Salam,
Ah sudahhhh ....
Sekarang ni Dina ngan Daus dah ketagih main scooter ni semenjak diperkenalkan oleh sepupu-sepupunya ...
Tengok je la gambar2 ni ...
Dina seronok meng'conquer' scooter Kak Sarahnya ...
Daus pun begitu khusyu' bermain scooter Abang Danishnya...
Riang ria gelak tawa ...
Ni la dia sepupu2 Dina, Daus n Fawwaz - Kak Sarah, Abang Danish, Kak Nabila ...
Fawwaz di mana???
Fawwaz dengan ibu je la ye nak ... Beso2 sikit nanti bole join kakak2 dan abang2mu ya ... hehehehe ...
'Ibu, nanti ibu tolong belikan Dina satu scooter pink. Dina suka main scooter'
'Ibu, nanti ibu tolong belikan Daus shkooter hijau... Daus suka main shkooter'
Kalau ayat2 cinta di atas diulang2 sebanyak 10 kali sehari oleh dua orang budak yang comel lote lagi petah berkata-kata, masakan sampai hati ibu ni untuk mengatakan TIDAK ...
Owhhh ... lupak !! Poket Ibu agak rabak ini bulan !!
Gaji lama lagi lak tu ...
To abah Dina, Daus and Fawwaz - You what what to do kan sayang kan kan kan kaaannn ;P
Senyum selalu ...
Take care dan Wassalam
P/s - Norley, ko la ni punya pasal ... Aku dah gian nak makan lagi meatballs kat Ikea tu ... terbayang2 gravy dia yang pekat ngan cranberry sauce tu ... Waduhhh!!! (Err, rakan2, mak tau mak memang peghakk ... mak baru first time rasa meatballs ikea tu sebenarnya ...kah kah kah)
Para pembaca budiman
Thursday, March 18, 2010
Scooter
Nukilan DNNA pada Thursday, March 18, 2010
What have you to say?
5 VIEWERS CLICKED HERE TO COMMENT ON THIS POST. ADD YOUR COMMENT.
Tuesday, March 2, 2010
Misteri kehilangan anak
Salam,
FAWWAZ
+
=
DAN
DAN
SABAR JER LA!!!
Patut la dari tadi dok carik dak tecik ni tak jumpa2 ...
Ibu dia ni dok la panggil2 dari living hall sampai la ke dapur ..
Pastu, bila kat dapur agak musykil la pesal la pintu kabinet ni renggang semacam ...
Tengah aku dok belek2 pintu tu dari jauh,
Suddenly dia terbukak sendiri dan keluarkan si Fawwaz dari situ dengan santainya ..
Tengok2 budak tecik ni dah wat port baru kat situ ...
Dengan bangganya jalan terkedek2 bawak botol pencuci pinggan mangkuk ...
Siap bagi botol tu kat aku lagi sambil cakap 'Naaaaaahhhhhhhh' dengan bangganya...
Sabar jer la Ozzie Boo aku sorang nih ...
Ha ha ha ha ...
P/s - Dah terserlah dah ke'hero'an Fawwaz semenjak dapat kaki ni ..
P/p/s - Dak2 tecik ni kalau depa senyap semacam tu, memang sahih jiddan la depa tgh wat projek mega. Sila lah berwaspada ye rakan-rakan ...
P/p/p/s - Jangan risau, sekarang semua pintu2 kabinet dapur aku dah berikat. Insya Allah kejadian misteri seperti di atas tidak akan berulang kembali ... Heh heh
Nukilan DNNA pada Tuesday, March 02, 2010
What have you to say?
6 VIEWERS CLICKED HERE TO COMMENT ON THIS POST. ADD YOUR COMMENT.
Labels: fawwaz
Thursday, February 25, 2010
Fawwaz
Salam,
Fawwaz sayang, selamat ulang tahun pertamamu, nak ...
Ibu doakan Fawwaz panjang umur, murah rezeki, diberkati Allah sentiasa, diberikan perlindungan dan kejayaan dunia akhirat serta menjadi anak yang soleh ...
