Ado sesapo tau mana nak carik buckles yang memang betul2 kuat dan webbing???? H. E. L. P !!!!!

Monday, February 22, 2010

Cloth pads dan aku

Salam,


Memandangkan aku nak concentrate wat keja kat opis hari ni, aku layan tulis blog pagi-pagi buta ni satu round ...


Meh aku nak cita sket pasal cloth pads ni wokeh ...


Mungkin anda tertanya2 ..
Cloth pads tu apokobondonye???
Sila layari website Fid ni


Aku berkenalan dengan cloth pads ni pada masa yang sama aku berkenalan dengan washable nursing pads i.e. lepas bersalinkan fawwaz ...
Aku terbaca kat blog ke kat website mana ntah ...
Sangat tertarik, menarik sungguh ...
Banyak faedahnya, u olls ...


Kawan aku Hanim (yang tgh pulun study utk exam sekarang ni) merupakan pengguna cloth pads ...
Hanz pun ada wat review ...(Mak suka datang sini, tapi mak jadi tukang baca ya, sogan nak komen, kah kah kah)
Cuba korang jengah2 sikit blog mereka ye ...
In short, cloth pads are gaining popularity among Malaysian women ... (Hoorayyy!!!)


Memandangkan aku belum datang period lagi, aku belum berkesempatan untuk mencuba menstrual cloth pads ...
(Aku doa2 biarlah cukup 2 tahun aku nyusukan fawwaz baru datang kawan baik aku tu, amiin)
Oleh yang demikian, aku bulatkan azam untuk cuba dulu pantyliners ...
Aku angkut masa fabmom ada sale ...



Sekali aku angkut 5 daa ... Se lagi tiada dalam gambar kerana sedang berkhidmat ;p


Alhamdulillah, aku puas hati ...
Memang aku pakai hari-hari ...
Dan jimat duit aku ...
Kah kah kah ...


Lepas tu, aku rasa macam 5 tak cukup (Dasar Puan DNNA tamak habola betul !!!)..
So, aku plan nak beli lagi ...
Tapiiiiiiii ... masa tu budget tak berapa nak cantik ...


Maka, sekali lagi aku bulatkan azam untuk menjahit sendiri pantyliners ku ...
Aku dengan penuh gigihnya telah melayari internet utk carik maklumat2 tentang cara2 untuk membuat sendiri cloth pads anda ...
Sampaikan che abang ytku yang encem tu pun dah tau dah ...
Bini dia ni tak lain dan tak bukan ngadap tenet pasal do-your-own cloth pads laa ..
Sungguh tekan mak study (bukan stydo) u olls ..
Pendek kata, kalau mertua lalu belakang (or even depan) memang mak tak perasan ...
Hahahaha ...


Setelah aku kondifen, aku terus cari materials yang sesuwei ...
Tang ni pun azab sket ...
Sobab eh mak mano la tahu sangat pasal fabrik2 ni ...
Yang mak tau, cotton yo laa ...
Tapi mak tak peduli, mak wat muka tebal, mak tanya itu SA pasal kain2 ...
Dan akhirnya, mak kuar dari kedai Kamdar dan Nagoya Jalan TAR dengan senyuman terukir indah di bibir (dan tangan yang penuh shopping bags) ... kah kah kah ...


Lantas, mak teruskan usaha murni utk menjahit ...
Banyak giler template mak wat ...
Memula mak print dari internet ...
Pastu, mak rasa tak syok la pulak design tu .. Tak ikut citarasa mak ..
Maka, mak pun tambah la ajinomoto alter la sesedap rasa ..


Ni pantyliner aku versi 1

Sila jangan gelak tengok hasil kerastangan mak ni ye ... mak tau memang herot berot .. kah kah kah ...


