Pages

Sekilas pandang ...

Para pembaca budiman

Wednesday, October 28, 2009

Minyak oh minyak ...

Salam,

*Aiya ... makin berlubanglah poket mak, nyahh*

_______________________________________________________

Petrol tanpa subsidi 2010

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
tarmizi.rahim@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 27 Okt. - Bermula tahun depan, rakyat dan pelancong asing perlu membayar harga petrol pada harga sebenar tanpa subsidi kecuali kumpulan sasar berpendapatan rendah.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (gambar) berkata, kajian mekanisme pelaksanaannya yang memasuki peringkat akhir akan diumumkan di antara suku pertama dan kedua tahun depan.

Menurutnya, kerajaan perlu melakukannya memandangkan sistem subsidi sedia ada kurang adil, tidak telus dan gagal memanfaatkan rakyat terutama yang berpendapatan rendah.

"Kajian sedang dibuat dan akan diumumkan kelak, sistem baru ini akan lebih menguntungkan rakyat kerana sistem lama menyebabkan objektif utama subsidi untuk membantu rakyat tersasar jauh hingga menyebabkan produktiviti ekonomi kita juga terjejas.

"Sistem subsidi sepatutnya hanya untuk kumpulan sasar iaitu rakyat berpendapatan rendah tetapi dalam sistem lama semua orang dapat termasuk rakyat Singapura, Thailand, pelancong dan golongan berpendapatan tinggi," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2009 anjuran bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kesatuan Pegawai-Pegawai Hasil Dalam Negeri (IROU) di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Pematuhan) LHDN, Che Omar A. Rahaman dan Presiden IROU, Abu Samah Abu Bakar.

Ahmad Husni berkata, melalui pelaksanaan mekanisme baru ini, ia diyakini mampu memberi manfaat sewajarnya kepada rakyat yang benar-benar layak mendapatkannya.

"Kerajaan berpeluang menjimatkan perbelanjaan (melalui pemberian subsidi), lebihan itu boleh kita gunakan untuk aktiviti pembangunan lain yang lebih produktif.

"Petrol akan dijual pada harga pasaran tetapi kumpulan sasar mendapat subsidi, maknanya kumpulan lain membeli petrol pada harga semasa," katanya yang enggan mendedahkan mekanisme yang akan diperkenalkan kelak.

Dalam pada itu, mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sama ada akan diumumkan atau sebaliknya oleh kerajaan, Ahmad Husni berkata, kajian terperinci daripada semua aspek sedang dijalankan.

Katanya, kajian peringkat akhir itu telah dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Ekonomi Negara dan juga Kabinet tetapi kerajaan masih belum memutuskan sama ada akan melaksanakannya atau tidak.

"Ini kerana kerajaan mahu apabila dilaksanakan, ia akan memanfaatkan rakyat bukan sebaliknya, sebab itulah kita mahu kajian terperinci daripada pelbagai aspek.

"Jika dilaksanakan juga kerajaan memberi jaminan ia tidak membebankan rakyat, antara mekanisme cadangan ialah pengecualian cukai barangan penting dan rebat bagi yang berpendapatan rendah," katanya.

Jelas beliau, GST bukan sistem cukai baru tetapi ia lebih kepada nilai tambah kepada sistem cukai sedia ada yang akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sekarang yang dikenakan pada kadar di antara lima dan 10 peratus.

___________________________________________________
Apa komen anda???



Image Hosted by ImageShack.us
P/s - Tak sabar nak menunggu sambungan kisah terbaru ini ....

GOT BOOBIES?

Salam,

Pada hari Jumaat minggu lepas tatkala saya mengambil ubat-ubatan di Farmasi, saya ternampak poster ini di notice board. Maaf gambar kurang jelas, saya snap pakai kamera HP saya je.



Dan pada hari Isnin (26/10/2009) lepas, sesudah usai membawa Dina ke dental appointmentnya (akan saya ceritakan kisahnya nanti, Insya Allah), saya singgah sebentar di Lobi Utama PPU*M lantaran teringatkan mesej poster di atas.



Banyak ilmu yang saya (dan Dina) dapat semasa mengunjungi booth pameran.