Amiin
Ibu sayang Fawwaz
Wassalam
P/s - Alhamdulillah ... we're half way there :)
Nukilan DNNA pada Thursday, February 25, 2010
What have you to say?
5 VIEWERS CLICKED HERE TO COMMENT ON THIS POST. ADD YOUR COMMENT.
Labels: fawwaz
Wednesday, February 10, 2010
Demam (Part III)
Nukilan DNNA pada Wednesday, February 10, 2010
What have you to say?
4 VIEWERS CLICKED HERE TO COMMENT ON THIS POST. ADD YOUR COMMENT.
Labels: fawwaz
Monday, February 8, 2010
Demam
Salam,
Hari ni adalah hari ulang tahun Firdaus ke 3.
Tapi tak dapat nak celebrate sangat.
Sebabnya,
Fawwaz ngan Firdaus demam balik...
Ni dah kali kedua dalam tempoh masa 2 minggu.
Isk ... risau aku weh ...
Maka, aku wat decision utk stay di rumah utk monitor diorang.
Semalam, aku dah mula satu course of Augmentin utk dua2 hero kecilku itu.
Alhamdulillah, depa nak minum ...
(Ubat tu adalah tersangatlah wangi dan manis - kalau bagi kat ibu dia pun, ibu dia sanggup minum, haha)
Kawan baikku sekarang adalah :
1. Paracetamol syrup / supp (kalau malam2)
2. Cloth wipes hadiah Norley yang dibasahkan ... (utk wat tepid sponging)
Jaga kesihatan anakanda2 kita semua di musim2 banyak penyakit ni ye ..
Doa2 mereka terpelihara daripada penyakit2 yang serious ..
Semoga Firdaus dan Fawwaz baik dari demam dengan seberapa segeranya, amiin 44x
Firdaus sayang ... Nanti dah baik nanti kita celebrate birthday firdaus ye...
Daus cakap daus nak makan kat mana besday daus nanti??
Mek Dones (Read:McDonald's) kan???
Atau kat Ki If Si (Read: KFC)???
Daus dah baik nanti, Insya Allah kita celebrate satu family ye sayang :)
Kalau kita combine celebrate ngan besday fawwaz 25/02/10 nanti pun ok gak kan ...
(Jimat sikit ... hahahaha, maklumlah lepas dapat gaji nanti nak kena tunggu 45 hari before gaji bulan Mac) ... Kah kah kah ...
Errr ....
Case write up??
Esok je la aku sambung balik kat opis, Insya Allah ...
(Provided budak2 ni dah baik demam hari ni, amiin)
Wassalam
p/s - Macam mana ibu depa ni tau ubat tu manis ek??? Sebenarnya, ibu diorang dah rasa sikit dah ... kah kah kah kah kah ...
p/p/s - Irdina pulak batuk2 jer .. Hari ni ada school trip .. Gi kilang coklat beryl's. excited tahap dewa dewi si irdina ... hehehehe ...
Thursday, October 8, 2009
Gigi nan 4 batang
Salam,
Belum habis lagi cerita pasal Fawwaz.
Sekarang ni dia dah ada 4 batang gigi - 2 bawah dan 2 atas.
Gigi bawah mula tumbuh tatkala dia berusia 4 bulan.
Awal kan?
It's in the genes ...
Anak-anak aku yang lain pun mula tumbuh gigi umur 4 bulan.
Tapi, diorang cakap lambat ...
Dina sampai sekarang pun pelat ...
Firdaus apatah lagi ...
Hahahahaha ...
Untuk kenangan, aku nak bubuh gambar Fawwaz tersengih ria menayang gigi ...
Aiseh, malu la pulak bila ibu suruh tayang gigi ...
Fawwaz sayang, sila tayang gigi atasmu, nak ... Please ...
That's more like it ... Haaa, barulah terserlah gigi atasmu itu ...
Now, show us all your 4 teeth ... Give us a big grin ...
Pretty please ...
Heh heh heh ...