Ni aku nak compare dengan yang aku beli memula dulu

Dlm gambo tu terselit gambo tangan ngan kaki fawwaz ...
Comey kan kan kan kan ... kah kah kah (yang comey bukan pantyliners, tapi kaki ngan tangan fawwaz)


Lepas tu, aku mula naik syehhh (ayo, camano eja ek??)
Berpuluh - puluh keping mak bantai buat ...
Pastu, asal gi kedai kain - beli flannel la, velvet la ..
Yang jadi mangsa sudah semestinya che abang ytc ku yang encem itu ...
Dia dengan relahati (ye ke bang?) telah (aku tawarkan position) jadi pak supir ...
Sungguh setia menemaniku .. ewahhh ( thanks a million yang, ai lap u bebehhh)


Untuk dipendekkan cerita, bila dah banyak sangat tu,
aku pun seperti biasa, buka la bisness kecil-kecilan ...
cian kawan-kawan seopis aku (i.e. alia, jue, k fizah, k azie) aku paksarela beli ...
hahahahahha ...
ada beberapa insan bertuah tu aku hadiahkan jer pantyliners tu (Norley - ko la tu, hadiah besday ko ... ahakssss *dasar cheapskate punya kawan takmo beli hadiah mahal*
(Norl, hadiah paling mahal adalah hadiah yang aku wat sendiri dengan titisan peluh penuh kasih sayang ... ewahhhhh)


Aishhhh, dah nak kena siap gi keja ...
Nanti aku sambung bebel bila2 nanti ...


Layan gambars je la wokeh ...



Pantyliner hijau versi 2



Pantyliner biru kuning pun versi 2



Pantyliner merah pun versi 2 gak ...


Latest project - Nanti aku citer susur galurnya Insya Allah ...


Hoooraaaayyyyyy !!! Cloth pads mak versi 1...


Sekian,senyum sokmo ...


Eh, lupa pulak ...

ADA SESAPA YANG MINAT NAK ANGKUT PANTYLINER BUATAN TANGAN MAK YANG HEROT BEROT NI KE?? SILA ROGER2 MAK YE .... kah kah kah kah kah kah kah ...
*ni serious ni*


Take care, wassalam
Image Hosted by ImageShack.us
P/s - Cian aku dapat blocked ducts ... Tapi, apsal brst still bengkak gak even though aku dah pam and bagi fawwaz feed directly ek?? Isk ... sakit wehhh ...

Sunday, February 21, 2010

Jatuh cinta lagi

Salam you alls,

Terimalah satu lagu (dari bekas solo nasyid jaman sekolah rendah dulu) untuk hiburan anda ... (Warning - semenjak dari sekolah rendah dulu, suara saya sudah ada sikiiiiit lain, jadi husky sket tapi masih maintain merdu bak buluh perindu - Ni bukan aku yang cakap, anak-anak aku yang cakap tau ... kah kah kah ...)

Sediaaaaaaa??? Mulaaa ....

Ehemmmm
Testing 1,2,3 ... *sudah on ka ini microphone* ...

(Alo, sila on microphone la ... ni mesti dengki tak bagi aku nyanyi ni)


Wokeh, microphone sudah on ... so, here I goooooo .... (i jump, u jump wokeh !!!)

________________________________________________________________


Pertama ku melihatmu (wahai mesin jahitku)
Bergetar rasa hatiku
Berdebar-debar jantungku
Mungkin ku suka padamu (bukan mungkin dah ... memang kompommmm mak suko ko wahai NV)

Ketika ku melihatnya (wahai hook dan yarn crochet)
Berdetak-detak di dada
Mungkin itu suatu pertanda
Bahwa ku suka padanya (sebab ko warna warni dan sambil baring pun mak bole crochet!!)

Dia atau dia
Ku pilih yang mana
Aku pusing untuk memilihnya

Jatuh cinta lagi
Lagi lagi ku jatuh cinta
Aku jatuh cinta
Kepada setiap kerastangan dan hobi yang adaaaaa

Jatuh cinta lagi
Lagi lagi ku jatuh cinta
Harus bagaimana
Ku bingung memikirkannya (kerana aku sudah nak masuk final year tahun ni, case write up banyak lagi nak kena tulis ...)

