Salam,
Hahahaha, tetiba aku teringat yang aku pernah cakap sebelum ni
di sini yang aku nak tulis entry pasal koleksi tupperware kesayanganku.
Sebelum aku membebel dengan lebih lanjut, aku nak jelaskan yang entry ini sekadar ingin mendokumen (Isk, teruk betul BM aku ni la) Tupperware aku. Sama sekali tidak ada niat untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah. Dan aku bukan nak promote Tupperware atau nak jual Tupps di blog ini, wokeh ... I just want to share my love for Tupps with you all.
I simply cannot help it.
Mak memang suka Tupperware, nyah ...

I repeat ... aku peminat setia Tupperware.
Kenanganku bersama Tupperware
Sebelum ni, aku tau makcik aku adalah dealer. Tapi masa tu aku budak
hingusan kecik lagi. Mana la nak minat Tupperware2 segala macam bagai ni.
Aku ingat lagi, reunion aku dengan Tupperware adalah masa aku baru mula kerja di Haemato PPU*M. Tahun 2005. Kak Sab ialah agent yang bertanggungjawab menjerumuskan aku dalam kancah Tupperware ni. Modus operandi yang digunakan adalah sangat halus dan licik. Andai kita leka, pasti kita akan terjebak.
Camni methodnya - Mula-mula dia akan suruh
mangsa-mangsa tengok-tengok katalog. Cuci mata, katanya. Tak yah beli pun takpe. Kiranya macam menikmati keindahan Tupperware la. Hahahaha.
Then, sikit-sikit akan terbit perasaan tertarik dalam hati mangsa apabila melihat tupperware-tupperware yang comel-comel belaka itu. Hahahaha. Lepas tu, cuba la beli satu. Once dah sampai tahap ini, anggaplah diri anda dah terjebak. Pasti hati anda akan
meroyan meronta-ronta untuk beli lagi ... Hehehehe ... Dengan cara ini, si agent tidak perlu bersusah payah membuang air liur untuk promote. Tupperware sells itself
Licik bukan caranya. Dan cara itu jua la yang aku praktikkan kat sini sekarang (Thanks for showing me the
right way to do it, Kak Sab)... MWA HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA ....
Berbalik kepada kisahku, mula-mula tu aku macam segan-segan. Tapikan, lepas sekali aku tengok katalog, tiap-tiap bulan aku ketagih nak tengok yang baru. Lepas tu, mula la gatal nak beli satu kan. Bila dah beli satu, next month rasa macam nak beli lagi. And the vicious cycle goes on and on and on and on ... Sanggup aku allocate duit gaji tiap-tiap bulan semata-mata nak beli Tupps.
Entah la, bila dah kahwin and ada rumah sendiri ni, aku rasa happy bila tengok dapur aku penuh dengan barangan Tupps ni. Dan, aku memang sangat-sangat utilise semua barangan Tupps yang aku ada. Bukannya untuk disimpan sebagai hiasan. (Tu yang che abang ytc takleh cakap apa-apa tu. Kan abang kan kan kan ... Hahaha)
Dan of course,(seperti isteri-isteri solehah
bijak pandai yang lain biasa lakukan) dulu semua aktiviti extra-curricular ni dilakukan tanpa pengetahuan che abang ytc ku. Errr ... ada jugak yang aku bagitau sebenarnya.
Tapi banyak lagi yang dia tak tau *Kenyit mata kat abang ytc*. Tapi sekarang, semua benda aku bagitau dia
hanya selepas aku berjaya beli barang-barang itu, Ha Ha HaTupperware pertama aku ialah 2 ketul B2B Slice and Stor warna biru. Sangat-sangat berguna. Aku guna untuk wat agar-agar di dalamnya.
Mak penat bercerita, nyahh. Meh layan gambar-gambar ...

Peralatan - peralatan yang memudahkan dan menceriakan hidupku

Bekas beras dan rempah ratus favouriteku ...

Sila abaikan benda-benda lain di gambar ini selain daripada Tupps containers.
Hahahahaha ... Macam-macam adaaaaaa ...

Bekas besar ni aku dah target nak isi mihun kalau ada open house nanti.

Tupperware lagi ...

Dan lagi ...

Dan lagi ...
Err ... Pringles tu che abang ytc punya. Dia nak sorok dari budak-budak.
Berjela dah entry aku pasal Tupps ni. Dah la tu. Korang kalau nak tahu dengan lebih lanjut pasal Tupps, sila la jengah
SINI ye.
Wassalam