Salam,
Semalam, dalam kurang lebih 30 minit sebelum kul 1, ku mendapat panggilan daripada adalah sorang hamba Allah yang bernama
scudmami78 (he he he). Dengan nada penuh ceria dia inform yang dia baru mendapat panggilan from Telekar mengatakan PARCEL kami dah sampaiiiiiii ... Hoooorayyyyyyyyyy!!! Dan dan tu jugak dia ajak ku pergi ...Sesudah ku menyudahkan projek mengepam susu Fawwaz, kami together-gether naik ke tingkat satu bagi mengutip parcel itu. Dengan penuh rasa terujanya,
NorL kami mengangkut parcel itu ke bilikku ....
Lantas, kami memulakan projek mengoyak kertas minyak pembalut parcel. Dalam tak sampai seminit, telah kelihatan isi kandungan parcel itu. Ganazzz kami kan ... Hahaha ...
Sesi membuka balutan diganti dengan sesi bunyi-bunyian komen-mengomen pulak- 'Oooohhh, kaler ini sungguh lawa' ... 'Aaaaaahhh, sweetnya kaler ini' ... 'Waaaaah, pink pun ada' ... 'Ehhhh, apa tu??' ... etc etc etc ...
Setelah tamat sesi membelek di opis, ku sambung lagi sesi itu di rumah. Gambar kat bawah ni adalah gambar beg chanteks ku yang memuatkan segala isi kandungan parcel itu.
Dan, TaDaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa .... inilah sebenarnya isi kandungan parcel itu ...
Setelah disusun, beginilah rupanya ...
Sebenarnya, ku dah lama pasang niat nak menceburkan diri dalam arena lampin kain moden (atau nama glamernya CD) setelah diperkenalkan oleh NorL (yang memang pakar dalam bidang ini). Sebelum memulakan pengembaraan CDku, ku telah berjalan-jalan makan angin di beberapa blog yang memuatkan info2 yang sungguh bagus untuk sesiapa yang ingin berCD.
Lantas, pada suatu hari yang indah di bulan Ogos, ku dan NorL dengan jayanya telah memulakan ekspedisi mencarik CD di MV. Kebetulan lak hari tu ada Parenthood expo di MVEC. Kami telah singgah ke Tiny Tapir dan ku telah membeli 2 CD Coolababy kaler biru muda untuk ku cuba pakaikan pada Fawwaz dan Firdaus. NorL ada menceritakan kisah ekspedisi kami di
SINI.
Untuk dipendekkan cerita, setelah beberapa kali percubaan, ku rasa sangat2 berpuas hati dengan CD itu. Alhamdulillah, anak-anak pun suka pakai CD - Especially Firdaus - dia cakap dia nak pakai pampers cantik.
Maka, setelah ku dan che abang ytc suami isteri duduk berbincang dan mencongak-congak bajet kami, kami sepakat memutuskan untuk men'CD'kan Firdaus dan Fawwaz sepenuhnya ... Thanks a million for your support (and sponsorship), bang ... Ngeeeeee~~~
Yang lebih best tu, beberapa hari lepas NorL ada hantar sms cakap, dia nak beli CD kat kedai online Mama Payish
INI (Rakan-rakan yang berminat, pendapatku la kan, servis yang ditawarkan oleh Mama Payish ni memang excellent. Highly recommended!!!)... ku pun tanpa ragu2 menumpang pesan kat NorL ... Dan ini lah hasilnya (beserta gambar model cilik yg pantang nampak ibu dia pegang camera, hahaha).
Tetiba, datang pula si empunya SEPARUH CD itu - Firdaus. Dengan penuh seronoknya dia datang and tanya ibu dia ... 'IBU, NI SAPA PUNYA???' .. 'Abang punya ...', Jawab ibu sambil tersenyum ...
'Yang ni pulak, sapa punya, ibu?' tanyanya lagi .... 'Abang punya jugak', jawab si ibu dengan penuh limpahan kasih sayang dan kesabaran ...
Bila sesi soal jawab telah selesai dan si anak confident yang SEMUA CD itu adalah miliknya, maka si anak puas hati dan terus berposing di tilam bersama dengan si kakak yang dah ready berposing sejak awal sesi soal jawab antara ibu dan anak lelakinya tadi, Hahahahahaha ...
Sesudah selesainya sesi prewash sebanyak 3 kali, Insya Allah akan bermulalah pengembaraan CD kami ...
Sekian, terima kasih ...
P/s - Syukurlah che abang YTC tak cakap apa-apa pasal 2 keping CD yang kaler PINK itu ... Hahahahahaha ...
P/p/s - Andaikata dia query pasal pilihan kaler PINK itu, ku sebenarnya dah siap dengan jawapan dah - 'Ala bang, ni standby utk baby seterusnya ... manalah tau girl kan kan kan kan kan' *Dengan nada gedix* ... HAHAHAHAHAHAHAHAHA