Nanti bila Fawwaz dah besar, kan ... mesti Fawwaz gelak sorang-sorang bila tengok balik gambar-gambar ni ...
Nukilan DNNA pada Thursday, October 08, 2009
What have you to say?
2 VIEWERS CLICKED HERE TO COMMENT ON THIS POST. ADD YOUR COMMENT.
Labels: fawwaz
Wednesday, October 7, 2009
Walk with Fawwaz
YESSSSSS !!!!
SUCCESSSSSS !!!!
Akhirnya berjaya memujuk che abang ytc untuk mengeluarkan kotak ini dari stor ...

HAHAHAHAHAHA ...
Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, Fawwaz Alhamdulillah dah bole merangkak. Tapi takdelah laju sangat. Ibu fawwaz rasa fawwaz ni berpegang kepada prinsip 'Slow and steady wins the race' la, hehehehe
Yang ibu dia musykil, Fawwaz tak berapa suka nak duduk la.
Kalau duduk dalam Bumbo, lagi la ... meronta-ronta dia nak turun.
Pastu, kalau kita pegang dua-dua tangan dia, memang dia terus nak berdiri sokmo.
Bila berdiri tu, steady jer dia ... Lama pulak tu ..
Lantas, ibu fawwaz telah mengeluarkan cadangan kepada abah fawwaz agar bagi fawwaz duduk dalam walker. Ini untuk melatih Fawwaz berdiri sekaligus berjalan
Sebaliknya, ibu fawwaz yakin yang anak dia mampu berbuat apa-apa sahaja given the right tools. Maka, dia secara halus terus cuba untuk mengubah fikiran abah fawwaz.
Setelah beberapa kali cadangan itu diutarakan oleh ibu Fawwaz
Walker ni sebenarnya kami belikan untuk Dina dulu. Lepas tu diturunkan kepada Daus dan sekarang, kepada Fawwaz. Semoga ia terus kukuh agar kami dapat turunkan lagi kepada adik(-adik) mereka nanti ... Hahaha
Seperti biasa, mari kita layan gambar-gambar berikut ...

Comel kan Fawwaz dalam walker.
Dina dan Daus yang terlebih excited nampaknya ...
Habis Fawwaz kena tolak ke sana ke mari oleh kakak dan abangnya. Kata Fawwaz - 'Gugu Gaga Gugu Gaga Gugu Gaga' Atau dalam bahasa Melayunya - 'Kak Dina, Abang Daus, bagi can la Fawwaz belajar berjalan dengan walker ni ... Tak sabar ni nak main bola sama-sama'
Eh eh eh ... abang ngan kakak plak yang syok main segala permainan kat walker ni ...
Fawwaz pasrah ...
Hehehehe ... habis kisah bergambar.
Alhamdulillah, masuk jer Fawwaz dalam walker dia dah boleh jalan sikit-sikit. Mula-mula asyik masuk gear reverse je. Setelah diajar (Read:ditolak dan didorong) oleh kakak dan abangnya, dia berjaya menjumpai gear satu dan mula berjalan ke hadapan beberapa langkah. Langkahnya menjadi bertambah laju bila ibu ada di depan. Hehehehe ...
Atta boy !! Ibu's so proud of you dearest Fawwaz !! Teruskan perjalananmu wahai anakku ...
Nukilan DNNA pada Wednesday, October 07, 2009
What have you to say?
2 VIEWERS CLICKED HERE TO COMMENT ON THIS POST. ADD YOUR COMMENT.
Pop Pop Pop, Bunyi Mercun Pop Pop ..
Berikut adalah laporan khas projek mega Dina, Daus dan Fawwaz bersama sepupu-sepupu mereka di hujung minggu lepas.
Venue : Pak Long's house
Occasion : Rumah terbuka Aidilfitri
Date : 3/10/09
Time : 850 pm
Participants (ikut umur) : Sarah (Ketua Darjah), Danish, Nabila, Afiq, Dina, Daus, Iman, Fawwaz (hanya bisa memandang dari dalam pouch).