Mari saya nak panjangkan and share sedikit ye ilmu yang saya dapat dari poster2 (Terima kasih kepada penganjur acara ini) - Maaf sekali lagi atas kualiti gambar yang agak kurengg ni ... Saya taip balik ye biar IZHAR HALQI sikit - Terang, Nyata dan Jelas ... Hehehehe



KANSER PAYUDARA

1. Bagaimana ia terjadi?

Kanser adalah penyakit yang bermula dari sel-sel badan. Dalam keadaan normal, sel-sel badan akan membiak untuk menggantikan sel-sel yang rosak bagi memastikan seseorang itu sihat. Tetapi atas sebab-sebab yang tertentu, sel-sel itu akan terus membiak walaupun tidak diperlukan. Ia akan menjadi ketulan/ketumbuhan. Kanser itu dapat dibahagikan kepada dua kelompok - Benign (Tidak merbahaya) atau Malignant (Barah merbahaya)

2. Sebab-sebab terdapat penyakit kanser

Sebab sebenar tidak diketahui. Faktor yang mungkin menyebabkan kanser termasuk
a) Genetik
b) Umur
c) Pemakanan yang tidak seimbang/berat badan berlebihan
d) Tidak menyusu anak
e) Gaya hidup yang kurang sihat - minum alkohol, merokok, seks bebas, kurang senaman, stress, pencemaran alam sekitar seperti debu, asap, simen.



3. Risiko mendapat kanser payudara

Siapakah yang mempunyai risiko untuk mendapat kanser payudara?
- Pernah ada kanser payudara
- Genetik dan keturunan
- Umur lewat mengandungkan anak pertama
- Tidak menyusu anak
- Pemakanan yang tidak seimbang

Faktor-faktor yang berkemungkinan adalah
Faktor hormon
* Datang haid awal
* Putus haid lewat
* Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak usia lewat
* Kegemukan selepas putus haid
* Pengambilan pil perancang lebih daripada 5 tahun

Faktor persekitaran
* Pengambilan alkohol
* Pengambilan lemak berlebihan terutamanya selepas putus haid.

4. Tanda-tanda kanser (secara general) - This is not an exhaustive list. There are so many signs of cancer out there. This is just to name but a few :

- Perubahan pembuangan air besar dan air kecil
- Ulcer yang tidak sembuh
- Pendarahan atau lelehan discaj yang tidak normal
- Ketulan di payudara atau mana-mana anggota
- Gangguan sistem pencernaan atau susah untuk menelan
- Perubahan yang ketara pada ketuat (wart) atau tahi lalat
- Batuk berpanjangan dan perubahan suara



5. Pesanan kepada kaum wanita

Kesan kanser payudara dengan pemeriksaan sendiri payudara (PSP) setiap bulan
Jadikan PSP sebahagian cara hidup anda demi untuk menyelamatkan payudara (dan diri anda) sendiri

Jika anda merasa sebarang benjolan atau perubahan di payudara, sila berjumpa pegawai perubatan dengan kadar segera.

Ingat, kanser patudara boleh disembuhkan jika dikesan awal dan dirawat secepat mungkin.

Walaupun kanser payudara anda telah lanjut, masih ada peluang untuk dirawat.

Untuk cara-cara untuk melakukan PSP dan FAQs re: Breast Cancer, sila pergi ke site Alicewonders.com ini:

Sedikit maklumat yang diambil dari site AliceWonders.com :


In conjunction with Breast Cancer Awareness Month in October, AliceWonders.com is launching a unconventional charity campaign named "GOT BOOBIES?". The core mission of the campaign is to remind young women (and men!) to conduct regular breast self examination i.e. "check your boobies".

Why use the word "BOOBIES"?
Many young women tune out messages about breast cancer because they don't believe they are at risk or the messages are too clinical. We know that research shows that regular self examination is just as effective at identifying lumps or other breast changes. And that's exactly why we're here -- to give you "a friendly reminder when you least expect it".

So get feeling girls, and remind a friend to do the same!
Image Hosted by ImageShack.us
P/s - Prevention is better than cure.

Blog Widget by LinkWithin