Layaknya seorang wanita yang (perasan) pakar dalam bidang multitasking
Kucoba untuk setia
Mencintai satu hobi saja
Tetapi aku tak bisa


Sekian, terima kasih ...
Senyum sokmo dan wassalam

Image Hosted by ImageShack.us

P/s - Patut aku ni masuk asrama penuh balik laa .. baru bole concentrate belajar ... Eh, tak juga ... silap2 haribulan aku aktif balik main pingpong ... kah kah kah ... eh, ok apa, bole slim balik nanti .... ahaks ...

P/p/s - Abehhh tu Puan DNNA, anakanda2 ko ngan che abang ytc ko yang encem tu ko nak campak mana beb???? Kah kah kah

Krou - shayyyyy ...

Salam,

CROCHET??? Apokobondo tuu???

Crochet (pronounced /kroʊˈʃeɪ/) is a process of creating fabric from yarn or thread using a crochet hook. The word is derived from the French word "crochet", meaning hook. Crocheting, similar to knitting, consists of pulling loops of yarn through other loops. Crochet differs from knitting in that only one loop is active at one time (the sole exception being Tunisian crochet), and that a crochet hook is used instead of knitting needles. (Source : Wikipedia)






(Gambar digoogle - TQVM, uncle!!)

Aramak ... apsal la bila aku dah nak masuk final year MPath ni macam-macam hobi/kerastangan yang best2 aku jumpa ek???

Aku ni salah pilih profesion gamaknya ...

Apa-apa pun, senyum sokmo ...

Wassalam

Image Hosted by ImageShack.us
P/s - Jatuh chenta lagi ... lagi lagi ku jatuh chenta ... la la la la la la la la la la la la la la la la la

Teaser : Hasil Kerastangan II

Salam,

Hehehehe ...

Hari yang sungguh memenatkan ...

Oleh sebab yang demikian, mak nak sambung masuk beradu sekarang ... Terjaga ni sebenarnya ... Fawwaz nak susu ... Lepas tu mak gagahkan diri update blog ... Tapi mak harus terima hakikat pahit ini ... Mak tak terdaya, nyahhh ... Maka terimalah entry pendek dulu la ek ... Mak ngantuks tahap diva dah ni.

Sebelum mak ke LaLaLand, mak nak letak gambo hasil kerastangan mak yang seterusnya ...



(Puan DNNA ni memang suka betul la letak hasil kerastangan dia dalam pouch macam ini kan kan kan) - Ini mungkin terlintas di fikiran anda setelah menatap gambar di atas, kan kan kaaaannnnnn ....

Esok/ lusa/ tulat/ minggu depan (Sila bulatkan mana-mana yang berkenaan) mak terangkan dengan lebih lanjut ye kawan kawan, Insya Allah ...

Mak nak titun ...

Senyum sokmo
(Mak kalau bole setiap masa nak senyum tau, tapi mak takut ada orang cap mak ni ada skru sikit longgar di kapla nanti ... kah kah kah)

Image Hosted by ImageShack.us
P/s - LaLaLand ... here i come ... Bismikallahumma ahya wa amutu ... zZZzzzZZz

Thursday, February 18, 2010

Ketagihan

Salam,



Semenjak dua tiga menjak ni, setiap petang pulang kerja,
hati aku pasti meronta-ronta nak singgah kat tempat itu ...



Aku rasa aku dah ketagih la ...
Ish ... bahaya betul la macam ni ...




Oh Kedai Kain Zhouhua ...
Apa yang ko dah wat padaku, hah???




(Gambar : Kain2 mak yang bersepah sepah ... tak sempat susun beb ... main stack2 gitu2 apek jer ...

Image Hosted by ImageShack.us

P/s - Kain jersey corak dah banyak ... nak menjahitnya bila la pulak ye?? hahaha

P/p/s - Malam ni on call blood bank ... Doa-doa bekalan darah kita ok dan kurang panggilan ke hp hotline, amiin. Aisehh, tak dapek la nak menjahit malam ni ...

Blog Widget by LinkWithin