Cheerleaders : Ibu dan abah kepada DinaDausFawwaz, Mama AfiqIman, Abah Sarah,Danish,Nabila dan juga Aki dan Wan kepada peserta-peserta di atas ...
Jom Layannnnnn ...
Ketua darjah sedang gigih mengagih-agihkan bunga api kepada semua ...
Afiq, Dina dan Daus sedang khusyuk menanti saat-saat bunga api mula terbakar
FINALLY!!! SAKSESSSSSS .... (Jerit Firdaus kegembiraan)
Saya pun berjaya gak !!! (Kata Irdina dalam hati)
Saya jugak !!!! (Balas Iman)
Kanak-kanak (dan ibu kanak-kanak yang gigih menggendong Fawwaz) sedang bermain bunga api
Abah kanak-kanak pun turut tidak ketinggalan untuk
Aki sedang memerhatikan cucu-cucu
Aku bila tengok mereka seronok bermain,
Terus aku terkenang zaman kecik-kecik dulu ...
Aku tak minat mercun. Satu jenis je yang aku suka i.e. mercun pop pop.
Tapi bunga api ??? I'm a big fan ..
Masa dulu, adik-adik lelaki aku cukup suka main mercun Moonlighter ...
PESANAN PENAJA
Pastikan ANDA mengawasi anak-anak anda bermain bunga api sepanjang masa bagi mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini daripada berlaku ...
P/s - Terima kasih kepada Encik Abang Ipar dan Che Abang ytc selaku penaja bunga api dan mercun pop pop ...
Nukilan DNNA pada Wednesday, October 07, 2009
What have you to say?
Be the first to leave a comment!
Friday, September 18, 2009
Fawwaz makan apa tu?
Salam,
Pada 25/08/2009 genap sudah umur Fawwaz 6 bulan ...
Sudah boleh ku hidangkan dengan makanan lazat nampaknya si kecilku itu ...
Namun, sesi itu ku sengaja tangguhkan sehingga the long weekend sebab ku nak supervise sendiri sambil train my helper ...
Question
Ku ada diberitahu yang kajian terkini mencadangkan kita memulakan pemberian makanan separa pejal bermulanya anak itu 6 bulan 10 hari.
Apparently, ada banyak kebaikannya ...
Tapi, ku tak pasti mana sumbernya ... Ni kira bukan evidence-based la ...
Ada sesapa yang pernah dengar benda yang sama?
Care to share??
Anyhow, tatkala Fawwaz berumur 6 bulan 4 hari, ku telah memulakan perjalanan baru bersama Fawwaz meneroka alam makanan separa pejal...
Alhamdulillah, perhentian pertama telah ku singgahi ...
6 bulan Fawwaz secara exclusive telah ku susui ...
Insya Allah akan ku teruskan perjalanan menuju persinggahan kedua pula i.e. fully breastfeeding him until he's 1 year old ...
Harapanku, agar ku bisa memberikan yang terbaik i.e. air susu ibu
utk Fawwaz sehingga dia 2 tahun, Insya Allah ... Amiin
Berbalik kepada soal makanan,
Jadual di atas adalah contoh carta pemakanan anak ... Tak semestinya kita follow bulat-bulat. We can adjust it accordingly ...
*
Di bawah ni pulak contoh jadual pemakanan anak yang berusia 6 bulan.
Seterusnya, saya lampirkan pula contoh jadual pemakanan anak yang berusia 6-9 bulan.
So far, makanan yang dia suka adalah
1. Puri pear
2. Puri epal
3. Puri keledek
4. Bubur nasi biasa
Makanan yang kejap nak kejap tak nak adalah
1. Puri lobak merah
Yang dia dok sembur-sembur takmo telan adalah
1. Puri bayam
Nukilan DNNA pada Friday, September 18, 2009
What have you to say?
1 VIEWER CLICKED HERE TO COMMENT ON THIS POST. ADD YOUR COMMENT.
Labels: fawwaz
Tuesday, September 15, 2009
Anakanda-anakandaku berposing
Salam semua ...
Saya memang sangat2 suka ambil gambar anak-anak ...
Entry ini saya tujukan khas untuk tentera2 kecilku ...
Dina, Daus, Fawwaz - Comel kan kalian kan kan kan kan ... Jangan nakal2 ye sayang. Dengar cakap ibu, abah, tok, mbah, aki, wan ... Nanti dah besar jadi orang yang berguna dan beramal ye ...
Ibu sayang kalian semua ...
p/s - Di saat2 genting ini, saya dengan gigihnya sedang bertungkus lumus menyiapkan beberapa perkara agar saya dapat bercuti panjang dengan hati yang aman damai di hari raya nanti ... Hehehehe ... Senyum sokmo ye rakan2 sekalian ... wassalam
Nukilan DNNA pada Tuesday, September 15, 2009
What have you to say?
2 VIEWERS CLICKED HERE TO COMMENT ON THIS POST. ADD YOUR COMMENT.
Thursday, September 3, 2009
SOGO ADA SALE PREVIEW ESOK DAN LUSA !!!
Salam ... 4 & 5 September 2009 (Friday and Saturday)
Rakan-rakan sekalian, arakian dimaklumkan bahawa :
SOGO SALE !!!SALE PREVIEW
Store opens : 9 am - 11 pm
Exclusive invitation to KL SOGO S card members
and Maybankard cardmembers
Each KL SOGO S card member or Maybankard
member may bring along 2 friends ...
Pastu, petang semalam ku dapat sms ...
Enjoy exclusive SOGO presales at SK2 SOGO on 4th and 5th of Sept,
With every RM100 purchase you will get RM20 SOGO voucher.
So, kepada semua pengguna SK2, sila amik peluang ini utk beli mana-mana yang dah nak abis tu ..
Diriku??? Ku telah beli last weekend ...
Melepasssss ...
Hahahaha ...
Amaran
Keep in mind ye, there will be NO point accumulation on KL SOGO S card for all purchases made during the two-day sale preview ...
Aku ngan geng2 chempath, Insya Allah akan dengan gigihnya akan menuju ke arah sana lunch hour esok ...
Tapi bukan ke SOGO ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian ...
Tetapi, ke arah jalan TAR ...
Ku nak carik baju melayu Johor untuk tentera-tentera kecilku yang dua orang itu ...
Dan, baju kurung cotton kiut miut untuk anak daraku ...
Hihihihihihi ...
See you there ...
p/s - Apa nak masak untuk berbuka ye?? Hmmm ... rasa macam nak makan bergedel ngan ayam masak merah la pulak ... Fid - ko la ni, letak gambar ayam masak merah berbuka ko tu semalam .. Hahaha ...
Nukilan DNNA pada Thursday, September 03, 2009
What have you to say?
6 VIEWERS CLICKED HERE TO COMMENT ON THIS POST. ADD YOUR COMMENT.
Labels: fawwaz, Firdaus, Irdina, projek mega, Sale
Wednesday, August 19, 2009
Anakanda-anakandaku
Agak julung2 kali jugak la berjaya snap quite a decent picture of the three of them together .. Biasanya kalau amik gambar tu, haru biru beb - fawwaz pandang sana, firdaus pandang sini and yang si anak dara Dina pulak akan posing tak ingat punya depan kamera ... hehehehe ...
![]() |
Bawah ni pulak adalah contoh gambar yang tak jadik ... Hehehe
![]() |
Dapat kita saksikan kat gambar di atas betapa ganaz nyer firdaus main ngan adik dia fawwaz ... Sampai nak naik atas badan tu ...
Doa-doa diorang ni besar esok jgn la gaduh - gaduh teruk sangat ye ...
Okay .. nak sambung wat keja ...
Tata, wassalam
Nukilan DNNA pada Wednesday, August 19, 2009
What have you to say?
2 VIEWERS CLICKED HERE TO COMMENT ON THIS POST. ADD YOUR COMMENT.


